Berikut adalah bahan bacaan untuk kanak-kanak. Sila semak ejaan dan penggunaan bahasa sesuai atau tidak. Sila rujuk pada lampiran fail untuk contoh. *Ini lima jari saya. *Satu, satu, jari saya ada apa? *Satu, satu, jari kamu ada rusa. *Dua, dua, jari saya ada apa? *Dua, dua, jari kamu ada kuda. *Tiga, tiga, jari saya ada apa? *Tiga, tiga, jari kamu ada nuri. *Empat, empat, jari saya ada apa? *Empat, empat, jari kamu ada kura-kura. *Lima, lima, jari saya ada apa? *Lima, lima, jari kamu ada rama-rama. *Satu, dua, tiga, empat, lima. *Ini lima jari saya. | Jika saudara sedang membuat buku kanak-kanak atau seumpamanya, mohon rujuk Kamus Dewan dan juga buku Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan lebih perincian kerana pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan penyuntingan karya, kecuali saudara menghantar karya untuk diterbitkan di DBP. | Lain-lain | 27.12.2016 |
Adakah betul penggunaan perkataan 'kededua' bagi merujuk 'kedua-dua? Terima kasih | Tiada perkataan "kededua" dalam rujukan kami. Sekiranya yang dimaksudkan 'kedua-dua', maka penggunaannya adalah betul. Kedua-dua bermaksud kelompok yang terdiri daripada dua (orang, dan sebagainya); dua-dua sekali. | Lain-lain | 16.05.2017 |
Selamat sejahtera tuan, Lazimnya baju hanya dipakai pada sebelah luar sahaja.(Maksud ayat hendak menjunjukkan baju boleh digunakan pada dua-dua belah, luar dan dalam)- laras bahasa fesyen. Harap tuan dapat memberikan jawapan dengan kadar segela. Terima kasih. | Ayat "Lazimnya baju hanya dipakai pada sebelah luar sahaja" boleh digunakan untuk laras bahasa fesyen. | Lain-lain | 24.08.2016 |
"Perenggan 1 dan perenggan 2 harus berkaitan antara satu sama lain" atau "Perenggan 1 dan perenggan 2 harus berkaitan dengan satu sama lain"? Ayat mana yg betul dari segi tatabahasa? Sekian, terima kasih. | Dua-dua frasa ini betul. | Tatabahasa | 16.12.2019 |
Dua jam suku ataupun dua suku jam betul? Rujuk kepada maklumat yang diberikan dalam laman sesawang dbp, bahagian khidmat nasihat menyatakan bahawa dua suku jam betul tetapi jawapan yang diberikan oleh guru yang mengajar di sekolah ialah dua jam suku. | Salam sejahtera, Tuan, Jawapan paling tepat ialah dua jam suku. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 16.08.2017 |
Apakah terjemahan bagi ayat yang berikut dan cara menulisnya dalam angka? "Satu biliun empat puluh delapan triliun dua ratus tiga puluh dua juta tujuh ratus ribu tiga ratus dua puluh delapan" | Puan, Penulisan yang betul: Satu trilion empat puluh lapan bilion dua ratus tiga puluh dua juta tujuh ratus ribu tiga ratus dua puluh lapan. Penulisan dalam bentuk angka: 1 048 232 700 328 Untuk maklumat lanjut, boleh layari http://prpm.dbp.gov.my/. Sekian. | Makna | 12.07.2017 |
Salam. Saya nak tahu tentang cara guna awalan "me(n-)" dengan betul kerana panduan yang saya ada tidak begitu jelas. 1. Dia menolak meja ke tepi. 2. Dia tolak meja ke tepi. Mana satu betul? Atau dua-dua pun betul? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah Dia menolak meja ke tepi. Penggunaan perkataan tolak sesuai digunakan dalam ayat perintah seperti ayat Tolak meja ke tepi. | Tatabahasa | 04.09.2016 |
Frasa yang paling tepat: 1) Dua minggu berturut-turut 2) Dua minggu berturut 3) Dua minggu berturutan | Frasa yang paling tepat ialah Dua minggu berturut-turut | Tatabahasa | 09.02.2018 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang frasa 'serampang dua mata'. Kamus menyatakan ia ada dua makna. Pertama, kiasan yang membawa maksud sesuatu dasar/program yang mempunyai dua matlamat/kepentingan/objektif. Kedua, ia peribahasa yang bermaksud orang yang menyebelahi dua pihak yang berlawanan. Terkait maknanya sebagai peribahasa, adakah 'serampang dua mata' digunakan untuk konotasi positif atau negatif? Kerana, apabila membaca takrif iaitu orang yang menyebelahi dua pihak berlawanan, timbul ketaksaan sama ada 'orang' itu pembelot (yakni membeloti kedua-dua pihak, membawa konotasi seorang oportunis) atau pendamai yang memihak kepada kedua-duanya bagi tujuan menjadi pengantara neutral yang bantu mudahkan pencapaian kata sepakat. | Makna peribahasa serampang dua mata diberikan dengan jelas dalam Kamus Dewan Edisi Keempat seperti yang anda rujuk. Kebijaksanaan intelektual Melayu sememangnya sangat terserlah dalam peribahasa yang boleh ditafsir pelbagai mengikut kesesuaian konteks penggunaan. Namun, serampang dua mata bukan pembelot kerana pembelot merujuk pada orang yang lari lalu memihak kepada pihak musuh, bukannya memihak kepada kedua-dua pihak yang berlawanan. | Makna | 05.01.2019 |
Soalan1: Kim Seng merangkul tempat _________manakala _______orang kawannya gagal dalam pertandingan itu. a) kedua....kedua-dua b) pertama...dua Saya ingin tanya tuan/puan , adakah jawapan a salah penggunaannya? sebab jawapan yang betul diberi cikgu ialah b. Soalan 2: Puan Maria membeli _________pasang kasut itu. a) dua b) kedua-dua Saya ingin tanya tuan/puan , adakah jawapan b salah penggunaannya? sebab jawapan yang betul diberi cikgu ialah a. Terima kasih. | Kim Seng merangkul tempat pertama manakala kedua-dua orang kawannya gagal dalam pertandingan itu. Merangkul bermaksud mencapai kemenangan, iaitu menjadi johan atau mendapat tempat pertama. | Tatabahasa | 11.07.2020 |