Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata drs


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan DR dan Drs juga perbezaan Dato' dan Datuk1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, "Dr." ialah kependekan untuk "doktor". Doktor bermaksud 1. orang yang berkelayakan (bertauliah) mengamalkan perubatan  2. orang yang telah mendapat ijazah tertinggi dalam sesuatu pe­ngajian.  "Drs." berasal daripada bahasa Indonesia dan merupakan kependekan untuk doktorandus (lelaki). Doktorandus bermaksud lelaki yang lulus peperiksaan terakhir di universiti (sebelum mendapat gelaran doktor).

2. Gelaran Dato' diperoleh apabila seseorang itu dianugerahkan pingat kebesaran oleh negeri yang bersultan/beraja, manakala gelaran Datuk diperoleh apabila seseorang itu dianugerahkan pingat kebesaran oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong dan negeri-negeri yang tidak bersultan.
Makna04.02.2014
Sukacita sekiranya pihak DBP dapat menjelaskan perkara-parkara berikut: Sila beritahu sama ada atau tidak ayat-ayat yang berikut betul: 1. Kabus itu menghadkan / mengehadkan darjah penglihatan. (Saya mendapati Kamus Oxford Fajar (Prof Asmah Haji Omar), Kamus Utusan dan Kamus Lengkap (Drs. Awang Sudjai) menggunakan perkataan 'menghadkan' (restrict/limit) manakala Kamus Dewan menggunakan 'mengehadkan'. Ini menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar dan orang awam. Peerkara ini perlu diperjelaskan dari segi tatabahasa Melayu). 2. Berita hangat /menarik itu adalah daripada BBC/CNN/Radio Malaysia. 3. Isu /perkara mengenai /tentang rasuah perlu diteliti secara halus dan mendalam. 4. Makalah yang berguna/bermanfaat/berfaedah itu adalah daripada majalah 'Dewan Masyarakat', terbitan DBP. 5. Apakah perbezaan antara perkataan-perkataan berikut: kesahihan; keesahan; sah dan sahih 6. Maklumat ini telah diperolehi daripada sumber yang boleh dipercayai. 7. Saya telah memperoleh maklumat ini daripada Kementrian Kewangan. 8. Untuk menambahbaikkan khidmat nasihat yang berkesan dan jitu mengenai tatabahasa (nahu) Melayu, respons pihak DBP perlu tepat pada masa. Sekian , terima kasih. Peter Johnson DurairajSoalan 1: Perkataan yang betul ialah mengehadkan, bukan menghadkanPeng- menjadi penge- apabila bergabung dengan kata dasar yang mempunyai satu suku kata sahaja, baik perkataan Melayu ataupun perkataan pinjaman. Contoh lain: cat - pengecat, bom - pengebom, pam - pengepam. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 111.  Soalan 2: Kedua-dua perkataan iaitu, hangat atau menarik boleh digunakan dalam ayat yang tuan kemukakan bergantung pada maksud yang ingin disampaikan. Soalan 3: Ayat yang betul ialah (i) Isu rasuah perlu diteliti secara halus dan mendalam. Soalan 4: Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:  4(i) Makalah yang berguna itu merupakan majalah Dewan Masyarakat, terbitan DBP. 4(ii) Makalah yang bermanfaat itu merupakan majalah Dewan Masyarakat, terbitan DBP. 4(i) Makalah yang berfaedah itu merupakan majalah Dewan Masyarakat, terbitan DBP. Soalan 5: Bagi mengetahui maksud dan mengenal pasti perbezaan maksud perkataan, tuan boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, dan Dewan Pelajar.  Perkataan sahih bermaksud pasti, benar, sah, dapat diakui maka kata nama yang diterbitkan daripada sahih ialah kesahihan perihal sahih (benar, pasti sah). Perkataan sah membawa dua maksud iaitu, 1. lulus pd sisi undang-undang 2. benar, pasti, nyata, manakala kesahan pula bermaksud  perihal sah, sah tidaknya sesuatu. Soalan 6:  Ayat yang betul ialah 6(i) Maklumat ini diperoleh daripada sumber yang boleh dipercayai. Soalan 7: Ayat yang betul ialah 7(i) Saya memperoleh maklumat ini daripada Kementerian Kewangan.
Tatabahasa15.11.2017

Kembali ke atas