Apakah maksud duga akal ? terima kasih | Menduga akal bermaksud pertandingan atau permainan untuk menguji pengetahuan seseorang tentang perkara atau hal tertentu dengan mengemukakan soalan kepadanya. | Makna | 03.05.2010 |
apakah tips yg harus diketahui untuk menghadiri temuduga... | Tidak ada kriteria khusus tentang soalan yang akan ditanya dalam temu duga. Cuma secara umumnya perkara yang perlu diberi perhatian dan dibuat persediaan sebelum menghadiri sesuatu temu duga ialah: i. pengetahuan calon temu duga tentang bidang tugas jawatan yang dimohon; ii. kemahiran calon temu duga dalam bidang tersebut; iii. nilai-nilai peribadi calon termasuklah kematangan, dedikasi, kejujuran, kepatuhan kepada peraturan dan arahan penyelia, kerajinan, keupayaan memberikan pandangan yang bernas dan praktikal dan sebagainya. | Lain-lain | 30.04.2008 |
temuduga atau temu duga soalselidik atau soal selidik masakini atau masa kini kadang kala atau kadangkala ubahsuai atau ubah suai acapkali atau acap kali | Jawapan yang betul ialah: 1. temu duga 2. soal selidik 3. masa kini 4. kadangkala 5. ubah suai 6. acap kali | Ejaan | 05.04.2013 |
1- Penambahbaikkan atau penambahbaikan ? yang mana betul ? Bagaimanakah kaedah penambahan dua K 2- Atur cara atau aturcara ? Temuduga atau temu duga ? 3- Mohd pergi digunakan atau di gunakan ? | 1. Yang betul ialah Penambahbaikan kerana kata dasar tambah baik menerima awalan Pe..an menjadi penambahbaikan. 2. Ejaan yang betul ialah atur cara dan temu duga kerana atur dan cara boleh membawa makna tersendiri. Begitu juga dengan temu dan duga. 3. Ayat tersebut tidak lengkap, tetapi ejaan yang betul ialah digunakan. | Tatabahasa | 21.07.2010 |
Apa beza soal siasat, uji kaji, temu duga dan soal jawab? | Soal siasat ialah kaedah formal menyoal pesalah, saksi, pengintip, dll untuk mendapatkan maklumat; menyoal siasat menyoal dalam usaha menyiasat sesuatu; penyoal siasat orang yang menyoal siasat. Uji kaji ialah ujian atau penyelidikan untuk mengetahui atau memastikan sesuatu percubaan, eksperimen: ~ sains. Temu duga ialah soal jawab antara majikan dengan orang yang memohon kerja dll. 2 soal jawab antara pemberita surat khabar dengan orang kenamaan, seperti tokoh politik; temu bual; wawancara. Soal jawab pula ialah pertanyaan dan jawaban mengenai sesuatu atau berbagai-bagai perkara (biasanya disiarkan dalam akhbar, majalah, dsb); | Makna | 22.09.2013 |
1. Dia berjalan (terincut-incut , terengsot-engsot, terkesoet-kesot , terenjut-enjut) kerana tapak kakinya sakit. 2. Saya sedang (mendiamkan) kipas yang berpusing. 3. (Penguji) temu duga yang saya temui itu sangat serius. 4. Kesukaran yang dikenakan kepada manusia merupakan (penguji) keimanan. 5. Ken Yee sedang bergelut dengan (penguji) bagi semester akhirnya di universiti itu. Apakah kata yang sepatutnya dalam ( )? Terima kasih. | 1. Dia berjalan terincut-incut kerana tapak kakinya sakit. 2. Saya sedang mendiamkan kipas yang berpusing. 3. Penguji temu duga yang saya temui itu sangat serius. - lazimnya dipanggil panel temu duga 4. Kesukaran yang dikenakan kepada manusia merupakan penguji keimanan. 5. Ken Yee sedang bergelut dengan ujian bagi semester akhirnya di universiti itu. | Tatabahasa | 22.03.2012 |
JAWATAN KOSONG - TEMU DUGA TERBUKA JAWATAN : OPERATOR PENGELUARAN MASA : RABU - JUMAAT 10.00AM - 12PM,2.00PM - 4.00PM | Untuk semakan dan pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal DBP Sah Bahasawww.dbpsahbahasa.my | Lain-lain | 05.02.2018 |
Mengapakah soseorang yang ingin bekerja itu memerlukan melalui proses temuduga? | Temu duga diperlukan untuk menapis calon-calon dan menguji tahap kemampuan dan kemahiran calon untuk menjawat sesuatu jawatan. | Lain-lain | 29.01.2019 |
perkataan temuduga - dua perkataan atau satu perkataan | Ejaan yang betul ialah temu duga. | Ejaan | 10.10.2014 |
ejaan yang betul untuk: 1. temuduga 2. lapordiri | Ejaan yang betul ialah temu duga dan lapor diri. Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna, kata majmuk yang mantap sahaja dieja dua perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan | Ejaan | 12.11.2013 |