Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dragon


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Bolehkah saya tentang : 1. Dragon Boat Festival dalam BM sepatutnya ditulis sebagai apa? Perayaan Bot Naga @ Perayaan Duan Wu @ Perayaan Kuih Chang? 2. Mid Autumn Festival dlm BM ditulis sbg Perayaan Kuih Bulan @ Perayaan Tanglung @ Perayaan Zhong Qiu? Terima kasih

Dragon Boat Festival ialah Festival Perahu Naga manakala  Mid Autumn Festival  di Malaysia biasanya dikenali sebagai Perayaan Kuih Bulan.

Lain-lain07.01.2021
Mohon khidmat semakan perkara berikut samada ia memenuhi aspek tatabahasa dan lain-lain untuk tujuan penambahbaikan di masa hadapan: ..."2012 dragon is regarded as a divine symbol that reflects ultimate abundance, prosperity and good fortune. a perfect way of celebrating the year 2012; embracing the spirit of a powerful dragon within us.."Khidmat yang saudara perlukan adalah di luar skop Khidmat Nasihat DBP. Kami membantu pelanggan menyelesaikan pelbagai masalah yang berkaitan dengan sistem ejaan Rumi dan Jawi, istilah dan tatabahasa bahasa Melayu. Sila kemukakan pertanyaan saudara kepada pihak yang berkaitan.Lain-lain25.01.2012
Boleh saya tanya apakah maksud "Awaken the Dragon" dalam bahagian tajuk, seperti nama program. Terima Kasih.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak melaksanakan fungsi terjemahan. Saudara boleh berhubung dengan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) bagi tujuan tersebut.

Berkenaan dengan pertanyaan saudara berhubung dengan frasa Awaken the Dragon, frasa tersebut boleh diterjemahkan mengikut kesesuaian dan konsep penceritaan jika digunakan sebagai tajuk filem atau drama.

Penyemakan dan penterjemahan29.12.2023
1. Bagaimana hendak menjawikan perkataan bahasa inggeris seperti : "THE" , "Enterprise", "DRAGON" dll. 2. Di manakah saya boleh mendapatkan rujukan bagi istilah bahasa inggeris yang dijawikan mengikut standard DBP. Mohon bantuan dari pihak DBP. Terima kasihEjaan jawi bagi 'the' ialah ذى. Ejaan jawi bagi 'enterprise' ialah اينترڤراءيس manakala ejaan jawi bagi 'dragon' ialah دراڬن

Setakat ini tiada rujukan yang khusus bagi istilah dan ejaan bahasa Inggeris yang dijawikan. Walau bagaimanapun, sebarang pertanyaan mengenai ejaan tersebut boleh diajukan melalui sistem Khidmat Nasihat Bahasa DBP ini.



Ejaan12.05.2020
Apakah penjodoh bilangan bagi makhluk asing yang berupa seperti manusia. 1.sebagai contoh makhluk asing kree atau kripton, mereka memiliki rupa paras seakan manusia, adakah boleh digunakan penjodoh bilangan seorang? sebagai contoh, seorang lelaki kree/kripton telah masuk melalui pintu automatik. 2. Bagaimana pula dengan makhluk separa binatang, contohnya Son Goku, makhluk saiyan di dalam komik dragon ball, dia separa monyet, bolehkah digunakan penjodoh bilangan seorang pada makhluk saiyan itu?

Untuk makluman, perkataan makhluk asing  tidak memerlukan penjodoh bilangan kerana tidak ada penjodoh bilangan yang khusus untuk makhluk asing. Penggunaan tanpa penjodoh bilangan tidak salah digunakan.

Tatabahasa16.03.2020

Kembali ke atas