Contoh ayat: Banyak buah tempatan yang saya gemari antaranya rambutan, duku, dan durian. Solan: Perkataan 'antara' memerlukan tanda koma atau tidak? Jika perlu, di manakah perlu diletakkan, di hadapan atau di belakang kata 'antara' ? | Ayat yang betul ialah Banyak buah tempatan yang saya gemari antaranya termasuklah rambutan, duku, dan durian. | Tatabahasa | 08.03.2021 |
Encik, 1.Penggunaan 'sementara' dalam ayat berikut betul @ salah? "Ahmad suka makan langsat sementara adiknya suka makan duku." 2. Adakah terdapat hukum bahawa 'demi' perlu diikuti oleh kata nama & 'untuk' perlu diikuti oleh kata kerja? Terima kasih. | Penggunaan yang lebih tepat ialah manakala. Demi dan untuk tidak semestinya diikuti kata nama atau kata kerja, dan kata tersebut mempunyai makna yang sama. | Makna | 12.09.2007 |
apakah beza mendokong dan menyokong | Untuk rujukan pantas, sila layari Pusat Rujukan Persuratan Melayu di https://prpm.dbp.gov.my/ Menurut Kamus Dewan Perdana (KDP) (DBP, 2020), tiada kata terbitan mendokong dalam bahasa Melayu. Dokong ialah 1 pokok sederhana tinggi yang ditanam untuk menghasilkan buah yang boleh dimakan; Lansium domesticum; 2 buah pokok ini yang agak kecil seperti duku langsat, tetapi kulitnya lebih tebal, rasanya lebih manis, dan kebanyakannya tiada berbiji. Kata mendukung pula bermaksud: 1 membawa atau memegang (bayi, anak, kucing dll) dgn cara meletakkannya pada bahagian atas badan sambil mengampunya dgn tangan. 2 mengikut dan mengamalkan (falsafah, teori dsb) untuk dijadikan pegangan. 3 memberikan sokongan terhadap (sesuatu dasar, pertubuhan dll) dengan menyumbangkan segala usaha dan tenaga untuk melaksanakan atau menjayakan sesuatu yang dijalankan. 4 kiasan memikul tanggungjawab dan berusaha gigih untuk menjadikan (cabaran, cita-cita dsb) sebagai satu kenyataan demi memenuhi hasrat sendiri atau sesuatu pihak. 5 memainkan atau melakonkan (cerita, peranan dsb) dalam filem, drama, teater dsb. 6 mengandungi (maksud, konsep, pengertian dsb) yang disampaikan melalui penggunaan kata, iklan, mesej dsb. Kata menyokong bermaksud: 1 menahan atau menyangga (pokok, binaan dll) supaya tidak rebah, tidak patah dsb. 2 memberikan semangat atau dorongan melalui kata-kata atau perbuatan kepada (seseorang) supaya melakukan sesuatu. 3 menyetujui terhadap(tindakan, pendapat dll). Kata mendukung merupakan kata terbitan daripada kata dukung, manakala menyokong merupakan kata terbitan daripada kata sokong. Anda boleh memperoleh contoh penggunaan bagi kata tersebut dalam KDP. | Makna | 24.08.2023 |