Tuan, Apakah ejaan yang betul untuk 2/3 ? a) dua per tiga b) dua pertiga Terima kasih | Ejaan yang betul dan tepat ialah dua pertiga. | Tatabahasa | 30.05.2017 |
Yang manakah betul? A1. Bukan semua kata ganda mempunyai sempang. A2. Tidak semua kata ganda mempunyai sempang. B1. Satu per satu. B2. Satu persatu. C1. Dua per tiga. C2. Dua pertiga. | 1. Kata nafi yang betul ialah bukan. Bukan semua ganda mempunyai sempang. 2. Ejaan yang betul ialah satu per satu (bermaksud satu demi satu), satu perdua, satu pertiga, satu perempat dan satu perlima bermaksud satu bahagian daripada jumlah dua bahagian, tiga bahagian, empat bahagian dan lima bahagian. | Tatabahasa | 26.09.2013 |
Bagaimanakah penulisan kata bilangan pecahan yang betul, contoh: satu per satu, satu per dua, satu per tiga, satu per empat, satu per lima ATAU satu persatu, satu perdua, satu pertiga, satu perempat, satu perlima. Sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul ialah satu per satu (bermaksud satu demi satu), satu perdua, satu pertiga, satu perempat dan satu perlima bermaksud satu bahagian daripada jumlah dua bahagian, tiga bahagian, empat bahagian dan lima bahagian. | Tatabahasa | 23.03.2011 |
Pecahan: satu per dua ATAU satu perdua? satu per sepuluh ATAU satu persepuluh? | Ejaan yang betul ialah satu perdua, satu pertiga, satu perempat dan satu perlima, satu persepuluh bermaksud satu bahagian daripada jumlah dua bahagian, tiga bahagian, empat bahagian dan lima bahagian dan seterusnya.
| Ejaan | 20.11.2017 |
Ejaan bagi pecahan dieja rapat atau jarak? Contohnya, satu perdua atau satu per dua? | Ejaan yang betul ialah satu per satu (bermaksud satu demi satu), satu perdua, satu pertiga, satu perempat dan satu perlima bermaksud satu bahagian daripada jumlah dua bahagian, tiga bahagian, empat bahagian dan lima bahagian. | Ejaan | 28.10.2018 |
Salam, boleh saudara@saudari jelaskan, mengapa terdapat dua versi untuk ejaan satu per empat? Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (hardcopy), ejaan yang betul dalam contoh ialah satu per tiga (dalam kes saya ialah satu per empat) tetapi apabila saya menyemak ejaan dalam PRPM, ejaan satu perempat pula dikatakan betul dan menulis sumbernya ialah Kamus Dewan Edisi Keempat. Jadi, yang manakah betul? Dan mengapakah adanya versi ejaan yang berlainan itu?Sekian, teriama kasih. | Ejaan yang betul ialah satu per satu (bermaksud satu demi satu), satu perdua, satu pertiga, satu perempat dan satu perlima bermaksud satu bahagian daripada jumlah dua bahagian, tiga bahagian, empat bahagian dan lima bahagian. Kami memohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | | Ejaan | 25.04.2013 |
Ada dua rujukan yang saya baca. Pertama mengatakan perkataan [persembahan] mempunyai 2 morfem, iaitu sembah (morfem ebbas) dan apitan per-...-an dikira sebagai satu kesatuan dan dikira sebagai satu. maknanya ada 2 morfem di situ. Namun satu lagi rujukan (tatabahasa dewan) mengatakan perkataan [berkakikan] terdapat 3 morfem. Awalan ber (1 morfem), kaki (1 morfem) dan akhiran -kan (1 morfem). Antara keduanya yang mana satu tepat? | Kedua-dua pandangan dan contoh itu betul bergantung pada aspek yang dinilai. Contoh pertama, persembahan mempunyai dua morfem, iaitu: 1 - sembah dan 2 - per-...-an (menganggap apitan sebagai satu morfem). Contoh kedua, berkakikan mempunyai tiga morfem, iaitu: 1 - awalan ber, 2 - kaki, dan 3 - akhiran kan. Buku Tatabahasa Dewan memisahkan setiap morfem terikat sebagai satu morfem. | Tatabahasa | 31.07.2015 |
bagaimana hendak mengenal pasti kata majmuk? kemudian, adakah perkataan "sebagai",dan "ialah" juga merupakan kata majmuk? soalan kedua, perkataan "bersamanya", apakah yang dimaksudkan dengan perkataan "-nya"? adakah ianya adalah kletik? dan bagaimana hendak diterangkan dalam pembentukan kata bagi perkataan "bersamanya". | Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar ; bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, contohnya kapal terbang, ibu bapa sapu tangan dan sebagainya. Kata majmuk terbahagi kepada tiga jenis, iaitu: 1) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas, contohnya guru besar, tengah hari dan balai raya. 2) Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah, contohnya graf terarah, program bahasa dan analisis teks. 3) Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa, contohnya cakar ayam, lipas kudung dan anak emas. kata majmuk yang mantap sahaja dieja satu perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 133. "Sebagai" dan "ialah" bukan kata majmuk. "Sebagai" ialah kata sendi manakala "ialah" kata pemeri. "nya" ialah kata ganti nama diri orang ketiga yang juga boleh berfungsi sebagai kata pembenda/penekan. Keterangan lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga , halaman 295. | Istilah | 18.02.2009 |
saya ingin pewajaran pihak tuan/puan tentang imbuhan awalan memper- dalam bahasa melayu. seperti yang kita tahu, imbuhan awalan adalah terdiri daripada meN-,beR-,peN- dan sebagainya. iaitu imbuhan yang diawal atau didepan kata dasar. walau bagaimanapun, dalam bahasa melayu muncul imbuhan kompleks atau asmah menamakannya sebagai imbuhan pembahagi. imbuhan ini dalam sesetengah buku memberi contoh seperti men-kan, men-i, ber-kan,ke-an dan sebagainya.jika dilihat ia seakan-akan imbuhan apitan. dalam hal ini, yang menimbulkan masalahnya ialah berkenaan imbuhan kompleks. berdasarkan makluman yang saya ada, imbuhan kompleks adalah sejenis imbuhan yang terdiri daripada dua dan atau tiga imbuhan yang berlaku secara berperingkat. contohnya imbuhan memper- dilihat sebagai salah satu bentuk imbuhan kompleks tetapi tidak dinyatakan oleh penahu sebagai bentuk yang kompleks. sedangkan ia mempunyai ciri-ciri imbuhan yang kompleks. berdasarkan senario tatabahasa ini, saya ingin bertanya mengenai imbuhan beR- yang mempunyai variasi iaitu berke-an, berseke-an, berpen- dan banyak lagi yang merujuk kepada (berkemahiran, bersekedudukan, berpendapat). imbuhan beR- ini berdasarkan pendapat saya adalah kompleks. oleh itu saya amat mengharapkan pewajaran dari pihak yang berkenaan mengenai masalah ini iaitu tentang imbuhan memper- dengan ber- yang mempunyai bentuk yang kompleks.dan apakah yang membezakan kedua-dua jenis imbuhan ini? | Imbuhan BeR- membentuk kata kerja. Perkataan yg menerima awalan ini menjadi kata kerja yg bersifat tidak transitif sama ada yg memerlukan pelengkap atau yg tidak memerlukan pelengkap. Pada dasarnya, terdapat satu bentuk awalan beR- yakni beR- yg digabungkan dengan semua kata dasar (Rujuk dalam TataBahasa Dewan hlm 161-hlm 176). Manakala awalan mempeR- juga pembentuk kata kerja yg wujud hanya dalam satu bentuk. Dalam bahasa Melayu bentuk ini biasa juga dirujuk sebagai hanya awalan peR. Namun demikian, dalam ayat aktif peR- tidak boleh wujud tanpa awalan meN- kecuali dalam ayat perintah. Bentuk ini berubah menjadi dipeR-dalam ayat pasif (Rujuk dalam Tatabahasa Dewan hlm 177- 183) Terima kasih. | Tatabahasa | 16.09.2008 |