Bolehkah pihak tuan cadangkan terjemahan bagi istilah "doctor shop" dalam ayat berikut: She started to "doctor shop" in order to obtain several prescriptions at a time. Untuk makluman, maksud frasa tersebut ialah pergi kepada doktor berlainan untuk mendapatkan preskripsi. Sekian, terima kasih. | Tidak ada padanan doctor shop dalam pangkalan data kami. Berdasarkan sedikit maklumat yang tuan berikan, konsep doctor shop ini ialah bertemu dengan lebih daripada seorang doktor untuk mendapatkan rawatan. Belum ada satu perkataan atau frasa yang khusus untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu, melainkan tuan menerangkan konsep tersebut dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.01.2015 |
Apa itu wargamas!!!! Ibu saya yang berumur 66 tahun terpaksa tunggu di Hospital Sultana Aminah Johor bahru bahagian (PEASAKI LUAR) selama 3 jam untuk ambil ubat.. Selepas mendapat nasihat doctor, lalu saya tumpang tanya dengan doctor "Ibu saya berumur 66 tahun, dia di category kan wargamas. Kenapa dia perlu tunggu sampai 3 jam" Doctor bercakap " NO WARGAMAS DI DISI CONSIDER 70 YEARS AND ABOVE" Adakah ini betul!!! Every state got different age for WARGAMAS... Help me to find-out.. Is't true!!!! Adakah ini benar.. | Warga emas ialah ungkapan yang sopan yang bermaksud orang tua. Walau bagaimanapun, had umur warga emas tersebut bergantung pada pihak tertentu termasuk hospital untuk mengklasifikasikannya. Saudara boleh juga menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan maklumat dari segi umur warga emas. | Lain-lain | 13.06.2012 |
Salam sejahtera, ingin bertanya kepada pihak DPB sama ada perkataan ' specialist doctor ' boleh diterjemahkan sebagai 'doktor specialis'. Adakah terjemahan ini diterima ataupun penggunaan perkataan 'doktor pakar' adalah lebih tepat. Mohon mendapat pencerahan daripada DPB. Sekian terima kasih. | 1. Cadangan terjemahan bagi 'specialist doctor' ialah doktor pakar. | Makna | 06.10.2021 |
Tuan/Puan, Mohon bantuan tuan/puan untuk menentukan padanan yang sesuai dalam ayat di bawah: Sumber: The Study Doctor will share these results with you. Sasaran yang dicadangkan: 1. Doktor Kajian akan berkongsi hasil ini dengan anda. 2. Doktor Kajian akan berkongsi hasil ini bersama anda. Sumber 2: Rather, some of these activities may be done at your home or at another suitable “offsite” location following discussion with your Study Doctor. Sasaran yang dicadangkan: Sebaliknya, beberapa aktiviti ini mungkin dijalankan di rumah anda atau di lokasi "luar tapak kajian" yang sesuai setelah berbincang dengan Doktor Kajian anda. Kerjasama pihak tuan/paun didahului dengan ucapan terima kasih. | Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk ayat yang dinyatakan: 1. The Study Doctor will share these results with you. Doktor Kajian akan berkongsi hasil ini dengan anda. 2. Rather, some of these activities may be done at your home or at another suitable “offsite” location following discussion with your Study Doctor. Sebaliknya, beberapa aktiviti mungkin dijalankan di rumah anda atau di luar kawasan kajian yang sesuai setelah berbincang dengan Doktor Kajian anda. Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. | Makna | 10.06.2021 |
Salam, seperti soalan bertarikh 20.10.2010, saya juga ingin bertanya apakah terjemahan untuk ke Bahasa Melayu untuk perkataan 'Spin Doctor'. Konteksnya atau maklumat lanjut adalah seperti berikut - a person (such as a political aide) whose job involves trying to control the way something (such as an important event) is described to the public in order to influence what people think about it. | Untuk makluman, istilah "Spin Doctor" tidak ada dalam pangkalan data istilah kami. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 17.04.2014 |
Saya ingin bertanya tentang terjemahan bagi istilah "resident" dalam aspek perubatan yang merujuk kepada pelajar perubatan yang telah memperoleh ijazah kedoktoran dan sedang dalam latihan atau praktikal. Istilah ini tiada dalam PRPM untuk bidang perubatan. Adakah istilah ini diterjemah sebagai "residen" atau "doktor pelatih"? | Istilah "house doctor/house officer" bersinonim dengan "resident doctor" dalam bidang perubatan. Oleh sebab itu, pihak kami mencadangkan "resident doctor" diterjemahkan sebagai "doktor pelatih", iaitu doktor yang masih menjalani latihan praktikal (di hospital). | Istilah | 17.12.2020 |
Tuan/Puan, Adakah terjemahan di bawah betul. Sumber: The study doctor decides that the study is not in your best interest Sasaran: Doktor kajian memutuskan bahawa kajian itu bukan untuk kepentingan terbaik anda Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu untuk ayat yang dinyatakan ialah: Doktor kajian memutuskan bahawa kajian tersebut bukan kajian yang terbaik untuk anda. | Makna | 22.06.2021 |
Tuan/Puan, Apakah terjemahan bagi perkataan "with" - "dengan" di bawah adalah betul. Sumber: Your doctor will discuss these options with you. Sasaran: Doktor anda akan membincangkan pilihan-pilihan ini dengan anda. Jika 'dengan' tidak sesuai, mohon pihak tuan/puan mencadangkan perkataan yang sesuai. Sekian, terima kasih. | Terjemahan bagi perkataan with sebagai dengan dalam contoh ayat yang diberikan adalah betul mengikut konteks ayat. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.06.2021 |
Apakah terjemahan yang betul bagi ayat-ayat berikut: Amended Protocol Terjemahan: Protokol Pindaan, Pindaan Protokol, atau Pindaan kepada Protokol. Printed Name of the Study Doctor Terjemahan: Nama Doktor Kajian Dalam Huruf Cetak, Nama Doktor Kajian Dalam Huruf Cerai, atau Nama Doktor Kajian Dengan Nama Cerai Kerjasama pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. | Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dinyatakan: 1. amended protocol: protokol pindaan 2. printed name of the study doctor: nama doktor kajian dalam huruf cetak | Makna | 02.06.2021 |
Permohonan Soft-copy Tesaurus Bahasa Melayu. Assalalmualaikum dan Salam sejahtera. Saya SITI SYAKIRAH BINTI SAZALI, pelajar sepenuh masa DOCTOR OF PHILOSOPHY (COMPUTER SCIENCE) di UiTM SHAH ALAM ingin memohon soft-copy Tesaurus Bahasa Melayu untuk penyelidikan saya. Bagaimanakah caranya untuk proses permohonan ini? | Segala permohonan mengenai data tesaurus, puan boleh menghubungi pegawai kami di Bahagian Peristilahan melalui talian 03-21479159 (Puan Siti Nur Atiqah binti Amirudin). | Lain-lain | 31.10.2016 |