| apakah terjemahan untuk shadow economy atau underground economy? | Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu seperti yang berikut: Shadow economy: Ekonomi bayangan Underground economy: Ekonomi bawah tanah | Istilah | 24.10.2019 |
| Saya ingin mendapatkan terjemahan bahasa Melayu perkataan ethno-economy dan adverserial relations. Terima kasih. | Tiada padanan ethno-economy dalam pangkalan data kami. Berdasarkan bentuk istilah yang ada seperti etnokejururawatan (ethno-nursing), maka kami mencadangkan ethno-economy diterjemahkan kepada etnoekonomi. Tiada maklumat tentang adverserial relations dalam pangkalan data kami. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.10.2017 |
| Assalammualaikum/Salam Sejahtera. Saya ada pertanyaan kepada pihak DBP, The process of one economy’s catching up with another economy is called convergence . Starting from a lower base level of technology, a huge amount of growth was possible through “technology catch-up.” Dalam konteks ayat di atas, apakah perkataan yang sesuai digunakan dalam bahasa Melayu bagi istilah "catching up"? adakah persaingan atau pergandingan atau merapatkan diri? Apa pula perkataan yang sesuai dalam bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan "convergence"? Sekian,Terima Kasih. | Waalaikumussalam. Dalam konteks ayat yang diberikan, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk “catching-up ialah mengejar, manakala untuk “convergence” ialah pertemuan. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 19.09.2017 |
| Apakah terjemahan paling tepat atau sesuai untuk istilah gig economy, gig workers dan gig works? | Kami mencadangkan istilah “gig economy” diterjemahkan sebagai ekonomi jangka pendek atau ekonomi sementara, “gig workers” pula diterjemahkan sebagai pekerja sementara, pekerja sambilan atau buruh upahan, manakala “gig works” diterjemahkan sebagai kerja sambilan. Terjemahan ini berdasarkan konsep asal “gig” di barat yang memberi maksud perihal kerja atau pekerja yang berkhidmat untuk sementara tanpa melibatkan sebarang kontrak atau perjanjian dengan majikan. | Istilah | 16.01.2020 |
| salam sejahatera,, ap istilah 'lean economy' dalam bahasa melayu? | Salam sejahtera. Mohon pihak tuan/puan menyediakan ayat atau konteks istilah untuk padanan bahasa Melayu yang tepat. Terima kasih. | Makna | 11.01.2018 |
| Apakah pandangan DBP dengan terjemahan berikut: Gig economy: Ekonomi lejang | Cadangan padanan tersebut boleh digunakan bergantung kepada konteks penggunaannya. | Lain-lain | 28.06.2020 |
| Apakah terjemahan yang tepat untuk nama khas ini - Blue Economy Advancement Centre. Adakah Pusat Pemajuan Ekonomi Biru bertepatan? | Cadangan jawapan yang betul ialah Pusat Kemajuan Ekonomi Biru Untuk makluman, padanan perkataan atau istilah ini bergantung pada konteks atau konsep penggunaan ayat mengikut bidang tertentu. | Makna | 06.09.2024 |
| Saya ingin bantuan mendapatkan terjemahan untuk tema persidangan kami iaitu “Powering the Economy, Leading with Dynamism”. terima kasih | Untuk makluman, DBP tidak mempunyai khidmat penterjemahan. DBP hanya menyemak perkataan bahasa Melayu. Sila terjemah dahulu kepada bahasa Melayu dan hantar kepada kami untuk pengesahan bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.09.2014 |
| Saya ingin bantuan mendapatkan pengesahan terjemahan untuk tema persidangan kami iaitu “Powering the Economy, Leading with Dynamism”. Adakah terjemahan berikut tepat? 1. Menguasai Ekonomi, Menerajui dengan Dinamisme atau 2. Menguasai Ekonomi, Terajui dengan Kedinamikan” terima kasih | Klausa yang betul ialah "Menguasai Ekonomi , Menerajui Kedinamikan". | Penyemakan dan penterjemahan | 01.10.2014 |