Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata documents


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
• New option to customize the extensions for MetaTexis documents and cleaned/final version 1. Saya ingin bantuan untuk perkataan CUSTOMIZE dalam BM 2. Freelance dalam BM Terima kasih daun keladi.Untuk makluman, dalam kamus Inggeris-Melayu Dewan, "customize" bermaksud membuat mengikut tempahan atau pesanan. Dalam bidang Teknologi Maklumat, padanan bahasa Melayu untuk "customized" ialah tersuai. Contoh: customized software - perisian tersuai. Dalam konteks ayat yang diberikan, "customize" mungkin bermaksud "untuk disesuaikan dengan'. "Freelance"bermaksud bekerja bebas. Dalam istilah bidang Komunikasi, padanan bahasa Melayu untuk "freelance" ialah pemberita bebas.Istilah26.09.2013
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya, adakah terjemahan bagi frasa-frasa berikut tepat? a) all of the documents - kesemua dokumen b) all children - kesemua anak c) the children - anak tersebut Saya juga ingin bertanya, apakah padanan bagi perkataan "tersebut"?

Frasa yang sesuai ialah

a) semua dokumen atau kesemua dokumen

b) semua anak atau kesemua anak

c) anak-anak/kanak-kanak tersebut

Maksud “tersebut” dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah “telah disebut (diceritakan dll), pernah disebut.”

Oleh itu, penggunaan perkataan lain untuk menggambarkan “tersebut” ialah cerita tentang anak-anak/kanak-kanak, contohnya anak-anak/kanak-kanak yang bermain di taman, anak-anak/kanak-kanak miskin, dan sebagainya.

Tatabahasa21.01.2018
Assalamualaikum. Mohon bantuan tuan untuk mencadangkan terjemahan yang sesuai bagi perkataan 'viewer'. Dalam konteks ini, 'viewer' ialah orang yang melihat dokumen. Contoh ayat: Viewers are not allowed to edit documents. Terjemahan biasa bagi 'viewer' ialah penonton tetapi saya berpendapat kurang sesuai untuk konteks ini. Mohon bantuan tuan. Terima kasih.Cadangan terjemahan yang boleh digunakan ialah pembaca, pemerhati atau pengulas selain penonton mengikut konteks bahan.Penyemakan dan penterjemahan12.03.2019
Salam Tuan/Puan, Saya ingin memohon jasa baik pihak tuan/puan untuk menterjemahkan "Anti-Money Laundering, Anti Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001 (AMLATFPUAA 2001)" Terima kasih atas bantuan daripada pihak tuan/puan.Berdasarkan carian melalui sumber Bank Negara Malaysia documents/act/bm_amlatfa_v3.pdf">http://www.bnm.gov.my/documents/act/bm_amlatfa_v3.pdf,  "Anti-Money Laundering, Anti Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001 (AMLATFPUAA 2001)" ialah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. Istilah19.09.2018
Saya Samsiyah Cheakbraheng, Sedang belajar di Universiti Fatoni kelas dasar , saya ingin bertanya DBP tentang bahasa Melayu, yang mana betul "ruzki" atau "rizki" apakah artinya terima kasih di atas jawappanEjaan yang betul ialah ‘rezeki’. Sila layari Documents/2014/prpm.dbp.gov.my/%22%20target=%22_blank%22%3Ehttp:/prpm.dbp.gov.my">prpm.dbp.gov.my/" target="_blank">http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari" untuk mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainyaEjaan22.09.2014
I have an enquiry on translation services for 2 Malaysian Birth Certificates. The translation is required in relation to an application for a spouse visa and must be certified. Generally, the birth certicates have both English and Bahasa Malaysia headers/title. However, there are words provided below which require a translation and certification:- Words with no English translation on the birth certificate:- Perempuan, Maklumat tidak diperolehi, warganegara, Tiada, maklumat tidak berkenaan, tahun, Belum ditentukan, Tiada 1. Does DBP offer translation service with a certification? 2. How long will it take to translate the documents? 3. What is the fee fpr translation? Thank you.Untuk mendapatkan terjemahan daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris yang disahkan dengan sijil, tuan bolehlah hubungi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) di talian 03-41451800 atau Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) di talian 03 - 21442506/21424381Lain-lain19.08.2014
Salam sejahtera: 1. Kamus Dewan (ed.4) mendefinisikan 'relevan' sbg: ada kaitan/hubungannya dgn apa yg dibicarakan, dgn apa yg sdg berlaku, dsb. Walau bagaimanapun, maksud 'penting' tidak terdapat dalam definisi di atas. Bolehkah saya simpulkan 'penting' tidak termasuk sebagai salah s atu definisi bagi perkataan 'relevan'? 2. Bagaimana pula dengan definisi dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan yang memberikan salah satu definisi untuk 'irrelevant' ialah 'tidak penting' (selain 'tidak berkaitan', 'tidak bersangkutan', dsb). 3. Apakah sinonim untuk perkataan 'relevan' dlm ayat di bawah? 'Penting' atau 'berkaitan/bersangkut paut/dsb''? Adat Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat di negeri ini sejak 650 tahun dahulu masih relevan untuk diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat di negeri ini. (Utusan, 9/01/2010, Adat Pepatih masih relevan diamalkan) Terima kasih.

Puan Jeannet,

Makna 'relevan' ialah  berkaitan, berhubungan: documents ~ to the case, dokumen yg berkaitan dgn kes itu; a highly ~ suggestion, cadangan yg sangat berkaitan.  Kamus Inggeris Melayu Dewan.

  • (rélevan) ada kaitan atau hubungannya dgn apa yg dibicarakan, apa yg berlaku dsb: seksyen 96(1) hanya ~ dlm kedudukan insurans wajib. Kamus Dewan Edisi Keempat. 
  • Walau bagaimanapun, padanan perkataan ini dalam bahasa Melayu bergantung pada makna dan konteks penggunaan dalam ayat. Oleh itu, dalam teks yang dikemukakan perkataan ini boleh bermaksud penting atau berkaitan.

    Makna18.01.2010

    Kembali ke atas