Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dré.bar] | دريبر

Definisi : (drébar) pemandu kenderaan: Pak Mat bekerja sbg ~ kereta tuan besar itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dré.bar] | دريبر

Definisi : /drébar/ pemandu atau pembawa (kereta dll): Dia bekerja sbg ~ van di gudang sabun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata drebar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam memartabatkan bahasa melayu.
DBP mempunyai dasar dalam penggunaan perkataan pinjaman Bahasa Ingeris, iaitu bagi perkataan atau istilah yang memang tiada dalam bahasa Melayu. Misalnya, komputer, teknologi dsb. Namun, terdapat juga perkataan yang ada dalam bahasa Melayu, tetapi dalam bidang tertentu, kata pinjaman lebih tepat, misalnya telekomunikasi, program dsb. Bagaimanapun, DBP tidak menggalakkan penggunaan kata pinjaman yang tidak mengikut pola pembentukan kata pinjaman, seperti 'suspek'(yang disyaki), 'bajet'(belanjawan) dan 'drebar'(pemandu). Peminjaman kata yang betul mengikut sistem morfologi bahasa Melayu akan memperkaya perbendaharaan kata bahasa Melayu, sebaliknya peminjaman yang tidak keruan akan mencemarkan bahasa Melayu. Semua pengguna bahasa Melayu adalah bertanggungjawab dalam memelihara kemurniaan bahasa Melayu, dan tugas ini bukan tanggungjawab DBP sahaja.
4PERANAN DBP DALAM PEMBAMGUNAN BAHASA MELAYUSila rujuk bahan ini : 1. Peranan DBP lebih tegas dan jelas oleh Awang Sariyan [diwawancara oleh Adnan Abd. Majid] Dewan Masyarakat 01/07/2004 . 2. Permasalahan dalam pembangunan bahasa Melayu sebagai asas pembangunan negara bangsa Malaysia oleh Ismail Dahaman Dewan Bahasa 01/07/2001 . 3. DBP akan terus mainkan peranan Utusan Malaysia 06/01/1988 4. DBP kembangkan peranannya oleh Nor Sedek Ismail Utusan Malaysia 11/11/1994 . 5. Peranan DBP sebagai penasihat bahasa AGHA Utusan Malaysia 01/03/1996 6. Citra : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia = Citra : Institute of Language and Literature Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003 . 7. CITRA : Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2002 . 8. Citra DBP 40 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan
DBP telah melaksanakan perancangan jangka panjang dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Usaha pemartabatan ini bermula dari peringkat perancangan bahasa, pembinaan bahasa dan pengembangan bahasa. DBP telah menerbitkan kamus seperti Kamus Dewan dan Kamus Inggeris -  Melayu Dewan, buku istilah pelbagai bidang ilmu, buku teks, ensiklopedia, buku rujukan umum, novel dan banyak lagi.  Bahasa Melayu mampu memainkan peranan sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa komunikasi sosial. Dalam peringkat pengembangan, DBP melaksanakan program peneguhan bahasa seperti taklimat bahasa kepada ketua-ketua dan pegawai kerajaan negeri, mengiktiraf penggunaan bahasa yang betul dalam laporan, iklan, lirik dan sebagainya, menganjurkan forum dan debat, menerbitkan bahan rujukan bahasa seperti  lembar bahasa, khidmat nasihat bahasa, dan mengadakan kursus penataran bahasa. Pemartabatan bahsa Melayu merangkumi bidang bahasa, sastera dan penerbitan. DBP juga mengadakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara setiap tahun yang bertujuan menanamkan sikap megah bahasa di kalangan rakyat dan membantu masyarakat menyelesaikan masalah bahasa.
Lain-lain19.11.2008
Apakah peranan DBP dalam memastikan penggunaan perkataan pinjaman Bahasa Ingeeris di dalam Bahasa Melayu dan apakah kesan atau impak kepada Bahasa Melayu itu sendiri, adakah Bahsa Melayu akan lebih diterima serta difahami atau sebaliknya?DBP mempunyai dasar dalam penggunaan perkataan pinjaman Bahasa Ingeris, iaitu bagi perkataan atau istilah yang memang tiada dalam bahasa Melayu. Misalnya, komputer, teknologi dsb. Namun, terdapat juga perkataan yang ada dalam bahasa Melayu, tetapi dalam bidang tertentu, kata pinjaman lebih tepat, misalnya telekomunikasi, program dsb. Bagaimanapun, DBP tidak menggalakkan penggunaan kata pinjaman yang tidak mengikut pola pembentukan kata pinjaman, seperti 'suspek'(yang disyaki), 'bajet'(belanjawan) dan 'drebar'(pemandu). Peminjaman kata yang betul mengikut sistem morfologi bahasa Melayu akan memperkaya perbendaharaan kata bahasa Melayu, sebaliknya peminjaman yang tidak keruan akan mencemarkan bahasa Melayu. Semua pengguna bahasa Melayu adalah bertanggungjawab dalam memelihara kemurniaan bahasa Melayu, dan tugas ini bukan tanggungjawab DBP sahaja.Lain-lain06.03.2007

Kembali ke atas