Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ijazah yg tertinggi yg diberikan kpd seseorang siswazah lanjutan yg menamatkan pengajian­nya dan disertasinya diluluskan oleh majlis yg terdiri drpd para profesor (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata doktor falsafah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah terdapat perbezaan singkatan bagi doktor falsafah dan doktot perubatan. Cth: DR. digunakan untuk doktor falsafah dan Dr. digunakan kepada doktor perubatanSingkatan bagi seseorang yang bergelar doktor falsafah atau perubatan ialah Dr. Ejaan17.08.2021
Apa beza doktor falsafah dengan doktor perubatan?
Terdapat perbezaan antara doktor falsafah dan doktor perubatan. Frasa doktor falsafah merujuk kepada 'ijazah tertinggi yang diberikan kepada seseorang siswazah lanjutan, kecuali bagi bidang undang-undang dan perubatan, yang menamatkan pengajiannya dan disertasinya diluluskan oleh majlis yang terdiri daripada para profesor'; manakala doktor atau doktor perubatan ialah 'orang yang memiliki ijazah dalam bidang perubatan dan mempunyai kelayakan atau tauliah utk mengamalkan perubatan, seperti merawat orang sakit'.
Makna24.08.2023
Mohon pencerahan, mana satu yang betul. 1. Ijazah Kehormat Doktor Kepimpinan Islam; 2. Ijazah Kehormat Doktor (Kepimpinan Islam); 3. Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepimpinan Islam; 4. Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kepimpinan Islam); 5. Ijazah Doktor Kehormat Kepimpinan Islam; 6. Ijazah Doktor Kehormat (Kepimpinan Islam); 7. Ijazah Doktor Falsafah Kehormat Kepimpinan Islam; atau 8. Ijazah Doktor Falsafah Kehormat (Kepimpinan Islam).Frasa yang betul ialah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepimpinan Islam.Tatabahasa17.03.2019
Salam. Apakah cara penulisan yang betul bagi "Dr" (doktor falsafah) di dalam tulisan Jawi? Terima kasih.

Kami mencadangkan doktor falsafah dieja penuh seperti ejaan berikut: 

دوکتور فلسفه

Ejaan02.01.2020
kata sapaan surat rasmi jika penerima adalah perempuan dan pemegang ijazah doktor falsafah, adakah Dr. , Puan, atau Tuan?Kata sapaan yang digunakan untuk penerima ijazah doktor falsafah ialah "YBrs. Dr."Lain-lain01.03.2024
Apakah kata hormat bagi seseorang yang mempunyai gelaran doktor falsafah? Adakah Yang Berbahagia atau Yang Berusaha untuk ditulis ketika membuat minit mesyuarat dan surat?Sapaan untuk seseorang yang gelaran doktor falsafah ialah Yang Berbahagia(YBhg.).Lain-lain05.06.2008
Sama ada istilah 'doktoral' boleh digunakan untuk menggambarkan ijazah di peringkat PhD atau Doktor Falsafah. Contoh ayat Universiti A menawarkan dua ijazah doktoral iaitu Doktor Falsafah dan Doktor Pentadbiran Perniagaan.Istlah yang digunakan ialah kedoktoran. Contoh:  ijazah kedoktoran.Istilah19.06.2008
Asslamualaikum, Tuan, saya ingin kepastian tentang penulisan gelaran doktor falsafah dan doktor perubatan dalam dokumen rasmi. Benarkah ada perbezaan dari segi huruf besar (DR.) untuk doktor perubatan dan huruf kecil (Dr.) untuk doktor falsafah. Saya pernah terbaca jawapan tuan tentang perkara ini pada tahun 2014 dalam rekod PRPM tetapi apabila saya ingin merujuk fakta ini dalam PRPM, maklumat itu sudah tiada. Oleh itu, saya ingin kepastian sama ada telah berlaku sebarang perubahan cara penulisan singkatan DR. dan Dr. antara doktor perubatan dengan doktor fafsafah. Terima kasih, tuanWaalaikumussalam, bagi penggunaan gelaran Dr. adalah sama bagi gelaran doktor falsafah atau doktor perubatan dalam dokumen rasmiLain-lain10.09.2019
Apakah beza antara doktor biasa dan doktor falsafah
Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), terdapat perbezaan makna antara kata doktor dengan doktor falsafah, iaitu:

doktor
n 1 orang yg memiliki ijazah dlm bidang perubatan dan mempunyai kelayakan atau tauliah utk mengamalkan perubatan, spt merawat orang sakit: Pemeriksaan doktor mengesahkan dia menghidap penyakit barah pd pangkal rahim.
2 gelaran atau panggilan bagi orang yg mempunyai kelayakan utk mengamalkan perubatan atau mendapat ijazah tertinggi dlm sst pengajian di pusat pengajian tinggi: Dia teringat pd Doktor Rashid di Fakulti Perubatan.tBolehkah doktor terangkan apakah cara utk merawat penyakit tsb?
3 orang yg mendapat ijazah tertinggi dlm sst pengajian di pusat pengajian tinggi: Doktor Bahasa dan Kesusasteraan;

doktor falsafah ijazah tertinggi yg diberikan kpd sso siswazah lanjutan, kecuali bagi bidang undang-undang dan perubatan, yg menamatkan pengajiannya dan disertasinya diluluskan oleh majlis yg terdiri drp para profesor.
Makna24.08.2023
Apaah beza di antara doktor perubatan dan doktor falsafahBerdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 537, doktor merujuk orang yang memiliki ijazah dalam bidang perubatan dan mempunyai kelayakan atau tauliah untuk mengamalkan perubatan seperti merawat orang sakit. Doktor falsafah pula orang yang mendapat ijazah tertinggi dalam sesuatu pengajian di pusat pengajian tinggi.Makna16.01.2025
1234

Kembali ke atas