Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dorongan hati;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Apakah maksud 'secara inpulsif'?Inpulsif tidak ada dalam sumber rujukan kami, yang ada perkataan impulsif iaitu, bersifat tergesa-gesa mengikut dorongan hati.Makna13.05.2010
Biasanya, pembelian dalam talian oleh pemuda-pemudi berpunca daripada nafsu yang timbul semasa menatal iklan menarik pada skrin telefon. Perkataan nafsu bolehkah digunakan dalam ayat ini?

Menurut Kamus Dewan Perdana, nafsu bermaksud keinginan, kemahuan dan dorongan hati yang kuat.
Namun begitu, perkataan nafsu membawa konotasi negatif dan tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. Perkataan yang lebih sesuai dalam konteks ayat tersebut adalah kemahuan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 1381 dan 1511.

Tatabahasa19.06.2026
1) Apakah beza dari segi maksud sebenar antara perkataan id, nafsu, dan naluri? 2)Apakah beza dari segi maksud sebenar antara perkataan norma, nilai, moral, dan etika? TERIMA KASIH...Id ialah bahagian minda yang berhubungan dengan naluri dan dorongan bawah sedar; nafsu ialah keinginan yang keras, kehendak atau kemahuan yang kuat; naluri ialah desakan hati untuk melaksanakan sesuatu, tabiaat semula jadi; norma ialah peraturan atau ketentuan yang menjadi kebiasaan yang dijangka dipatuhi oleh sertiap anggota masyarakat; nilai ialah darjat, kualiti, taraf; moral ialah ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan; etika ialah prinsip moral atau akhlak atau nilai yang menjadi pegangan seseorang atau kumpulan.Makna09.02.2008

Kembali ke atas