Rajvinderjeet Singh Mar 3rd, 1:47pm Saya ingit bertanyakan tentang hukum DM. Apakah itu hukum DM | Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Mar 3rd, 3:49pm Peraturan atau Hukum DM ialah rumus tatabahasa yang bermaksud, D=diterangkan dan m= menerangkan. Dalam peraturan ini, unsur yang diterangkan itu hadir pada kedudukan pertama dan unsur yang menerangkan hadir pada kedudukan kedua. Contohnya: Restoran Hasanah, kereta Proton, guru bahasa. Kekecualian boleh berlaku akibat kebiasaan penggunaan, terutama pada jawatan. Contohnya:Perdana Menteri. | Istilah | 03.03.2015 |
mengikut hukum DM perkataan manakah yang betul 'anak tudung' atau 'tudung anak' | Dalam konteks ini, anak tudung ialah istilah yang betul kerana kita merujuk kepada jenis tudung yang dipakai di dalam. Contoh lain seperti anak baju. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
Penjelasan Hukum DM | Hukum D-M ialah diterangkan dan menerangkan. Diterangkan (D) merupakan unsur inti dan menerangkan (M)merupakan unsur penerang, contoh guru lelaki, rumah besar dan sebagainya. | Tatabahasa | 31.07.2009 |
apakah hukum DM? | Hukum D-M bermaksud diterangkan (D) dan menerangkan (M). Untuk keterangan yang lebih lanjut boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 354. | Tatabahasa | 15.08.2007 |
hukum DM | Hukum DM ialah rumus dalam tatabahasa yang bermaksud D= diterangkan dan M=menerangkan. Dalam Tatabahasa Melayu, yang diterangkan disebut/ditulis dahulu sebelum yang menerangkan, contoh rumah baharu, kereta besar dan lain-lain. Bagi contoh hal-hal lain, yang diterangkan ialah "hal-hal" manakala yang menerangkan ialah "lain". | Tatabahasa | 21.04.2010 |
Apakah Makna DM | Puan Marjina, Makna Hukum DM ialah yang diterangkan(D) dan yang menerangkan(M). Yang diterangkan ialah unsur inti dan yang menerangkan ialah unsur penerang. Contoh, Klinik Anita, guru bahasa, lampu gas, serbuk perasa dsb. | Tatabahasa | 06.05.2010 |
Apa perkaitan antara hukum DM dan frasa/ayat songsang ? | Peraturan atau Hukum DM ialah rumus tatabahasa yang bermaksud, D=diterangkan dan m= menerangkan. Dalam peraturan ini, unsur yang diterangkan itu hadir pada kedudukan pertama dan unsur yang menerangkan hadir pada kedudukan kedua. Contohnya: Restoran Hasanah, kereta Proton, guru bahasa. Kekecualian boleh berlaku akibat kebiasaan penggunaan, terutama pada jawatan. Contohnya:Perdana Menteri. (rujuk Ayat songsang ialah susunan ayat yang berlawanan dengan pola ayat biasa. Ayat biasa ialah subjek + predikat. Contohnya: Kucing itu comel. Ayat songsang mempunyai susunan predikat + subjek. Contohnya: Comel kucing itu. | Tatabahasa | 09.05.2011 |
salam saya nak tanya, terjemahan untuk acronym CRISP-DM “cross industy strandard process for data mining” (CRISP-DM) | Kami mencadangkan istilah "Cross-Industry Standard Process for Data Mining" diterjemahkan sebagai "Proses Piawai Rentas Industri bagi Perlombongan Data" atau "Proses Standard Silang Industri bagi Perlombongan Data". Walau bagaimanapun, padanan terjemahan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya. | Istilah | 13.07.2021 |
Mengapa dalam bahasa Melayu wujudnya kekecualian contohnya dalam hukum DM.Misalnya Perdana Menteri yang sepatutnya Menteri Perdana. Mengapa DBP tidak berpaksikan hukum DM dalam bahasa Melayu tanpa mengambil kira kebiasaan penggunaannya dalam masyarakat.Memang perkataan Perdana Menteri telah mantap tetapi banyak lagi perkataan/frasa dalam bahasa Melayu yang acap digunakan tetapi dianggap lewah. Contohnya jeruk mempelam (mempelam jeruk),penghawa dingin (pendingin hawa), uji pandu (pandu uji) dll | Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa lebih memaklumi hal ini dan telah memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Penyaman udara atau pendingin hawa ialah istilah khusus yang dibina oleh Jawatankuasa Istilah yang terdiri daripada kalangan pakar bidang berkenaan. | Tatabahasa | 24.07.2011 |
Di Malaysia, nama permainan association football adalah "bolasepak". Menurut pemahaman saya, ini adalah kerana menepati Hukum DM, iaitu Diterangkan = bola, Menerangkan = sepak. Tetapi kenapa permainan sepak takraw dinamakan begitu, dan bukannya "takraw sepak" untuk menepati Hukum DM? | Untuk makluman tuan, permainan sepak takraw/raga merupakan permainan tradisional masyarakat Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Perkataan tersebut telah digunakan dan banyak terakam dalam hikayat lama atau sejarah lama masyarakat Melayu. Penggunaannya telah mantap dan gramatis dan diterima umum oleh masyarakat Melayu. Dalam korpus bahasa Melayu, perkataan sepak takraw/raga digunakan. Dalam bahasa Melayu, perkataan sepak takraw/raga tidak menepati Hukum DM kerana perkataan tersebut termasuk dalam kekecualian sama seperti perkataan perdana menteri, naib canselor, ibu pejabat dan lain-lain. Contoh lain permainan tradisional Melayu yang tidak menepati hukum D-M ialah gasing pangkah. Kekecualian peraturan D-M, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan, boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan.
| Tatabahasa | 23.09.2013 |