Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Frasa 1 atau 2 di bawah merupakan frasa yang betul? 1) dua setengah jam 2) dua jam setengah Menurut laman web DBP, frasa yang betul ialah frasa 1. Namun demikian, guru Bahasa Melayu saya mengatakan bahawa frasa 2 yang betul. Saya berharap agar kekeliruan ini yang wujud dalam diri saya dapat dihapuskan selama-lamanya.Frasa yang betul ialah dua setengah jam, iaitu kiraan/nombor (dua setengah) dahulu, barulah diikuti unit (jam).Tatabahasa05.01.2015
Tuan, saya mahu tanya apakah yang berikut betul? hampir dua jam setengah atau hampir dua setengah jam?Penggunaan yang betul ialah:
Penulisan angka - 1 ½ jam
Penulisan frasa - satu jam setengah
Tatabahasa12.09.2023
Apakah perbezaan antara dua frasa di bawah? 1) dua jam setengah 2) dua setengah jam? Terima kasih.Penggunaan yang betul ialah:
Penulisan angka - 1 ½ jam
Penulisan frasa - satu jam setengah
Tatabahasa23.04.2022
Bolehkah saya bertanyakan soalan tentang kata bilangan tentu? Adakah satu jam setengah salah? Dulu kami diajar bahawa Kata bilangan tentu tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan. Contohnya, dua jam setengah(betul), dua setengah jam(salah). Sila beri tunjuk ajar, terima kasih.Penggunaan yang betul ialah:
Penulisan angka - 1 ½ jam
Penulisan frasa - satu jam setengah
Tatabahasa15.05.2024
Tuan, adakah ayat-ayat di bawah ini gramatis? 1Puan Sharifah risaukan anaknya yang masih belum pulang sejak semalam. 2Peperiksaan kesihatan itu akan diadakan selama dua jam setengah di dewan kampung kami. 3Salim terjumpa sebuah dompet ketika berjalan pulang dari sekolah lalu melaporkan tentang perkara itu di balai polis. 4Kami sentiasa berdebar-debar menanti daripada sehari kepada sehari menjelang peperiksaan sebenar yang bakal dihadapi. 5Dahulu penduduk kampung menyimpan wang di pejabat pos-pejabat pos yang berhampiran dengan rumah mereka. 6Mesyuarat itu memakan masa hampir dua setengah jam. 7Jalan itu masih lagi sedang diperbaiki setelah mengalami kerosakan sebagai akibat banjir 8Gaya hidup sihat patut diamalkan oleh setiap orang. 9Kereta merah itu adalah hadiah daripada syarikat kepada Encik Yusuf kerana prestasinya yang cemerlang. 10”Cis, pantang aku mengalah!” kata Rahim kepada musuh ketatnya.Berikut disertakan cadangan penggunaan ayat yang betul:
1. Puan Sharifah risaukan anaknya yang masih belum pulang sejak semalam.
2. Pemeriksaan kesihatan itu akan diadakan selama dua jam setengah di dewan kampung kami.
3. Salim terjumpa dompet ketika berjalan pulang dari sekolah lalu melaporkan perkara itu di balai polis.
4. Kami berdebar-debar menanti dari sehari ke sehari menjelang peperiksaan sebenar yang bakal diadakan.
5. Dahulu penduduk kampung menyimpan wang di pejabat-pejabat pos yang berhampiran dengan rumah mereka.
6. Mesyuarat itu memakan masa hampir dua jam setengah.
7. Jalan itu sedang diperbaik setelah mengalami kerosakan akibat banjir
8. Gaya hidup sihat patut diamalkan oleh setiap orang.
9. Kereta merah itu ialah hadiah daripada syarikat kepada Encik Yusuf kerana prestasinya yang cemerlang.
10. “Cis, pantang aku mengalah!” kata Rahim kepada musuh ketatnya.
Tatabahasa13.05.2020
Adakah ayat-ayat berikut betul penggunaan kata bilangan? 1. Ibu membeli satu kilogram setengah buah langsat. 2. Kakak menggunakan satu meter setengah kain untuk membuat blaus. 3. Ali membayar dua ringgit setengah kepada penjaja itu. 4. Perjalanan itu mengambil masa selama tiga jam setengah untuk sampai ke destinasi.Jawapan yang betul ialah:
1. Ibu membeli satu kilogram setengah buah langsat.
2. Kakak menggunakan satu meter setengah kain untuk membuat blaus.
3. Ali membayar dua ringgit lima puluh sen kepada penjaja itu.
4. Perjalanan itu mengambil masa selama tiga jam setengah untuk sampai ke destinasi.
Lain-lain11.01.2024
slm, adakh ayat ni btl? 1. "Saya berasa gembira atas pemberian Baucar Buku 1Malaysia yang telah kerajaan berikan sekali gus meringankan keluarga"kata Isma pelajar Ting Enam Cerdik. 2. i. Cikgu Nana amat sayang akan kucing peliharaannya. ii. Perdana Menteri Msia yang keenam ialah Dato Seri Mohd. Najib bin Abdul Razak. iii. " Sudah dua jam setengah saya menunggu Yuna dan Najwa"kata Ana. iv. Antara mata pelajaran yang digemari oleh Ain termasuklah Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. Terima kasih.1. "Saya berasa gembira atas pemberian Baucar Buku 1Malaysia oleh kerajaan sekali gus meringankan keluarga," kata Isma pelajar Ting Enam Cerdik.
2. i. Cikgu Nana amat sayang akan kucing peliharaannya.
ii. Perdana Menteri Malaysia yang keenam ialah Dato Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak.
iii. "Sudah dua jam setengah saya menunggu Yuna dan Najwa," kata Ana.
iv. Antara mata pelajaran yang digemari oleh Ain termasuklah Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.
Tatabahasa06.10.2012
Tuan/Puan, merujuk kepada keputusan carian konkordans dari korpus dbp,bolehkah tuan/puan jelaskan bagaimana dapat saya ketahui dari buku apa sesuatu contoh ayat yang tersenarai? Contohnya,ayat no1 dalam lampiran fail ialah berikut: Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, secara berseloroh berkata, kini masanya untuk menggantung semua sijil di dinding dan berwarisan. | Kad laporan 100 hari pertama menteri no 2 ialah: Di perenggan dinding atau badan rumah ukiran-ukiran sering terdapat pada dinding luar dan juga dinding pemisah ruang. | Kad Bahan Lama (Baris # 97952) Jika saya menggunakan kedua dua ayat tersebut dalam tesis saya,bagaimanakah saya menyatakan sumber /tajuk buku bagi ayat-ayat tersebut? sekian ,terima kasih.Frasa yang betul ialah:
1. Perjalanan itu mengambil masa satu jam suku atau satu jam setengah.
2. Ali berjoging empat kilometer setengah setiap hari.
3. Harga buku itu tiga ringgit setengah.
4. Sila letak dua sudu setengah garam ke dalam sup itu.
5. Ali minum dua dan satu pertiga gelas air tadi.
*Penggunaan yang betul ialah:
Penulisan angka - 1 ½ jam
Penulisan frasa - satu jam setengah
Lain-lain27.09.2015

Kembali ke atas