Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Kd (buat) acuh tak acuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata don

Peribahasa

577

Don't teach your grandmother to suck eggs

Jangan cuba menasihati atau menunjuk ajar orang yang lebih berpengalaman daripada kita

Mengunyahkan orang bergigi

''You don't have to tell me what I should do. I have been in this field for 20 years,and you just go there. Don't teach your grandmother to suck eggs. I know better than you do!'' the old actress protested.

''Tak payahlah kau hendak mengajar apa yang patut aku buat. Aku dah 20 tahun dalam bidang ini, dan kau pula orang baru. Jangan mengunyahkan orang bergigi. Aku lebih tahu daripada kau!'' bantah pelakon lama itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(149)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Why don’t you contest the search of the pharmacy records? Apa makna contest dalam ayat di atas? (doktor di hospital)Makna yang sesuai bagi "contest" dalam ayat di atas ialah "mempertikaikan".Makna04.10.2007
Mohon cadangan perkataan Bahasa Melayu untuk "The Do's and Don'ts". Adakah sesuai 'Buat dan Jangan Buat".Frasa The Do's and Don'ts boleh diterjemahkan kepada "Buat dan Jangan Buat" atau "Boleh Dilakukan dan Tidak Boleh Dilakukan", bergantung pada konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan11.11.2014
Saya selalu menggunakan laman http://prpm.dbp.gov.my/ untuk mencari maksud perkataan. Hari ini, saya dapati ada kesilapan peribahasa Bahasa Inggeris - Peribahasa 276 - di bahagian kanan, "Don't jump from the flying pan into the fire" adalah salah. Sepatutna, "don't jump from the FRYING pan into the fire". http://en.wikipedia.org/wiki/Jumping_from_the_frying_pan_into_the_fire Harap pihak DBP akan membuat pembetulan.Terima kasih atas kepekaan dan maklumat saudara.  Pihak kami akan memaklumkan kesilapan ini untuk diperbetulkan oleh pihak yang berkenaan.Ejaan12.02.2014
Salam, Apakah cara penulisan untuk senarai edaran di bawah betul? Perlu noktah dan titik? contoh: SENARAI EDARAN 1. Prof. Dr. Zuraidah binti Mohd Don, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, Jalan Universiti, 50603 KUALA LUMPUR, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Untuk makluman, memadai jika ditulis: Prof. Dr. Zuraidah binti Mohd Don, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, Jalan Universiti, 50603 Kuala Lumpur.Lain-lain23.02.2018
Mohon semakan terjemahan Meh, I don't really care that Pluto is no longer a planet. Ah, aku tak peduli pun Pluto bukan planet lagi.Kami hanya menyemak penggunaan kata dan ayat dalam Bahasa Melayu. Ah, aku tak peduli pun Pluto bukan planet lagi.Penyemakan dan penterjemahan07.11.2017
Hi , this is my first time doing Bunting and i really don't know what are the problems of my Bunting . I could really use your help , thank you ! (:Untuk pengesahan iklan, sila layari laman web kami melalui http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/Pelanggan/login.aspxLain-lain24.03.2017
"I often feel that my voice is stuck when im having conversation or I don’t know what to say or im shy but with the singing, it just cuts through all this. Im quite a fragmented person but somehow I just keep coming back to this." Assalamualaikum Encik/Puan, saya kurang pasti terjemahan ayat di atas. Boleh ke kalau Encik/Puan bantu saya untuk terjemahkan dalam bahasa melayu?Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Penyemakan dan penterjemahan17.10.2021
Salam. Apakah frasa BM yang sesuai untuk "speaking circuit" dalam contoh ayat berikut Just like most politicians, presidents don't endure the rigors of the campaign trail and put up with life as the most scrutinized leader in the world for the money. The cash really starts rolling in when our commanders-in-chief leave the White House and hit the speaking circuit. Terima kasih.Tidak ada padanan speaking circuit dalam pangkalan data kami. Berdasarkan semakan kami, agak sukar untuk mencari padanan bagi istilah berkenaan dalam satu atau dua perkataan, melainkan dibuat huraian bagi konsep sebenar yang berkaitan speaking circuit dalam bahasa sumber.Penyemakan dan penterjemahan27.08.2017
Saya ingin tahu apakah terjemahan terbaik untuk container gardening? Contoh: Container gardening is the new trend of urban gardeners who don't have any space in their home.Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "container gardening" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk "gardening" ialah perkebunan dan istilah bahasa Melayu untuk "container" ialah bekas. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah perkebunan bekas atau perkebunan dalam bekas.Istilah18.02.2013
Perkataan 'mereka' tak boleh digunakan untuk kata ganti diri untuk haiwan. Jadi, apakah yang paling sesuai untuk digunakan dalam ayat seperti berikut; "Don't let them out. They will catch a cold" "Their room." "They are searching the room using their instinct." They dan their dalam ayat ini merujuk kepada kucing peliharaan. Jika menggunakan 'kucing-kucing itu' di dalam ayat, ia akan asyik berulang-ulang dan seperti tidak tepat kerana ia seperti merujuk kepada kucing yang bukan peliharaan. "Jangan biarkan kucing-kucing itu keluar. Kucing-kucing itu akan terkena selsema." "Kucing-kucing itu mencari bilik ______ menggunakan naluri _______." Jadi, apakah yang paling sesuai untuk digunakan dalam ayat seperti di atas? Seperkara lagi, ayat berikut. "They are always together." They dalam ayat ini merujuk kepada anjing-anjing dan kucing-kucing peliharaan dalam kuantiti yang banyak. Jika menggunakan 'anjing-anjing dan kucing-kucing ini sentiasa bersama', ia sekali lagi seperti merujuk kepada sesuatu yang bukan peliharaan. Harap dapat memberikan nasihat dan contoh yang membantu dan terperinci. Terima kasih.Mereka ialah kata ganti nama diri bagi manusia dan tidak digunakan untuk binatang. Pengulangan nama binatang tidak dapat dielakkan dalam situasi berkenaan atau boleh juga diselang-selikan dengan gelaran seperti "si comel" yang biasa digunakan untuk kucing.Tatabahasa10.02.2017
12

Kembali ke atas