Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n (colloq) doktor. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata doc


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya baru mendapati bahawa hanya lampiran fail dalam format .doc dan .txt diterima. Dalam soalan lepas, saya telah melampirkan fail format .docx. Jadi, saya akan melampirkan fail .doc. Soalan asal: Hi, cikgu baru berunding tentang jawapan-jawapan sebuah ujian kecil. Bagaimanapun, kami tidak dapat membuat kesimpulan tentang jawapan beberapa soalan. Yang dilampirkan ialah ujian penuh. Tolong memberikan jawapan dan juga penjelasan soalan jika boleh. Harap DBP dapat membantu kaimi.Pihak kami telah memberikan jawapan kepada 2 soalan yang sama sebelum ini   Mohon rujuk jawapan kami.Lain-lain17.02.2014
Salam, Bolehkah saya menghantar dokumen (cth: *.doc) untuk semakan ejaan dan bahasa oleh DBP. Dokumen ini adalah Akta dan juga Pekeliling jabatan saya. Selain pertanyaan di sini, di manakah tempat/laman lain DBP untuk buat semakan ejaan dan bahasa? Sekian. Mohd Yusri bin Mohd Noor Seksyen Perundangan Kadaster Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.Kami tidak menyediakan perkhidmatan semakan dokumen kecuali untuk sekadar dua atau tiga halaman. Walau bagaimanpun kami boleh membantu mengikut kesesuaian masa dengan syarat tempoh yang diberikan tidak mengganggu tugas hakiki kami di pejabat. Sila hubungi kami melalui e-mel aishah3@dbp.gov.my untuk perbincangan lanjut.Lain-lain19.07.2012
saya Mohon Untuk semak penggunaan ayat dan bahasa melayu di dalam cerita ini. saya telah sertakan file DBPSemak.doc terima kasih hafiza.abas@gmail.comTiada lampiran fail yang disertakan.Lain-lain29.06.2010
Assalamualaikum. Apakah terjemahan bahasa Melayu yang setara untuk "rotational retrogressive slide"? Terima kasih. Sumber: http://www.lawyerment.com.my/library/doc/laws/casecode/jdgm/11082000-01-5.shtmlUntuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "rotational retrogressive slide". Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah slaid retrogresif berputar.Istilah11.12.2013
Tuan / Puan, Iklan bagi penggunaan bahasa Melayu Malaysia di luar negara di Australia telah dilampirkan : http://www.kangchuentat.net/rowvillelibrarychinese.doc. Pelawat diundang untuk melawatnya. Sekian, terima kasih. Web : http://kangchuentat.freewebspace.com. SMS : 0405421706; E-mail / E-mel : chuentat@hotmail.com; Address / Alamat : PO Box 6263, Dandenong, Victoria VIC 3175, Australia. Sender / Pengirim : Kang Chuen Tat- 江俊达.Lihat LampiranTatabahasa02.07.2012
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA Subject : PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS PERINGKAT KOMUNITI DI MALAYSIA – SATU CADANGAN PEMOHONAN SUMBER KEWANGAN SOKONGAN Attachment : 130627MALDEWANBAHASAGERANKOMUNITI.docUntuk makluman tuan, untuk memohon tajaan daripada DBP dalam program kebahasaan sila kemukakan surat permohonan berserta kertas cadangan pelaksanaan program kepada Puan Rossilawaty Sheriff, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel rosila@dbp.gov.my.Lain-lain27.06.2013
Mohon terjemahan standard BM untuk industri ternakan ayam. 1. Day old Chick --merujuk kepada anak ayam berumur sehari. akronim inggeris yg lazim seluruh dunia ialah DOC 2. Pullet -- ayam penelur berumur 6 minggu sehingga saat bertelur (anggaran 15 minggu). harus diingat yg ayam penelur tidak pernah dikahwinkan untuk bertelur. 3. grower -- ayam pedaging selepas umur 14 hari sehingga saat dipanen sekitar 45-50 hari 4. parent stock -- ayam pembiak baka 5. grand parent stock --ayam yang menghasilkan keturunan pembiak baka 6. pure lines -- ayam yang menghasilkann keturunan grand parent stok 7.broiler --ayam pedaging 8. layer --ayam penelur terima kasih.

Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu seperti yang berikut:

  1. Day old Chick = anak ayam sehari
  2. Pullet = ayam dara
  3. Grower = ayam kecil
  4. Parent stock = stok induk
  5. Grandparent stock = stok tuai induk
  6. Pure line = keturunan tulen
  7. Broiler = Ayam pedaging
  8. Layer = Ayam penelur
Istilah30.01.2019
senaraikan kata pinjaman yang tidak mengikut sistem keselarasan vokal bahasa Melayu.

Contoh kata pinjaman tidak menurut sistem ini seperti: kabaret, jaket, atom, kontraktor dan setem.

Sila rujuk juga laman-laman web berikut: 

faculty.unitarklj1.edu.my/.../POLA%20KESELARASAN%20VOKAL.doc 

www.slideshare.net/son_goku/pola-keselarasan-vokal1

www.scribd.com/doc/11606755/Pola-Keselarasan-Vokal

Lain-lain12.07.2009
Salam sejahtera, Bolehkah "Archer policy" diterjemahkan sebagai "Dasar Archer"? Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Contoh ayat: RSA Archer® Policy Program Management provides the framework to help organizations establish a scalable and flexible environment to manage corporate and regulatory policies and ensure alignment with compliance obligations. This includes documentation of policies and standards, assigning ownership and mapping policies to key business areas and objectives. Sumber: https://community.rsa.com/docs/DOC-32957 Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih.Menurut carian kami,  ARCHER merupakan kata nama khas yang mempunyai tanda R.  Ejaan nama tersebut dikekalkan. Penggunaan Dasar Archer boleh digunakan bagi padanan Archer Policy.Penyemakan dan penterjemahan14.01.2018

Kembali ke atas