Selamat petang. Saya merupakan seorang pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang sedang membuat penyelidikan mengenai e-hailing. Penggunaan perkataan e-hailing diguna secara meluas menerusi media massa untuk menjelaskan perkhidmatan tempahan kenderaan secara dalam talian. Saya ingin bertanya adakah e-hailing merupakan istilah rasmi dan boleh diguna pakai dalam penulisan Bahasa Melayu? | Perkhidmatan "e-hailing" diberikan padanan "e-panggilan" yang merujuk pada proses menempah atau memesan kereta, teksi, limosin atau pengangkutan awam lain melalui komputer atau peranti bergerak. | Istilah | 30.10.2018 |
Terima kasih untuk maklum balas yang menyatakan bahawa istilah e-hailing telah diberi padanan dengan e-panggilan. Namun, saya ingin mendapatkan kepastian adakah istilah e-hailing boleh diguna pakai dalam penulisan formal Bahasa Melayu tanpa perlu diitalikkan? Saya ingin terus menggunakan istilah e-hailing berikutan penggunaan e-hailing yang semakin meluas menerusi media massa. | Penggunaan yang betul ialah e-panggilan bagi padanan bahasa Melayu perkataan e-hailing. DBP berharap kerjasama pihak puan menggunakan perkataan bahasa Melayu dalam penulisan. Sekiranya pihak puan tidak memperkenalkan dan menggunakan perkataan e-panggilan, maka e-panggilan tidak digunakan secara meluas. | Istilah | 03.11.2018 |
Apakah terjemahan yang tepat bagi perkhidmatan "e-hailing" seperti Uber dan GrabCar? E-panggilan? | Perkhidmatan ‘e-hailing’ diberikan padanan ‘e-panggilan’ yang merujuk pada proses menempah atau memesan kereta, teksi, limosin atau pengangkutan awam lain melalui komputer atau peranti bergerak. | Istilah | 12.09.2017 |