Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[do.main] | دوماءين

Definisi : 1. kawasan yg dimiliki (dikuasai, di­tadbirkan dsb) oleh seseorang atau sesuatu pihak, kawasan kekuasaan, mandala: dia tidak akan keluar dr ~ kekuasaan itu; 2. lapangan atau bidang (spt kegiatan, pe-mikiran, pengetahuan dsb), mandala: tum­puan hanya akan diberikan kpd perspektif pendidikan dan penerbitan buku dlm ~ sains dan teknologi sahaja; ruang bagi tiap-tiap bidang atau ~ itu hendaklah dinyatakan secara eksplisit; 3. (Komp) kumpulan medan bagi fail dlm model sistem pengurusan pangkalan data; 4. (Komp) kawasan liputan bagi masalah yg hendak diselesaikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[do.main] | دوماءين

Definisi : 1 kawasan yg dimiliki atau dikuasai oleh seseorang pemimpin atau sesebuah kerajaan: Mereka tidak akan keluar dr ~ itu. 2 kumpulan atau liputan bagi sesuatu yg dibincangkan atau bagi sesuatu masalah yg hendak diselesaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata domain


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
assalamualaikum.. saya ingin bertanya mengenai beza biblingualisme dengan diglosia dan apakah domain-domain kedwibahasaan

Saudara Nursyazwani,

Perkataan bilingualisme bermaksud 1. pemakaian dua bahasa oleh seseorang atau sesebuah masyarakat, kedwibahasaan; 2. kefasihan bertutur dlm dua bahasa, kedwibahasaan.

Perkataan diglosia bermaksud (Lin) kewujudan dua variasi bahasa dlm sesuatu bahasa mengikut situasi, yg satu lebih tinggi statusnya apabila berada dlm situasi formal berbanding dgn yg satu lagi dlm situasi tidak formal

Daripada makna yang dinyatakan jelas terdapat perbezaan antara kedua-dua perkataan ini. Bilingualisme adalah berkaitan dengan pemakaian dua bahasa manakala diglosia adalah berkaitan dengan kewujudan dua variasi bahasadalam sesuatu bahasa.

Untuk maklumat lanjut saudara bolehlah  merujuk buku atau membuat kajian  tentang perkara ini yang ada di perpustakaan di tempat saudara. 

Lain-lain03.09.2009
maksud pemilihan bahasa,dwibahasa, domain dan masyarakat mengikut kamus dewan.Kamus Dewan menakrifkan dwibahasa sebagai ditulis atau dinyatakan dalam dua bahasa, domain bermaksud kumpulan atau liputan bagi sesuatu yg dibincangkan atau bagi sesuatu masalah yg hendak diselesaikan dan masyarakat bermaksud sekumpulan orang yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan cara dan peraturan tertentu.Makna11.10.2010
SILA RUJUK LAMPIRANUntuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain01.08.2012
minta bantuan menyemak ejaan untuk papan iklan.Sila klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa DBP.Lain-lain08.01.2013
JIMAT 20% dengan pembelian keduaUntuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Tatabahasa21.05.2013
Visual approval for license applicationUntuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa" bukan "Khidmat Nasihat Bahasa".Lain-lain28.03.2012
Visual approval for license applicationUntuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain28.03.2012
Mohon tuan/puan untuk mendapatkan pengesahan bahasa. Sekian, terima kasih.Sila ke domain Khidmat Pengesahan Bahasa untuk mendapatkan sijil kelulusan pengesahan bahasa.Lain-lain06.02.2013
Jualan , Diskaun Sehingga 70%Penggunaan ayat dalam iklan tersebut betul. Sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa) untuk pengesahan iklan.Lain-lain13.03.2012
minta bantuan menyemak ejaan untuk papan iklan baru.Untuk pengesahan iklan sila klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa DBP (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain09.01.2013
12345678910

Kembali ke atas