Soalan: adakah perkataan `dokumentasi' ini boleh digunapakai untuk kedua-dua keadaan, contohnya: 1)Notis Penyempurnaan Dokumentasi Guaman, 2) Dapatkan Notis Penyempurnaan Dokumen Guaman daripada Undang-undang setelah dokumentasi disempurnakan. Mohon maklumbalas segera.... tq. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, dokumentasi ialah himpunan atau kumpulan bahan atau dokumen (yg dapat digunakan sbg asas bagi sesuatu kajian, penghasilan sesuatu terbitan. Meruuk istilah, dokumentasi ialah mengumpul, mengatur, menyimpan, merujuk dan menyebar dokumen atau maklumat yang dirakam dalam dokumen. | Makna | 01.08.2008 |
aSSALAAMUALAIKMUM Mohon semakan penggunaan dan ejaan perkataan berikut: 1.METOD atau METHOD (daripada perkataan methodology) 2. Jabatan Dokumentasi dan Method atau Jabatan Dokumentasi dan Metod | 1. Yang betul ialah metode atau istilah yang lebih mudah difahami umum ialah kaedah. 2. Yang betul ialah Jabatan Dokumentasi dan Metode | Ejaan | 21.08.2019 |
Saya telah mewujudkan satu bilik yang diberi nama 'Bilik Algoritma Dokumentasi'. Bilik ini berfungsi untuk meletakkan dokumen2 pentadbiran, akademik yang sulit dan yg bukan sulit. Tujuan digunakan Algoritma adalah bersesuaian dengan susuan bilik dimana dokumen disusun mengikut kategori, yang perlu dilupus, Sulit, Soalan Peperiksaan yang telah tamat tempoh, Dokumen Semasa, Laporan2 Amali diasingkan yang perlu dilupus dan masih dalam perhatian. Mohon pandangan pihak yang lebih arif adakah sesuai penggunaan 'Algoritma' digunkana untuk Bilik Dokumentasi (Bilik Algoritma Dokumentasi). T.Kasih di atas makluman segera. | Nama yang dicadangkan ialah Bilik Dokumentasi. Berdasarkan maksud "algoritma" yang diberikan dalam pangkalan data istilah DBP dan Kamus Dewan Edisi Keempat, kami berpendapat perkataan "Algoritma" tidak sesuai digunakan dalam konteks ini. Contohnya, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, algoritma bermaksud 1. satu siri atau set arahan, peraturan atau prosedur yang diikuti untuk menyelesaikan masalah (terutama dalam komputer) 2. (Komputer) cara penyelesaian masalah dengan melakukan jujukan proses atau peraturan yang ditentukan untuk mencapai matlamat atau objektif. | Istilah | 05.08.2016 |
Assalamualaikum. 1. Adakah buku Sejarah Johor terdapat di pusat dokumentasi DBP KL? Jika ada, bagaimana caranya untuk saya meminjamnya tanpa perlu saya ke DBP? (Saya menetap di Johor Bahru) | Saya percaya buku yang dimaksudkan ialah karangan Buyong Adil. Sdr Zaidah boleh meminjam buku tersebut di Pusat Dokumentasi Melayu di Pejabat DBP Wilayah Selatan di Johor Bahru melalui khidmat Sistem Perbekalan Penerbitan atau dikenali sebagai Pinjaman Antara Perpustakaan. Jika sdr belum menjadi ahli sdr boleh mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan di Pusat Dokumentasi Melayu dan seterusnya mendapat kemudahan meminjam buku. Terima kasih kerana sudi menghubungi kami. | Lain-lain | 02.06.2011 |
bagaimanakah,saya boleh mendapatkan majalah lama serta suratkhabar pada tahun 1984-1992 ?.. | Pusat Dokumentasi Melayu menyimpan majalah lama terbitan DBP dan keratan akhbar yang berkaitan. Jika tuan ingin membuat rujukan, sila berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun. | Lain-lain | 17.12.2015 |
Apakah kesan kerancuan bahasa terhadap perkembangan bahasa baku? | Sila rujuk bahan ini yang dipetik daripada Talian KAWAT Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Sekiranya sdr menjadi Rakan Dewan sdr boleh meminjam di Pusat Dokumentasi Melayu. Hasil carian yang mempunyai 'kerancuan bahasa' dalam Judul (6 rekod dijumpai) | Carian Baru | |
| Lain-lain | 24.03.2008 |
bagaimana jika saya hendak mendapatkan dan rujukan dari jurnal bahasa? | Terima kasih atas soalan anda. Anda boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan (keahlian perpustakaan) dan di Pusat Dokumentasi Melayu anda boleh membuat rujukan dan pinjaman bahan. | Lain-lain | 07.08.2010 |
Abdul Halim R SAYA ABDUL HALIM "R" BEBERAPA TAHUN LALU TELAH MENJUAL KOLEKSI SAYA KPD PUSAT DOKUMENTASI MELAYU DBP: ■Buku,majalah,risalah. ■Penerbitan sulung...bil 1 ■Draf... ■Foto. SAYA INGIN TAHU ADAKAH SEMUANYA TELAH DISUSUN UNTUK SAYA INGIN PERGI MENATAPNYA? Wassalam. About | Mohon hubungi Ketua Bahagian Pusat Dokumentasi Melayu, Puan Kamariah Abu Samah melalui talian 03-21479545 atau e-mel kamariah@dbp.gov.my, untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan hal tersebut. | Lain-lain | 11.11.2016 |
ingin mendapatkan maklumat mengenai sejauh manakah bahasa melayu memainkan peranan dlm membentuk jati dri rakyat mlaysia | Untuk makluman sdr. banyak bahan tentang bahasa Melayu di Pusat Dokumentasi Melayu. Saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun. Dan saudara boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan. | Lain-lain | 13.05.2008 |
Dimana dan bagaimanakah saya boleh mendapatkan buku Hikayat Sri Rama | Di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP terdapat 2 koleksi Hikayat Sri Rama. Iaitu : 1.Hikayat Sri Rama Ikram, Achadiati Universitas Indonesia 1980. 2. Hikayat Sri Rama Ikram,Achadiati University of Illinois Press. Saudara boleh mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan jika hendak membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP . | Lain-lain | 02.11.2007 |