| Tuan/Puan, Semoga anda sihat. Saya ingin bertanya apakah gelaran hormat untuk Duta Besar/Duta Malaysia ke negara luar dan gelaran hormat untuk pengarah sesuatu jabatan? Harap mendapat jawapan dari anda secepat mungkin | Panggilan hormat untuk Duta Besar Malaysia ialah “Tuan Yang Terutama” diikuti dengan gelaran kehormat lain yang diterima dan nama, contohnya “Tuan Yang Terutama Dato’ Abdullah bin Mansur”. Panggilan hormat untuk Pengarah Jabatan ialah “YBrs.” bagi yang tiada gelaran kehormat. Jika ada, gelaran kehormat akan digunakan. | Lain-lain | 13.12.2021 |
| Saya Nuruyah cheadeng, sedang belajar di pusat bahasa Melayu kelas dasar ingin bertanya tentang tata bahasa, apakah perbezaan kata ganda dengan kata majmut, terima kasih. | Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak. Contoh: buku-buku dan pembesar-pembesar. Kata ganda separa ialah penggandaan sebahagian kata dasar sahaja. Contoh: gegelang dan sesiku. Kata ganda berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Contoh: kuih-muih dan pinggan mangkuk. Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa maksud tertentu. Contoh: jalan raya dan duta besar. Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Untuk membezakan kata majmuk dengan kata biasa ialah kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Contohnya kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan unsur lain seperti 'yang'. Pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung 'dan'. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.
| Tatabahasa | 26.11.2013 |
| saya Areed Bilsan sedang belajar bahasa melayu dasar di University Fatani Salatan Thai. saya ingin mengetahui tentang kata ganda dan kata majmuk dalam bahasa Melayu.Terimakasih. | Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak. Contoh: buku-buku dan pembesar-pembesar. Kata ganda separa ialah penggandaan sebahagian kata dasar sahaja. Contoh: gegelang dan sesiku. Kata ganda berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Contoh: kuih-muih dan pinggan mangkuk. Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa maksud tertentu. Contoh: jalan raya dan duta besar. Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Untuk membezakan kata majmuk dengan kata biasa ialah kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Contohnya kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan unsur lain seperti 'yang'. Pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung 'dan'. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.
| Tatabahasa | 24.10.2013 |
| askm, saya agak keliru dengan kata ganda. ada pendapat mengatakan kata seperti pinggan mangkuk, riuh rendah tidak tergolong dalam golongan kata ganda berentak. bagaimana nak bezakan kata ganda berentak dengan kata majmuk dan golongan kata lain. Terima kasih. | Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak. Contoh: buku-buku dan pembesar-pembesar. Kata ganda separa ialah penggandaan sebahagian kata dasar sahaja. Contoh: gegelang dan sesiku. Kata ganda berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Contoh: kuih-muih dan pinggan mangkuk. Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa maksud tertentu. Contoh: jalan raya dan duta besar. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 17.02.2011 |
| apakah perbezaan kata majmuk dengan kata ganda? | Menurut data kami kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Untuk membezakan kata majmuk dengan kata biasa ialah kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Contohnya kerusi malas ialah katamajmuk kerana tidak dapat disisipkan unsur lain seperti 'yang'. Pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung 'dan'. Manakala kata ganda Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak. Contoh: buku-buku dan pembesar-pembesar. Kata ganda separa ialah penggandaan sebahagian kata dasar sahaja. Contoh: gegelang dan sesiku. Kata ganda berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Contoh: kuih-muih dan pinggan mangkuk. Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa maksud tertentu. Contoh: jalan raya dan duta besar. | Tatabahasa | 22.07.2018 |
| Pentadbiran Majlis Daerah Mersing sedang dalam proses menaiktaraf papan nama jalan. Adakah wajar kami menggunakan singkatan ejaan "Jalan" kepada "Jln" sahaja. Seperkara lagi ialah wajarkah kami meletakkan perkataan "Rd" (Road) di hujung perkataan kerana, Mersing merupakan sebuah daerah pelancongan yang dikunjungi ramai pelancong asing. Contoh papan nama jalan yang dimaksudkan seperti berikut: Tulisan Jawi (Dieja secara penuh) JLN. TALAPIA RD Kerjasama bakal diberikan amat dihargai dan didahului ucapan jutaan terima kasih. | Kami cadangkan ejaan "Jalan" dieja penuh kerana kalau diringkaskan menjadi "Jln.", hanya berbeza dua huruf sahaja. Walaupun Mersing sebuah bandar yang dikunjungi ramai pelancong asing, tetapi masih tertakluk pada undang-undang dan Perlembagaan Malaysia. Bahasa Melayu telah termaktub dalam perlembagaan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita. Oleh itu, marilah kita bersama-sama memartabatkan bahasa Melayu dan berbangga menggunakan bahasa Melayu. Secara tidak langsung Mersing boleh menjadi "duta" memperkenalkan bahasa Melayu kepada pelancong asing. Semoga kita menjadi seperti bangsa besar lain di dunia seperti Jepun, China dan Perancis yang berbanggsa dengan bahasa ibunda atau bahasa rasmi negara mereka. | Lain-lain | 19.07.2012 |