Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. (animal) anjing; 2. male dog, anjing jantan; 3. also dog-fox, rubah jantan; 4. also dog-wolf, serigala jantan; 5. (colloq) fellow, orang: he’s a lucky ~, dia orang yg bertuah; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt mengekori: a stranger ~ged us, seorang yg tdk dikenali mengekori kami; 2. (fig.) memburu: he seems ~ged by misfortune, nampaknya dia diburu oleh nasib malang; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ eat ~, saling jatuh-menjatuhkan; a ~’s life, sengsara; die like a ~, die a ~’s death, mati dlm keadaan yg hina; a dirty ~, (colloq) dishonourable or evil person, anjing: he ran away with the old man’s money, the dirty ~, dia melarikan duit orang tua itu, anjing betul; lead a ~’s life, hidup sengsara; not have a ~’s chance, (colloq) tak ada can langsung; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dog

Peribahasa

21

A barking dog never bites

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Laksana lembu dogol, tak boleh ditanduk hanya disondol

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. " Laksana lembu dogol, tak boleh ditanduk hanya disondol ," jawab Ali

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah hot dog boleh digunakan dalam bahasa Melayu? Jika tak, bagaimana untuk menterjemah ayat yang mengandungi kedua-dua perkataan hot dog dan sausage? Contohnya; Daniel took out the sausage out of the hot dog because he didn't want the bread. (Daniel mengeluarkan sosej daripada ___ itu kerana dia tak mahukan rotinya). Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud hot dog ialah daging frankfurter yang dimasak biasanya dihidang dalam bentuk rol panjang. Manakala sosej pula bermakna sejenis makanan daripada daging kisar yang diisi dalam usus atau sarung tiruan. Kedua-dua istilah ini memberikan maksud yang sama dan boleh digunakan dalam bahasa Melayu, istilah sosej lebih sesuai digunakan dalam penulisan rasmi. Maksud ayat yang diberikan ialah Daniel mengeluarkan sosej daripada roti itu kerana dia tak mahukan rotinya.
Sekian terima kasih.
Makna29.05.2017
Adakah perkataan lasagne dan hot dog perlu diitalikkan dalam penulisan rasmi?Merujuk kepada prpm.dbp.gov.my menyatakan bahawa istilah sasar bagi istilah lasagne ialah lasagne manakala hot dog pula istilah sasar yang boleh kami cadangkan ialah sosej dalam bahasa Melayu yang lebih sesuai digunakan dalam penulisan rasmi.Penyemakan dan penterjemahan18.12.2015
Sekiranya tajuk filem, lagu atau buku bahasa Inggeris disebut dalam rencana bahasa Melayu, adakah tajuk tersebut ditulis mengikut tatabahasa bahasa Inggeris? Contohnya: filem "Hachiko the Dog" atau lagu "I'm for You", adakah tajuk-tajuk Inggeris sebegini ditulis dalam rencana Melayu mengikut huruf kecil/huruf besar yang sama dengan bahasa Inggeris? Mana yang betul - Saya menonton filem Hachiko the Dog atau, Saya menonton filem Hachiko The Dog Tajuk filem, lagu dan buku dalam bahasa Inggeris selalunya ditulis dengan huruf pertama huruf besar kecuali coordinating conjunctions, articles dan prepositions.Penulisan nama filem bahasa Inggeris dalam teks Bahasa Melayu dikekalkan bentuk asalnya dan dieja condong (italic).Ejaan09.11.2017
Assalamualaikum, Apakah padanan perkataan yang sesuai untuk menterjemah perkataan "Territorial" yang menerangkan tentang sifat haiwan? Contoh: Territorial dog. Terima kasih.Dalam pangkalan data istilah DBP, padanan bahasa Melayu untuk  "territorial' ialah wilayah atau kewilayahan. Dalam konteks ini, cadangan kami ialah haiwan yang bersifat kewilayahan.Istilah27.10.2016
salam, dalam bahasa Inggeris adakah sama seperti bahasa Melayu yang penggunaan koma (,) perlu diletak selepas kata "and", contohnya Bird, cat, cow and dog?Penggunaan tanda baca dalam teks bahasa Inggeris adalah di luar skop perkhidmatan Khidmat Nasihat Bahasa. Sila rujuk Pusat Bahasa di tempat suadara belajar untuk mendapatkan maklumat berkenaan.Ejaan02.04.2012
Salam sejahtera tuan. Saya ingin mengetahui terjemahan yang betul perkataan "where" dalam bahasa Inggeris yang berfungsi sebagai Kata Hubung dalam bahasa Melayu. Ini adalah kerana perkataan "where @ di mana" merujuk kepada tempat. Apakah perkataan yang sesuai digunakan? Terima kasih.

Salam sejahtera. Untuk makluman tuan/puan, lazimnya, perkataan where  boleh digantikan dengan kata hubung “yang” dan “apabila”.  Ayat bahasa Inggeris yang berikut menggunakan perkataan where yang tidak membawa maksud tempat:

1.     A phobia is where you have a fear of, say, clowns, and this fear seemingly has no rational basis. (Fobia ialah keadaan apabila anda berasa takut akan badut, misalnya, dan perasaan ini timbul tanpa asas yang rasional.)

2.    The dog suffered from hypothermia, a condition where the body temperature drops to a near-fatal level. (Anjing itu mengalami hipotermia, iaitu suatu keadaan yang menyebabkan suhu badan turun ke takat hampir mati.)

 

Sekian. Terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan23.02.2017

Kembali ke atas