maksud TRANSMISI | (Kej) sistem gear, aci dsb (pd kereta dsb) yg menghantar kuasa drpd enjin utk memutarkan roda kenderaan: model kereta ini dilengkapi dgn sistem ~ gear automatik empat kelajuan. (Sila rujuk KD4 halaman 1713) | Makna | 27.09.2009 |
Apa maksud 'pemantauan"? | Saudara, Perkataan pemantauan bermaksud perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantau. Maksud memantau ialah 1. menengok, melihat, menjenguk; 2. memerhatikan dan memeriksa perkembangan (kemajuan, perjalanan dsb) sesuatu perkara, fenomena dsb secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk mengawal, mencegah, memperbaik, mengawasi dsb: kerajaan sentiasa ~ harga barang keperluan asas agar para peniaga tidak mengambil kesempatan utk menaikkannya dgn sesuka hati; Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 22.07.2009 |
ap maksud turun padang | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud turun padang ialah pergi sendiri (biasanya pemimpin, pembesar dsb) ke sesuatu tempat utk menyiasat (meninjau, melihat dsb) sesuatu keadaan, masalah dsb. | Istilah | 31.08.2009 |
salam tuan, saya ingin penjelasan tentang penggunaan : mendapat banyak faedah, ... dsb. banyak mendapat faedah, ... dsb. mana yang betul? | Encik Suhaimi terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Banyak mendapat faedah adalah lebih betul. Terima kasih | Tatabahasa | 04.08.2009 |
Apakah Perbezaan antara slogan dan tema. Mohon contoh sekali. | Dalam kamus Dewan, slogan ialah kata-kata yang dijadikan pegangan (panduan dsb) sesuatu pertubuhan, kempen dsb; cogan kata. berslogan mempunyai slogan. berslogankan mempunyai sesuatu sebagai slogan; bercogankatakan: Perjuangan mereka ~ Hidup Melayu. Manakala tema (téma) ialah subjek yang menjadi dasar sesuatu pembicaraan, wacana, karangan, cerita, dsb, tajuk, pokok: jiwa perempuan memang telah banyak dijadikan ~ dalam kesusasteraan; bertemakan memakai sesuatu sebagai tema, berdasarkan tema (yang tertentu): kebanyakan karyanya ~ percintaan.
| Tatabahasa | 11.09.2013 |
MAKSUD INOVASI | (i) SESUATU YANG BARU DIPERKENALKAN SEPERTI KAEDAH, SISTEM, ADAT DLL YANG BARU. (ii) PERIHAL (TINDAKAN DSB) MENGADAKAN, MEMULAKAN, DSB SESUATU YANG BARU. | Lain-lain | 02.12.2010 |
apa maksud penerapan menurut kamus dewan | Makna penerapan ialah perihal (perbuatan dsb) menerap atau memasang (enjin dll), pemasangan (enjin dll); 2. perihal (perbuatan dsb) menerapkan (mengenakan pd, menyerapkan, dsb), perbuatan. | Makna | 04.10.2009 |
definasi yang lengkap tentang proses pemantauan dan penilaian | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pemantauan berasal daripada kata dasar pantau yang bermaksud 1. menengok, melihat, menjenguk; 2. memerhatikan dan memeriksa perkembangan (kemajuan, perjalanan dsb) sesuatu perkara, fenomena dsb secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk mengawal, mencegah, memperbaik, mengawasi dsb. Oleh itu, pemantauan bermaksud perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantau. Penilaian pula bermaksud perihal atau perbuatan menilai, pentaksiran. | Istilah | 30.07.2009 |
assalamualaikum..maksud prejudis dan stereotaip apa? | Prejudis bermaksud rasa suka atau tidak suka yg tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama, dsb. Stereotaip bermaksud tidak mengandungi atau menunjukkan ciri-ciri dsb yg baru atau asli, biasa sahaja sebagaimana yg sering kali kedapatan (kedengaran dsb). | Makna | 04.02.2008 |
warna yang garang. dari segi tatabahasa, bolehkah kita menggunakan perkataan garang dalam warna? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, entri garang mempunyai empat takrifan, iaitu 1. suka atau lekas menyerang dsb (apabila marah dsb), bengis, galak: anjing itu cukup ~; guru yg ~ menakutkan murid; 2. Mn suka, gemar; ~ makan kuat makan; 3. kencang (bkn angin dll), hebat: angin bukit tiba-tiba bertiup ~; 4. terang dan bercahaya (bkn warna), sangat cerah: kalau dulu orang gemar cara mekap yg natural, dlm tahun 1983 penggunaan warna yg ~ muncul pula. Berdasarkan takrifan ke-4, penggunaan garang untuk warna adalah betul. | Tokoh | 25.07.2010 |