Apa kamus terbaru, Ekabahasa dan Dwibahasa keluaran DBP? | Kamus terbaru ekabahasa ialah Kamus Dewan Edisi ke-4, dan Kamus Dwibahasa ialah Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris- Bahasa Melayu DBP. | Lain-lain | 26.02.2009 |
maksud dwibahasa yg pihak DBP maksudkan,adakah spr di bawah:- 1. wiring 2. aircond 3. tinted 4. accessories | Terjemahan yang dicadangkan ialah: 1. Wiring - Pendawaian 2. Aircond - Penyaman Udara 3. Tinted - Filem Penapis Haba 4. Accessories - Aksesori | Penyemakan dan penterjemahan | 22.05.2017 |
Adakah kamus dwibahasa Inggeris-Melayu masih disenaraikan di dalam perkhidmatan elektronik DBP? Pautan ke perkhidmatan tersebut tidak lagi saya ketemui sejak laman DBP telah diperbaharui sejak kebelakangan ini. Fez. | tuan boleh menggunakan alamat berkenaan untuk mendapatkan perkhidmatan kamus elektronik. Alamatnya ialah: www.karyanet.com.my .Portal ini ialah meyediakan bahan rujukan elektronik dalam talian iaitu istilah, kamus, daftar ejaan dan lain-lain lagi. Terima kasih kerana menggunakan bahan terbitan DBP. | Lain-lain | 27.01.2008 |
Apakah beza dan peranan bagi kamus-kamus ini: 1) Kamus Dewan (edisi ke-4) 2) Kamus Dwibahasa (edisi tahun 2001 spt dalam katalog OPAC di laman web DBP) c) Kamus (dwibahasa) Inggeris-Melayu Dewan (edisi 2002 spt dalam katalog OPAC di laman web DBP) Adakah dari segi nama? atau pengguna? dsb? Terima kasih. | Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kamus ekabahasa(satu bahasa), kata masukan dan huraian dalam bahasa Melayu. Kamus Dwibahasa dan Kamus Inggeris Melayu Dewan ialah kamus dwibahasa(dua bahasa), kata masukan dalam bahasa Inggeris dan huraian dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 13.02.2008 |
maksud pemilihan bahasa,dwibahasa, domain dan masyarakat mengikut kamus dewan. | Kamus Dewan menakrifkan dwibahasa sebagai ditulis atau dinyatakan dalam dua bahasa, domain bermaksud kumpulan atau liputan bagi sesuatu yg dibincangkan atau bagi sesuatu masalah yg hendak diselesaikan dan masyarakat bermaksud sekumpulan orang yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan cara dan peraturan tertentu. | Makna | 11.10.2010 |
contoh ayat yang menggunakan ayat 'dwibahasa' | Contoh ayat: Mereka ditugaskan menyusun kamus dwibahasa. | Tatabahasa | 17.03.2010 |
Salam, saya ingin mengetahui maksud istilah dwibahasa dan dimana saya boleh mendapatkan maklumat tentang istilah tersebut? Terima Kasih. | Dwibahasa bermaksud yang ditulis atau dinyatakan dalam dua bahasa. | Tatabahasa | 27.03.2011 |
Jumlah kamus yang diterbitkan oleh DBP dan tahun penerbitan | Dua kamus ekabahasa, iaitu Kamus Pelajar Edisi Terkini(2008) dan Kamus Dewan Edisi Keempat(2005). Kamus dwibahasa, iaitu Kamus Inggeris Melayu Dewan( 1992) dan Kamus Dwibahasa, Bahasa Inggeris -Bahasa Melayu. Selain itu DBP ada menerbitkan kamus istilah pelbagai bidang yang boleh diperoleh di Kedai Buku Koperasi DBP, Menara DBP, KL. | Lain-lain | 05.02.2009 |
Assalammualaikum, Boleh terangkan apa maksud ayat diabawah? Terjemahkan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu, jika bahasa Inggeris hendak dikekalkan sediakan dalam dwibahasa (Melayu dan Inggeris) | Waalaikumussalam... Maksud ayat tersebut ialah sekiranya tuan/puan menggunakan perkataan dalam bahasa Inggeris dan tidak mahu tukar ke dalam bahasa Melayu, tuan/puan perlu membuat dwibahasa bagi perkataan bahasa Inggeris tersebut. Contohnya perkataan WESTERN FOOD Terjemahannya ialah MAKANAN BARAT | Lain-lain | 05.04.2017 |
bagaimana nak menggunakan kamus dwibahasa (inggeris ke bahasa melayu) | Kenal pasti kata masukan,iaitu kata yang dicari dalam bahasa Inggeris. Makna/huraian yang diberikan adalah dalam bahasa Melayu. Saudara boleh merujuk halaman pendahuluan kamus berkenaan untuk panduan menggunakan kamus tersebut. | Lain-lain | 14.02.2008 |