Salam sejahtera. Saya ingin bertanya jika "kepemilikan dadah" boleh digunakan untuk "drug possession"? Atau adakah "pemilikan dadah" memadai? Contoh; They both have priors for drug possession. = Mereka berdua ada rekod kepemilikan/pemilikan dadah. | Frasa "drug possession" boleh dipadankan dengan frasa bahasa Melayu pemilikan dadah. | Makna | 13.05.2020 |
Saya ingin mendapat kepastian sama ada nama agensi peringkat antarabangsa yang tiada dalam PRPM perlu diterjemah dalam Bahasa Melayu atau dikekalkan nama serta singkatannya dalam Bahasa Inggeris? Contohnya: 1. Drug Enforcement Agency (DEA) = Agensi Penguatkuasaan Dadah (APD) 2. Food and Drug Administration (FDA) = Pentadbiran Makanan dan Ubat Adakah terjemahan dalam Bahasa Melayu berserta singkatan nama tersebut boleh diguna pakai? Terima kasih. | Nama agensi ialah nama khas. Tidak perlu diterjemah kepada bahasa Melayu. Tetapi sekiranya bukan nama khas, perlu diterjemah. | Tatabahasa | 31.12.2014 |
Assalamualaikum wbt., Saya ingin bertanya DBP apa terjemahan dlm Bahasa Melayu utk '' Life skills based education for drug abuse prevention". Elakkan penggunaan perkataan Kemahiran hidup untuk "Life skills" kerana subjek Kemahiran Hidup (KH) sudah sedia ada di sekolah. Terima kasih. Dr Muzafar Razali mohdrazalim@vcu.edu | Kami mencadangkan frasa Life skills based education for drug abuse prevention diterjemahkan kepada Pendidikan berasaskan kemahiran hidup untuk pencegahan penyalahgunaan dadah. Kami berpendapat perkataan kemahiran hidup yang sesuai dengan konteks ayat tersebut kerana life tidak sesuai diterjemahkan kepada hayat atau nyawa dan skill sememangnya merujuk kepada kemahiran. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.06.2014 |
Bagaimana menterjemahkan istilah "forsake" dalam ayat di bawah? -- My mother never forsake me, altough i am a drug addict for so many years. Forsake dalam ayat ini sebenarnya bermaksud "terlalu kecewa terhadap orang ini sehingga bertindak untuk tidak mempedulikan dia lagi. Adakah perkataan "meninggalkan" padanan yang sesuai untuk perkataan ini? Ataupun ada padanan lain? | Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, terjemahan forsake ialah meninggalkan dan terjemahan ini boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 29.09.2012 |
Bolehkah saya cadangkan supaya kata "tolerability" diterjemahkan sebagai "kebolehtoleransian" Kata ini banyak ditemui dalam protokol penyelidikan klinikal untuk menguji "tolerability of a drug" | Cadangan terjemahan bagi perkataan tolerability ialah kebolehtoleransian boleh digunakan dalam konteks ayat yang diberikan. | Makna | 15.02.2020 |
Apakah istilah sesuai bagi "cross practice" seperti dalam konteks berikut: "Cross practice of medicine where a homeopath or an ayurved practitioner uses allopathic drug and vice versa." Terima kasih. | Istilah cross practice masih belum ada dalam pangkalan data kami, terjemahan yang sesuai bagi konteks ayat yang diberikan Kaedah latihan perubatan bagi ahli homeopati atau pengamal Ayurveda adalah dengan menggunakan kaedah timbal balas dan alopati. Terima kasih | Istilah | 14.10.2018 |
Saya ingin mendapatkan pengesahan samada nama buletin jabatan yang hendak digunakan adalah betul dari segi bahasanya iaitu `INFORMASI KESELAMATAN UBAT ' (INKUB ) Nama buletin ini dalam bahasa Inggeris ialah `DRUG SAFETY UPDATES). Jika nama di atas tidak betul mohon dicadangkan nama yang paling sesuai. | Nama yang dicadangkan betul dari segi bahasa dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 01.07.2011 |
Salam Sejahtera, Apakah padanan dalam Bahasa Melayu yang paling sesuai untuk dosing (dari konteks pemberian ubat kepada pesakit)? Sehingga hari ini, saya menggunakan perkataan pendosan. walau bagaimanapun, perkataan ini tidak tepat dari segi pengimbuhan kerana perkataan satu suku kata seharusnya menerima apitan penge-...-an, iaitu menjadi pengedosan. Namun begitu, kedua-dua perkataan "pendosan" dan "pengedosan" tidak dapat dicari dalam PRPM. Mohon pandangan dan bantuan pihak DBP. Terima kasih. | Menurut istilah Farmasi, digunakan istilah pengedosan, iaitu contohnya dosing interval yang bermaksud jarak masa di antara pemberian dos-dos tambahan suatu drug. Oleh itu padanan yang sesuai untuk dosing ialah pengedosan. | Istilah | 02.05.2019 |