Dimakbulkan doa / Dikabulkan doa? | Kedua-dua frasa tersebut betul. | Tatabahasa | 10.04.2012 |
mengimamkan bacaan doa atau mengimami bacaan doa... | Frasa yang betul ialah "mengimami bacaan doa", mengimami bermaksud memimpin. | Tatabahasa | 05.07.2011 |
Ayat manakah yang lebih tepat: Baca doa selepas azan. atau Baca bacaan doa selepas azan. | Ayat yang betul ialah "Baca doa selepas azan". | Tatabahasa | 23.06.2013 |
Rangkai kata ini tidak terdapat dalam PRPM Apakah maksud "mengirimkan doa"? Adakah ia bermaksud mengirimkan doa kepada tuhan ataupun seseorang berdoa untuk kebaikan seseorang yang lain? | Kirim lazimnya digunakan dalam konteks sesuatu yang boleh dilihat secara fizikal seperti surat. Dalam konteks agama Islam, kita meminta alim ulama atau wali mendoakan kesihatan kita atau orang lain, dan kita tidak menggunakan istilah mengirimkan doa. | Tatabahasa | 16.07.2012 |
Rakan saya menyatakan “amin” bermakna aman, “aamin” bererti meminta perlindungan, “amiin” bermaksud jujur dan “aamiin” ya Allah, kabulkan doa kami. Dia mencadangkan agar kita menggunakan ejaan “aamiin” untuk maksud mengaminkan doa. Apakah pandangan DBP? | Amin ialah perkataan bahasa Arab dan dieja sedemikian. Bahasa Melayu tidak memberikan penambahan vokal bagi perkataan yang disebut panjang, sebaliknya satu vokal melambangkan satu jenis sebutan. | Ejaan | 07.03.2012 |
makna pasrah | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud pasrah ialah menyerah; memasrahkan menyerahkan: kepada-Nyalah kita pasrahkan doa dan harapan; terpasrah terserah; kepasrahan keadaan menyerah diri (nasib) kpd Tuhan: ~ doa utk menunggu saat-saat berkabung. | Istilah | 08.07.2010 |
apakah maksud perkataan 'selamat' | Antara makna selamat ialah 10ucapan atau doa yg berisi harapan supaya tidak kurang (tidak terjadi) apa-apa atau supaya sejahtera: Ketika dia berkahwin dahulu banyak sahabat handai yg memberi ~ kpdnya. doa ~; ~ jalan; ~ pengantin baru. 2. terlepas drpd segala bahaya atau bencana; tidak mendapat gangguan apa-apa: Kami telah ~ sampai di London pd pukul 10.00 pagi. | Makna | 09.08.2010 |
Ejaan yang mana betul? 1) bendahari Persatuan Sains atau Bendahari Persatuan Sains 2) pengarah Majlis Bandaraya Petaling Jaya atau Pengarah Majlis Bandaraya Petaling Jaya 3) pengerusi Persatuan Sejarah atau Pengerusi Persatuan Sejarah 4) kepada tuhan kita memohon doa atau kepada Tuhan kita memohon doa | Ejaan yang betul ialah Bendahari Persatuan Sains, Pengarah Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Pengerusi Persatuan Sejarah. Apabila merujuk kepada Allah, Tuhan dieja dengan huruf besar. | Ejaan | 06.06.2012 |
Assalamualaikum. Terima kasih atas penerangan tuan tentang kemusyikalan saya yang berkaitan dengan penggunaan sebuah majlis atau satu majlis. Berbalik kepada soalan itu, bagaimana sekiranya majls tersebut berada di hadapan ayat. Adakah perlu menyebut : i) Satu Majlis Doa Kesyukuran akan diadakan.... ATAU ii) Sebuah Majlis doa Kesyukuran akan diadakan..... Terima kasih. Wassalam. | Tidak perlu penjodoh bilangan bagi majlis, memadai dengan Majlis Kesyukuran akan diadakan... | Tatabahasa | 05.03.2010 |
1.Beliau memulakan mesyuarat itu dengan bacaan doa. 2.Hadiah di atas meja itu untuk anak kesayangannya. soalan;adakah ayat tersebut terbina daripada dua klausa? | Ayat tersebut terdiri daripada dua klausa. | Tatabahasa | 10.08.2008 |