| Saya ingin bertanya 2 soalan. Soalan 1 Istilah Bahasa Melayu bagi 1) Ease of use 2) Ease of learning Soalan 2 Saya ingin membangunkan satu modul untuk meningkatkan kemahiran resilien di kalangan pesakit. Adakah saya boleh menggunakan perkataan 'resilien' atau perlu menggunakan perkataan 'daya tahan'? Terima kasih. | 1. Cadangan terjemahan bagi perkataan ease of use ialah mudah guna/kemudahan penggunaan dan ease of learning ialah mudah belajar/kemudahan pembelajaran bergantung pada konteks penggunaannya. 2. Perkataan yang lebih tepat dan mudah difahami ialah daya tahan seperti daya tahan pesakit. Mohon maaf atas kelewatan memproses pertanyaan tuan. Soalah diterima pada 7 Disember 2020.
| Penyemakan dan penterjemahan | 25.02.2020 |
| Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Saya ingin bertanya dan membuat pengesahan berkenaan terjemahan perkataan berikut; 1) perceived usefulness - persepsi kebolehgunaan 2) perceived ease of use - persepsi kemudahgunaan 3) behavioral intention - hasrat perlakuan Terima kasih | Cadangan terjemehan bagi frasa yang diberikan ialah: 1) perceived usefulness - kebergunaan anggapan 2) perceived ease of use - kemudahan penggunaan yang diamati 3) behavioral intention - niat perlakuan | Makna | 22.10.2021 |
| Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Saya ingin membuat pengesahan berkenaan perkataan berikut; 1) persepsi kebolehgunaan - perceived usefulness 2) perceived ease of use - persepsi kemudahgunaan 3) behavioral intention - hasrat perlakuan Terima kasih | Cadangan terjemehan bagi frasa yang diberikan ialah: 1) perceived usefulness - kebergunaan anggapan 2) perceived ease of use - kemudahan penggunaan yang diamati 3) behavioral intention - niat perlakuan | Makna | 16.02.2022 |
| Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang paling tepat bagi ayat di bawah? "Perceived ease of use is defined as the degree to which a person believes that using a particular system would be free of effort." | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com untuk maklumat lanjut. | Makna | 30.06.2022 |
| Mohon bantuan untuk terjemahkan ayat seperti berikut:- Perceived Behavioral Control (PBC) refers to the perceived ease or difficulty of performing the behavior and it is assumed to reflect past experience as well as anticipated impediments and obstacles. | Pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan bahasa, pihak kami hanya menyemak dari segi bahasa yang betul atau tidak. Jika tuan/puan memerlukan perkhidmatan ini boleh hubungi pihak Persatuan Terjemah Malaysia. Sekian terima kasih | Lain-lain | 20.07.2017 |
| Assalamualaikum, Mohon bantuan pihak DBP untuk mencari istilah yang sesuai bagi Perceived Behavioural Control. Sekian Terima Kasih | Assalamualaikum, Mohon bantuan pihak DBP untuk mencari istilah yang sesuai bagi Perceived Behavioural Control. Tiada padanan istilah ini dalam pangkalan data DBP. DBP mencadangkan padanan "Kawalan Perilaku Anggapan" berdasarkan Ajzen (1988) mendefinisikan Perceived Behavioral Control (PBC) sebagai berikut : “this factor refresh to the perceived ease or difficulty peforming the behavior and it assume to reflect past experience as well as anticipates impediment and obstacles”. Amat perlu untuk puan menyatakan bidang yang menggunakan frasa ini agar padanan yang diberikan oleh DBP menepati konsep bidang yang puan perlukan. | Lain-lain | 02.01.2014 |
| Boleh saya tahu macam mana untuk saya dapatkan bahan rujukan untuk dialek contoh seperti kamus dialek. Saya memerlukan untuk dialek kelantan | Salam sejahtera, Untuk makluman, buku terbitan DBP boleh dibeli di kedai buku, wakil penjual, ujana DBP dan melalui portal DBP. Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti berikut: •Anjung DBP – 03 2147 9597 / 03 2147 9598 •Kompleks DBP Hulu Kelang – 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp) •DBP Cawangan Sarawak – 082 227000 / 019 8768358 •DBP Cawangan Sabah – 088 439317 / 010 9425569 •DBP Wilayah Timur – 09 7414918 / 014 9180092 atau klik pautan ini : https://dbpniaga.my// untuk makluman, kamus dialek tersebut ada dalam stok seperti lampiran. Untuk rujukan, boleh disemak melalui capaian http://pustakav2.dbp.gov.my/ atau ke perpustakaan DBP, iaitu: Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3, Menara DBP, 50460 Kuala Lumpur. No. Tel.: 03-2147 9660 ease 0s; transform-style: preserve-3d; backface-visibility: hidden;"> | Lain-lain | 10.03.2020 |