Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj dwi, dua; (science, engin) dual, duaan: a patient with a ~ personality, pesakit yg mempunyai dua personaliti; the machine has a ~ function, mesin itu mempunyai dwifungsi; ~ nationality, dua kerakyatan; ~ host virus, virus perumah duaan; ~ pressure cycle, kitar tekanan duaan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dual


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah penterjemahan " dual frontage shop" dalam BM selain kedai dwi buka depan atau kedai buka depan berkembar?

Toko dwi buka depan atau Toko buka depan berkembar.

Lain-lain14.11.2008
Mohon terjemahan dalam Bahasa Melayu: (1) internship (2) joint degree, double degree dan dual degree Terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus bagi istilah yang dikemukakan. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah:
1. internship  - latihan amali
2. joint degree - ijazah bersekutu
3. double degree atau dual degree  - dwiijazah
Istilah05.04.2012
Salam..Mohon dipanjatkan kepada Ketua Pengarah DBP Saya mengikuti perkembangan DBP dan peranannya dalam memertabatkan bahasa melayu ke arah yang lebih global. Jadi di sini saya ingin memberi beberapa cadangan berkaitan: a) Di ruangan carian kata perlu diletakkan bersama "rakaman sebutan perkataan" ..Ini penting dalam memartabatkan bahasa melayu ke peringkat lebih global ( sediakan web "dual language." Ini memudahkan orang luar yang berminat mempelajari bahasa dan sebutan b.melayu. *cth yang patut di paparkan untuk laman web adalah Menu utama menerangkan bla..bla. (Main language here brief you a detail...) Berdasarkan pengamatan saya, belum ada lagi terjumpa carian kata bahasa melayu dengan sebutan... b) Perlu lebih banyak mempromosikan bahasa melayu bermula di peringkat tadika lagi untuk semua kaum di Malaysia.. sekian ps/-sedih apabila mendengar wakil rakyat bukan melayu bercakap melayu silap sebutan di Parlimen walhal B.melayu adalah bahasa kebangsaan...

Assalamualaikum

Terlebih dahulu kami mengucapkan terima kasih atas cadangan saudara. Telah banyak usaha DBP memartabatkan Bahasa Melayu melalui ICT (Lihat laman sesawang DBP). DBP juga sedang berusaha memantapkan lagi laman sesawang untuk tujuan memartabatkan bahasa Melayu di era teknologi ini. Cadangan saudara ini juga akan kami ambilkira.

 Sekian

Lain-lain17.07.2010

Kembali ke atas