Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dwi.sék.sual] | دويسيکسوال

Definisi : (dwiséksual) 1. mempunyai organ pembiakan jantan dan betina pd or­ga­nisma (tumbuhan dan haiwan) yg sama, mis cacing, jagung dan tumbuhan berbunga, biseks; 2. cenderung utk melakukan hubungan seks dgn lelaki dan juga wanita (bkn orang), bi­seksual; kedwiseksualan perihal (keadaan dsb) dwi­seksual, kedwijantinaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dwiseksual


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan bagi perkataan-perkataan berikut? Gay, lesbian, bisexual, non-binary, queer, genderqueer, intersex, transgender, cisgender, gender, sexPadanan bahasa Melayu bagi istilah gay ialah homoseks, lesbian ialah lesbian, bisexual ialah dwiseksual, non-binary ialah bukan binari, queer ialah kuira, genderqueer ialah genderkuira, intersex ialah interseks, transgender ialah transjantina, cisgender ialah cisgender, gender ialah jantina atau gender, dan sex ialah jantina. Padanan kesemua istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah11.02.2024
Assalamualaikum. Apakah istilah melayu bagi menggantikan perkataan Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT)? Adakah bahasa Melayu turut akan meminjam istilah ini daripada bahasa Inggeris? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah lesbian, gay, bisexual dan transgender ialah lesbian, gay, dwiseksual dan transjantina.Istilah01.08.2022

Kembali ke atas