| Salam sejahtera. Bagaimanakah cara terjemahan perkataan/frasa berikut: 1) vast silver trophy 2) throw ball at each other - adakah each other diterjemahkan kepada 'sesama mereka' atau 'di antara mereka'? 3) the freckled-face boy 4) zigzag 5) bulrush - kamus DBP tidak mempunyai data mengenai perkataan ini tetapi kajian saya mendapati bahawa ia merujuk kepada sejenis tumbuhan yang kelihatan seperti lalang. Adakah ia mempunyai perkataan spesifik di dalam BM yang merujuk kepada benda yang sama? 6) the catching of the bird will surely add to the prestige of the hunter - adakah 'add to the prestige' boleh diterjemah kepada 'pemburunya akan dipandang tinggi' atau ada terjemahan yang lebih baik dalam konteks ini? | Padanan bahasa Melayu yang dicadangakan adalah seperti yang berikut||: 1. vast silver trophy - piala perak besar 2. each other - sesama mereka 3. the freckle face boy - budak lelaki yang mukanya berjagat 4. zigzag - zigzag/siku-sika 5. bulrush - tidak ada padanan dalam bahasa Melayu 6. "add to the prestige of the hunter" boleh diterjemahkan kepada pemburunya dipandang tinggi | Istilah | 07.09.2016 |
| Assalamualaikum, Terjemahan sesuai bagi 1. Case/Casing telefon pintar 2. True Wireless Stereo(TWS), penerangan True wireless earbuds have no cord to keep each bud connected to each other. They rely on wireless technology such as Bluetooth to transmit audio from a hardware device. Terima kasih | Padanan bahasa Melayu bagi istilah phone case/casing ialah selongsong telefon dan padanan istilah True Wireless Stereo (TWS) ialah stereo nirwayar sepenuhnya. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 13.12.2022 |
| complementary each other | saling melengkapi antara satu sama lain | Lain-lain | 11.12.2008 |
| Hai, apakah terjemahan yang sesuai digunakan bagi "Thread"? Maksud thread: In online discussions, a series of messages that have been posted as replies to each other. A single forum or conference typically contains many threads covering different subjects. By reading each message in a thread, one after the other, you can see how the discussion has evolved. You can start a new thread by posting a message that is not a reply to an earlier message. Source for "thread" meaning: http://www.webopedia.com/TERM/T/thread.html Terima kasih. | Untuk makluman, padanan bahasa Melayu untuk istilah "thread" dalam bidang teknologi maklumat ialah jalur. | Istilah | 18.10.2012 |
| two years jail sentence for each of 3 counts of corrupt pratices | hukuman penjara selama dua tahun bagi setiap 3 kali suapan rasuah | Lain-lain | 20.06.2008 |
| Mohon bantuan untuk terjemah ayat ini: Nodes were created and refined as each transcript progressed. At the end of the 14th raw transcript, a total of 81 nodes were created. Jasa tuan/puan amatlah dihargai | Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan teks, khususnya teks ilmiah. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.03.2022 |
| Tuan/Puan, Apa padanan bagi "governing" dalam Bahasa Melayu bagi ayat berikut: "Each alumni association shall be governed and administered in accordance with..." Sekian, terima kasih. | Mohon tuan/puan memilih perkataan Inggeris sama ada "governing" atau "governed" untuk memudahkan pihak kami memberikan padanan yang tepat. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.10.2021 |
| apakah terjemahan untuk "hallway" contoh ayat (here we are in the hallway looking at each other?. Terima Kasih | Tiada maklumat mengenai perkataan ‘hallway’ dalam pangkalan data DBP. Carian kami dalam Kamus Bahasa Inggeris rata-rata memberikan makna ‘a corridor in a builing’; ‘an enterance hall’. Dalam hal ini, berkemungkinan bukan makna harfiah yang digunakan dalam ayat ini bergantung konteks keseluruhan ayat. | Makna | 20.06.2014 |
| Salam, Saya ingin bertanya 1) apakah padanan paling sesuai untuk 'personalised'. Contoh ayat : 'The portal content should be personalised for each user/business profile based on their needs and interests' 2) apakah padanan untuk 'desk research' atau 'desktop research'? terima kasih | Padanan bahasa Melayu bagi istilah personalized ialah diperibadikan dan istilah desk research ialah penyelidikan dalam. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 02.10.2023 |
| what is the translation for "ice-breaker" in the context of meeting for the first time and getting to know each other better. | Padanan yang boleh diberi bagi "ice-breaker" dalam konteks ini ialah "sesi sumbang saran". | Penyemakan dan penterjemahan | 25.10.2007 |