Tuan, bolehkah tuan memberikan keterangan kepada saya tentang pendapat Nik Safiah Karim mengenai kata "banyak"? Bukankah Nik Safiah Karim mengatakan bahawa kata "banyak" mempunyai dwifungsi? Jadi, frasa "mempunyai banyak pengalaman" atau "banyak mempunyai pengalaman" betul? Minta tuan terangkan kedudukan kata "banyak" berdasarkan pandangan Nik Safiah Karim. | YBhg. Datuk Nik Safiah Karim merupakan salah seorang panel buku Tatabahasa Dewan maka pendapat beliau adalah seperti dalam buku Tatabahasa Dewan. Frasa yang betul ialah ...mempunyai banyak pengalaman. | Tatabahasa | 11.01.2015 |
....banyak menebang pokok atau menebang banyak pokok. bukankah kata kerja transitif mesti diikuti objek. | Frasa yang gramatis ialah "menebang banyak pokok". Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim berpendapat bahawa kata "banyak" mempunyai dwifungsi, iaitu sebagai kata bilangan tak tentu dan sebagai kata adjektif. Apabila "banyak" berfungsi sebagai kata bilangan tak tentu, kata itu boleh hadir selepas kata "menebang" dan frasa "banyak pokok" merupakan frasa nama yang menjadi objek kepada kata kerja transitif. | Tatabahasa | 05.07.2011 |
selamat petang saya ingin tahu peebezaan antara banyak mempunyai pengalaman dan mempunyai banyak pengalaman. sekian terima kasih ai | Frasa kerja transitif mempunyai banyak pengalaman betul dan tepat berdasarkan ketetapan yang dibuat oleh penulis buku Tatabahasa Dewan. Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim berpendapat bahawa perkataan banyak mempunyai dwifungsi. Pertama, perkataan banyak dikategorikan sebagai kata bilangan tak tentu. Oleh itu, perkataan banyak ini boleh hadir selepas kata nama. Selain itu, frasa banyak pengalaman merupakan frasa nama. Oleh yang demikian, frasa tersebut boleh hadir selepas kata kerja transitif mempunyai. | Tatabahasa | 14.06.2014 |
Yang manakah paling tepat, banyak mempunyai pengalaman atau mempunyai banyak pengalaman coz selepas kata kerja transitif mesti diikuti objek, iaitu menjadi banyak mempunyai pengalaman. begitu juga, menghadapi pelbagai masalah atau menghadapi masalah yang pelbagai, yg manakah paling tepat? terima kasih. | Frasa 'banyak mempunyai pengalaman' dan 'mempunyai pengalaman yang banyak' kedua-duanya adalah betul. Jika mengikut rumus tatabahasa kata kerja transitif mesti diikuti objek, frasa 'banyak mempunyai pengalaman' adalah menepati rumus tersebut. Walau bagaimanapun frasa 'mempunyai banyak pengalaman' juga adalah betul dan yang menjadi isunya di sini ialah perbezaan pendapat tokoh bahasa tentang kelas kata 'banyak'. Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata 'banyak' mempunyai dwifungsi, iaitu bilangan tak tentu dan kata adjektif. Sebagai kata bilangan tak tentu, kata 'banyak' boleh hadir selepas kata kerja transitif 'mempunyai'. Selain itu, frasa 'banyak pengalaman' merupakan frasa nama. Oleh hal yang demikian, frasa nama boleh hadir selepas kata kerja transitif seperti dalam frasa 'mempunyai banyak pengalaman'. | Tatabahasa | 01.03.2011 |