Jika fungsi tugas hendak disediakan , adakah tugas tersebut mesti dimulakan dengan awalan 'me' misalnya, menetapkan, mengendalikan. Perkataan manakah yang betul untuk digunakan? Bahagian e-'Perdagangan' atau Bahagian e-'Dagang'. Bahagian ini berfungsi sebagai bahagian yang menguruskan/mengaudit perniagaan yang menjalankan e-dagang. | Fungsi tugas boleh dimulakan dengan kata kerja dengan imbuhan "me" atau kata nama juga bergantung pada konteks ayat. Bahagian yang mengendalikan perniagaan e-dagang, lebih sesuai dinamai Bahagian E-Dagang. | Tatabahasa | 10.02.2010 |
Merujuk kepada soalan saya sebelum ini, istilah "kart beli-belah" yang dimaksudkan adalah untuk kegunaan tapak web e-dagang. Saya tidak pasti sama ada ia boleh digunakan bagi terjemahan istilah Inggeris "shopping cart". Saya memilih untuk menggunakan perkataan "kart" kerana ia sangat sinonim dengan e-dagang berbanding perkataan alternatif iaitu "troli" dan "beg". Kegunaan lain adalah seperti berikut: kart beli-belah anda kosong (your shopping cart is empty), lihat kart (view cart). Harap dapat membantu. Terima kasih. | Encik Azmin, Padanan bahasa Melayu bagi perkataan "cart" dalam bahasa Inggeris mengikut rujukan yang ada ialah kereta sorong; kereta roda; kereta tolak dan juga kart. Oleh yang demikian padanan bahasa Melayunya bolehlah dipilih daripada beberapa padanan yang ada mengikut kesesuaian dan konteks penggunaan. | Istilah | 21.12.2010 |
Bagaimana cara penulisan bagi perkataan seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain lagi, adakah perlu dicondongkan? Selain itu, bagaimana kaedah penulisan bagi perkataan contohnya e-dagang yang berada pada awal ayat, adakah 'e-' ini perlu dibesarkan hurufnya atau dibiarkan menggunakan huruf kecil? | Facebook, Twitter dan Instagram ialah kata nama khas maka ejaannya tetap sama dan tidak perlu dicondongkan. Kaedah penulisan bagi perkataan contohnya e-dagang yang berada pada awal ayat perlu bermula dengan huruf besar (E-dagang) dan jika terletak pada tengah ayat maka dikekalkan ejaannya dengan penggunaan huruf kecil (e-dagang). | Ejaan | 28.07.2017 |
Assalamualaikum Tuan Uzair Sukacitalah kiranya jika saya dapat mengetahui status Panduan Asas E-Dagang seperti yang telah diserahkan kepada pihak tuan. Sehingga hari ini kami masih belum mendapat sebarang khabar mengenai perkara diatas. Perhatian dan kerjasama tuan amatlah kami hargai. Wasalam. Bil No Rujukan Tahun Terima Tarikh Daftar Judul Status Tarikh Status Terkini Penulis Maklumat Editor 1 452 2015 03/07/2015 PANDUAN ASAS E-DAGANG PEMBINAAN 03/07/2015 NUR ALIYAH BINTI AZIZI MOHD 'UDZAIR BIN DEPANAIK udzair@dbp.gov.my 03-21479741 Untuk makluman, saya adalah penulis bersama dengan Puan Nur Aliyah Azizi. Harpa maklum. Terima kasih | W'salam. Dengan hormatnya pertanyaan tuan dirujuk. Saya berikan nombor telefon En Uzair 03-2147 9741 bagi tuan berhubung terus dengannya bagi bertanyaakan tentang perkembangan mansukrip tuan. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 17.10.2016 |
Saya ingin mengetahui maksud istidah "e" atau "i" yang sering diletakkan dihadapan sesuatu perkataan. Contohnya, e-dagang, e-perolehan, i-resort. Saya terlihat satu iklan projek perumahan yang yang bernama Selesa Apartment dan kemudiannya semasa projek tersebut giat dibangunkan oleh pemaju tersebut, iklan kedua projek tersebut ditukarkan ke nama baru Selesa 'i-Resort' Apartment. Apa pandangan atau yang difahami oleh pihak tuan terhadap kualiti kemudahan yang terdapat (disediakan) di apartment tersebut dan apa yang dimaksudkan dengan i-Resort tersebut.. Terima kasih. | Maksud "e" di awal perkataan tersebut ialah "elektronik" Bagi "i" di awal perkataan, diharap pihak saudara boleh menghubungi pihak resort yang berkenaan. | Tatabahasa | 12.12.2007 |
Assalamualaikum Tetuan DBP Sukacitalah kiranya saya mengetahui status judul yang disertakan : No Rujukan 452 Tahun Terima 2015 Tarikh Daftar 03/07/2015 Judul KLIK E-DAGANG UNTUK SEMUA Status PRACETAK Tarikh Status Terkini 21/12/2018 Penulis NUR ALIYAH BINTI AZIZI /Azizi Ahmad Maklumat Editor NOOR ZULAIKHA BINTI ALAN ZAMIRZA zulaikha@dbp.gov.my 03-21479448 Adakah ianya masih distatuskan sebagai 'pra-cetak' ? Harap maklum, wasalam. | Salam saudara budiman, Berhubung soalan saudara, Editor Bahagian Buku Umum, Puan Zulaikha binti Alan Zamirza, telah menjawab e-mel tersebut kepada pihak tuan. sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi Puan Zulikha selanjutnya. Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama.
| Lain-lain | 16.02.2020 |
Apakah jenis ayat di bawah. 1. Sedar atau tidak bahasa Melayu ketinggalan sebagai medium utama dalam dua revolusi terdahulu, iaitu Revolusi Pertanian (8000 sebelum Masehi) dan Revolusi perindustrian ( 1765 Masehi) 2.Kini dunia mengalami gelombang ketiga menerusi Revolusi Teknologi Maklumat yang dikatakan bermula seawal 1955. 3. Revolusi ini mempercepatkan lagi proses globalisasi, mencorakkan semula ekonomi serta mempengaruhi cara hidup dan cara manusia bekerja. 4.Sejak awal lagi bahasa Inggeris sudah diterima sebagai bahasa komunikasi utama di internet. 5. Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara di internet dan transaksi e-dagang sangat dominan. 6. Apabila perniagaan di internet mula berkembang di Barat dan menular ke serata dunia, bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa komunikasi pemasaran. | Kesemua contoh ayat yang diberikan boleh dikategorikan dalam kumpulan ayat penyata, iaitu ayat yang yang mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. | Tatabahasa | 07.04.2013 |