Siti Nurul Fathiah Sep 13th, 2:48pm Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Siti Nurul Fathiah binti Mohd Dom, pelajar daripada UiTM Puncak Perdana. Saya nak bertanya, bolehkah kalau saya nak maklumat mengenai Bulan Bahasa Kebangsaan? (Tema, Sejarah, Pengenalan, dll) Kerjasama pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan terima kasih smile emoticon | Wa`alaiukumussaalam. Saudara Siti Nurul Fathiah boleh memperoleh maklumat tersebut pada laman web DBP. Sila layari www.dbp.gov.my pada capaian Laman Rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka pada pautan DBP dan Masyarakat dan klik pada Bulan Bahasa Kebangsaan. Selain daripada itu, boleh juga lihat pada himpunan gambar pada facebook ini, iaitu dalam bentuk poster Tahukah Anda?. Moga ia membantu. Terima kasih. ::::: Laman Dew | Lain-lain | 13.09.2015 |
1)saya ingin bertanya barkaitan dengan sejarah lagu ghazal pak ngah balik. selain itu juga saya ingin mengetahui sinopsis lagu tersebut. 2)saya masih tercari-cari pantun melayu klasik yang berkaitan maksud dengan si dara jelita sedang tenang menunggu kepulangan teruna idaman. 3)saya menyertai pesta zapin, jadi perlu menghantar sinopsis lagu dan jenis zapin. zapin yang kami bawa adalah zapin putar alam dan tajuk lagu pula ialah lagu pak ngah balik. mohon idea penulisan dari pihak anda. | Lagu Pak Ngah Balik adalah berentak ghazal (bukan zapin) dan dinyanyikan oleh Zainurin Md. Dom. Rakaman lagu ini dibuat dalam piring hitam jenis MHT A2 dengan iringan Orkes Sri Penambang Ghazal Muar pimpinan Atan Penambang. Pencipta lagu ini ialah Pak Lomak atau nama sebenarnya Haji Musa Yusof. Pak Ngah Balik Bulan mengambang Pak Ngah lah yang balik Ahailah sayang Bulanlah yang mengambang Bulan mengambang Tengah malam Bulan mengambang Pak Ngah lah yang balik Ahailah sayang Bulanlah yang mengambang Bulan mengambang Tengah malam Ahailah nampak bercahaya Nampak bercahaya dengan serinya Janganlah abang Pak Ngah lah yang balik Ahailah sayang Janganlah abang Janganlah abang berhati bimbang Hai adik pergi Adik pergi tidaklah lama Tidaklah lama Untuk mendapatkan pantun yang dimaksudkan, saudara/saudari boleh merujuk buku pantun 'Kurik Kundi Merah Saga' | Lain-lain | 26.03.2010 |