Apakah terjemahan yang tepat bagi isitilah Organisation for Economic Cooperation and Development? Berdasarkan rujukan penggunaan oleh media, antara variasi yang digunakan adalah (1) Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan dan (2) Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi. | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi istilah Organisation for Economic Cooperation and Development ialah Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.01.2024 |
Mohon kepastian penggunaan italik kata nama khas BI. Cth: NATIONAL ECONOMIC ACTION COUNCIL | Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus seperti perbadanan (institusi) tidak perlu ditulis condong tetapi huruf pertama kata nama khas tersebut ditulis dengan huruf besar. Contohnya, National Economic Action Council. Untuk maklumat lanjut, bolehlah merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 96. | Lain-lain | 17.01.2025 |
Apakah terjemahan BM untuk fast tracking? Cth ayat: In 2010, the Malaysian government launched ETP, which is a road map for fast-tracking its economic development. Terima kasih. | Kami mencadangkan fast tracking dalam frasa fast-tracking its economic development diterjemahkan kepada pembangunan ekonomi pantas. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.09.2018 |
Kata ganti/terjemahan bagi perkataan 'indicator' yang digunakan dalam konteks 'economic indicator'. Apakah kata ganti/terjemahan yang betul dalam bahasa Melayu? Pihak kami menggunakan perkataan 'petunjuk' sebagai terjemahan. Tetapi apabila dirujuk dalam kamus BM-BI DBP, ia menngunakan 'penunjuk'. Mohon pengesahan tentang kemusykilan ini. Terima kasih. | Berdasarkan buku Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan, istilah bahasa Melayu untuk "economic indicator" ialah penunjuk ekonomi. | Istilah | 29.01.2016 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya adakah terjemahan untuk perkataan "economic statecraft" dalam bahasa Melayu ialah tataurus ekonomi negara atau terdapat perkataan yang lain yang lebih tepat? Mohon pencerahan. Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera. Mengikut rekod kami, padanan bahasa Melayu untuk statecraft ialah tataurus negara. Oleh itu, tataurus ekonomi negara boleh diterima sebagai padanan bahasa Melayu untuk economic statecraft. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 20.04.2017 |
apakah terjemahan bagi 1. Health and Wellness 2. Social Development Goal (SGD) 3. Economic, Social and Governance (ESG) | Cadangan padanan bagi istilah Health and Wellness dalam bahasa Melayu ialah Kesihatan dan Kesejahteraan, Social Development Goal (SDG) ialah Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan Environmental, Social and Governance (ESG) ialah Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG). Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 22.08.2024 |
Berdasarkan definisi "technology foresight" di bawah, apakah terjemahan yang sesuai bagi "Technology Foresight"? "Technology Foresight is a process for bringing together scientists, engineers, industrialists, Government officials and others to identify areas of strategic research and the emerging technologies likely to yield the greatest economic and social benefit." | Istilah technology Foresight masih belum ada dalam pangkalan data kami, berdasarkan penerangan yang diberikan, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Teknologi Masa Depan | Makna | 17.06.2019 |