Tolong semak draft signage syarikat kami untuk sokongan permohonan lesen premis perniagaan dari Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) | Masukkan keterangan dalam iklan tuan, seperti "KILANG TEPUNG" di bahagian atas sekali. Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 24.11.2015 |
Bahasa Inggeris - bank draft. Apakah istilah dalam BM? | Padanan bank draft dalam bahasa Melayu ialah draf bank. | Istilah | 23.10.2012 |
mohon maklumkan perkataan bahasa melayu untuk perkataan bank draft terima kasih | Padanan bank draft dalam bahasa Melayu ialah draf bank. | Istilah | 23.10.2012 |
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi 'Preliminary Draft'? Adakah 'draf' atau 'draf awal' atau 'draf awalan' sesuai digunakan? Terima kasih. | Preliminary Draft boleh diterjemah kepada Draf Awal sama seperti Preliminary Study yang diterjemahkan kepada Kajian Awal. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.03.2014 |
sila menyemak bahasa jawi dalam draft signboard kami, secepat mungkin | Betulkan ejaan Jawi bagi perkataan RAMBUT iaitu رامبوت dan ejaan BOS kepada بوس (perkataan bahasa Inggeris dieja dalam Jawi berdasarkan bunyi) | Ejaan | 11.06.2020 |
Bantu saya mengenalpasti ejaan yang betul bagi perkataan deraf ataupun draft | Ejaannya yang betul ialah draf. | Ejaan | 10.07.2008 |
1. Apakah maksud perkataan kesinambungan? Bilakah perkataan ini sesuai digunakan? 2. Di manakah boleh saya beli buku tatabahasa dewan edisi terbaru? 3. Bagaimanakah membezakan penggunaan 'Ke' dan 'Kepada' 4. Apakah ejaan yang betul bagi perkataan draft? Draf atau deraf? | 1. Kesinambungan: perihal bersinambungan, kelanjutan, keterusan, persambungan: tetapi jelas bahawa pemerintahan raja-raja Melayu Langkasuka dan Patani tetap mempunyai ~ sehinggalah awal abad ke-20; justeru yg moden itu merupakan ~ bagi yg tradisional dan yg lama akan dapat memperkenalkan akar-akar tradisinya; 2. Saudari boleh mendapatkannya di Koperasi DBP, Tingkat Bawah Menara DBP atau mana-mana kedai buku yang mengedarkan buku terbitan DBP. 3. Ke :- kata sendi yg menunjukkan arah atau tempat dll yg ditujui: terbang ~ udara; belayar menuju ~ timur; melancong ~ Tokyo; Kepada:- 1. kata utk menyatakan arah ke (dipakai sebelum nama orang atau kata pengganti diri), pada: mengirim surat ~ orang tuanya; 2. terhadap, akan: jangan berbuat jahat ~ orang; 3. daripada, pada: baginda memohon Siantan ~ Betara Majapahit; ia penolong ~ Pegawai Daerah. | Lain-lain | 19.03.2009 |
Saya berminat menulis sebuah buku tek peringkat Ijazah pertama jurusan matematik untuk subjek Aljabar Linear. Di bawah ada beberapa soalan yang ingin saya tanya 1. Saya diberitahu ada ganjaran RM 20000 untuk penulis disamping bayaran royalti, betulkah? Sehingga bila pemberian ini sah? 2. Bila saya habis tulis the first draft, boleh atau tidak saya minta pertolongan DBP untuk lihat jalan bahasa saya. | Salam sejahtera, Saudara dialu-alukan untuk untuk menyumbangkan penulisan ilmiah. Bahagian Buku Umum, Jabatan Penerbitan, menguruskan penerbitan buku ilmiah. 1. Pada 13 hb. Oktober 2011 diumumkan bahawa Kerajaan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mewujudkan dana RM2 juta mulai tahun depan bagi menggalakkan penerbitan buku ilmiah sains dan teknologi bertaraf ilmu tinggi dalam bahasa Melayu. Menurut pengumuman tersebut, penulis yang karyanya layak memperoleh dana itu dan akan diterbitkan oleh DBP akan menerima ganjaran RM20,000 selain royalti. Walau bagaimanapun kriteria, tatacara dan prosedur untuk dana ini akan disediakan dan diperincikan untuk memastikan kejayaan pelaksanaannya dan akan dimaklumkankepada bakal penulis. 2. Penulis digalakkan untuk berbincang dengan editor DBP dari semasa ke semasa untuk memastikan proses penulisan lancar dan dapat menghasilkan buku yang berkualiti. Editor bukan sahaja akan menyemak manuskrip dari segi bahasa tetapi juga keseluruhan manuskrip. | Lain-lain | 18.10.2011 |
Salam, Pada makluman saudara/saudari, konteks situasi saya sekarang adalah; saya sedang melakukan kerja terjemahan sebagai seorang "intern" di university saya. Secara spesifik, kerja terjemahan ini adalah daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia. Dokumen tugasan bernama "A Toolkit on the Responsibility to Protect". Jadi di sini, saya cuma ingin mendapat pengesahan ataupun "review" daripada sesebuah institusi ataupun individu yang berkuasa rasmi. Soalan saya adalah, adakah DBP menyediakan khidmat terjemahan yang panjang? Jikalau tiada bolehkah saya sekurang-kurangnya hantar "draft" yang berkemuakan 10 halaman terjemahan saya? Apakah nasihat saudara? Terima kasih. Salam, Nazmi | Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Untuk mendapatkan perkhidmatan terjemahan tuan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Tatabahasa | 14.12.2015 |