| Salam sejahtera. Apabila mengajar suku kata kepada budak prasekolah, perlukah saya memecahkan suku kata bagi nama juga? Contohnya: 1) Zeti ATAU Ze.ti 2) Andy ATAU An.dy Terima Kasih. | Tidak ada masalah jika mahu mengajar suka kata bagi ejaan nama pada pelajar sekolah rendah. | Ejaan | 14.03.2016 |
| Saya sedang membuat terjemahan buku cerita Bahasa Inggeris bertajuk Peter Pan. Watak-watak utama dalam cerita ini bernama Wendy, John dan Michael. Perkataan dalam buku cerita terjemahan ini dibatangkan mengikut suku kata. Soalan saya, bolehkah saya batangkan suku kata bagi nama-nama Inggeris. Misalnya, Wendy menjadi Wen.dy, Michael pula menjadi Mi.chael). Atau saya tidak perlu batangkan suku kata bagi kata nama khas berbahasa Inggeris. | Tidak perlu diasingkankan suku kata bagi kata nama khas berbahasa Inggeris. | Lain-lain | 20.12.2018 |
| Jadi jika saya ingin mengekalkan perkataan 'teddy' di dalam ayat, walaupun saya perlu melakukan pemenggalan perkataan berdasarkan suku kata, apakah cara yang terbaik saya boleh lakukan ke atas perkataan ini?Ini kerana untuk memenggal perkataan saya perlu memberi warna yg berbeza (hitam-merah) untuk setiap suku kata. | Pemenggalan perkataan teddy ialah ted-dy. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Webster New World Dictionary. | Lain-lain | 17.05.2010 |