SENARAI EDARAN SEPERTI DI LAMPIRAN YB Tan Sri / Datuk Seri / Datuk Seri Panglima / Dato’ Seri / Dato’ Sri / Datuk / Dato’ / Tuan / YBhg. Datuk, PERKARA Dengan hormatnya saya menarik perhatian YB Tan Sri / Datuk Seri / Datuk Seri Panglima / Dato’ Seri / Dato’ Sri / Datuk / Dato’ / Tuan / YBhg. Datuk, kepada perkara tersebut di atas. Mohd Yunus dengan hormatnya mohon pandangan daripada pihak tuan/puan jua.... terima kasih. | Soalan yang dikemukakan tidak jelas. Sila hubungi kami semula. | Tatabahasa | 15.02.2019 |
Apakah perbezaan antara surat edaran, pekeliling perkhidmatan dan surat pekeliling perkhidmatan? | Surat edaran ialah surat yang diedarkan untuk pengetahuan umum dan surat pekeliling atau surat pekeliling perkhidmatan ialah surat rasmi tentang sesuatu perkara yang diedarkan untuk pengetahuan umum (atau untuk tindakan pihak-pihak tertentu. | Makna | 25.09.2019 |
Salam, Apakah cara penulisan untuk senarai edaran di bawah betul? Perlu noktah dan titik? contoh: SENARAI EDARAN 1. Prof. Dr. Zuraidah binti Mohd Don, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, Jalan Universiti, 50603 KUALA LUMPUR, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. | Untuk makluman, memadai jika ditulis: Prof. Dr. Zuraidah binti Mohd Don, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, Jalan Universiti, 50603 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 23.02.2018 |
Apakah maksud terperinci dan perbezaan maksud di antara: 1.Pekeliling Kerajaan (PKPA) 2.Surat Pekeliling Kerajaan 3.Surat edaran 4.garis panduan | Pekeliling kerajaan dan surat pekeliling ialah perkara yang sama, iaitu surat rasmi tentang sesuatu perkara yang diedarkan untuk pengetahuan umum. Surat edaran ialah surat yang diedarkan untuk pengtahuan umum seperti yang lazimdiedarkan dalam sesebuah organisasi. Garis panduan ialah panduan atau petunjuk-petunjuk yang perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dan sebagainya) yang boleh dijadikan panduan atau pegangan. | Makna | 31.12.2012 |
Assalamualaikum... Jika kita hendak menghantar surat kepada lain-lain jabatan dan dalaman..adakah utk dalaman tu kita kena tulis salinan kepada atau edaran dalam. sekian, terima kasih | Kedua-duanya boleh digunakan, 'salinan kepada' lazimnya digunakan untuk perkara surat khusus dan diberi salinan kepada individu tertentu, manakala edaran dalaman digunakan dalam surat/memo umum dan diedarkan untuk makluman pegawai lain. | Tatabahasa | 22.12.2010 |
Apakah makna perkataan ini adan bagaimana penggunaannya. Mencatat, Mencatatkan, catatan, catatkan? Bagi petikan dibawah, perkataan yang manakan daripada senarai diatas yang sesuai untuk digunakan? Nilai jualan bagi sektor Perdagangan Edaran pada suku pertama 2014 merekodkan RM231.2 bilion dengan catatan pertumbuhan sebanyak 8.1% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. | Nilai jualan bagi sektor Perdagangan Edaran pada suku pertama 2014 merekodkan RM231.2 bilion dengan catatan pertumbuhan sebanyak 8.1% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Untuk melihat makna kata dan contoh penggunaannya sila manfaatkan laman web kami, contohnya http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=catatan, puan dapat melihat makna kata dan contoh penggunaannya dalam ayat. | Tatabahasa | 16.06.2014 |
Assalamualaikum. Tuan, Kami dalam proses untuk mengemas kini dokumen-dokumen edaran dalaman di dalam organisasi kami. Buat masa sekarang, terdapat banyak kategori dokumen. Pertanyaan saya adalah bagaimana untuk kami kenal pasti kegunaan/ definisi setiap kategori dokumen tersebut. Kategori-kategori dokumen yang ada adalah: 1. Dasar 2. Polisi 3. Pekeliling 4. Terma dan syarat 5. Peraturan 6. Garis Panduan 7. Panduan 8. Manual 9. Prosedur 10. Tatacara Pada pandangan saya, mungkin terdapat kategori yang tidak perlu digunakan kerana definisi yang lebih kurang sama. Mohon pandangan dan nasihat tuan. Terima kasih. Ahmad Firdaus | Pihak kami tidak mempunyai kepakaran untuk menentukan definisi, kandungan dan pembahagian bab berkaitan dokumen rasmi. Untuk maklumat lanjut berkaitan urusan tersebut, tuan boleh menghubungi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Aras 6, Setia Perdana 2, Kompleks Setia Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. Tuan juga boleh menghubungi talian 03-8000 8000 atau mendapatkan penjelasan melalui laman web mampu.gov.my | Lain-lain | 30.06.2020 |
Terima kasih atas jawapan yang diberikan. 1. Maksudnya, pihak kami boleh meneruskan edaran kepada pihak luar seperti yang telah disebutkan. 2. Adakah perlu kami menghantar artikel untuk semakan pihak BDP? 3. Bolehkah pihak kami memohon khidmat DBP untuk menterjemah buku Melayu kepada Inggeris? | Kami tidak dapat mengaitkan soalan pertama tuan dengan maklumat yang lain. Untuk makluman tuan, kami membuat semakan untuk teks yang tidak melebihi 100 patah perkataan dan kami juga tidak menyediakan khidmat terjemahan. Untuk khidmat terjemahan, sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia, no 03-92262506. | Lain-lain | 06.01.2014 |
Saya ingin mendapatkan definasi rasmi mengenai istilah 'Rahsia Besar, Rahsia, Sulit dan Edaran Terhad' yang sering digunakan di dalam dokumen-dokumen rasmi Kerajaan. | Sila rujuk maklumat tersebut dalam Arahan Pentadbiran dan Keselamatan. | Makna | 26.07.2007 |
Permulaan ayat bolehkah digunakan seperti berikut:- Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. (mengikut surat edaran daripada Arkib Negara untuk digunakan) | Ayat "Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk" boleh dijadikan permulaan ayat. | Lain-lain | 13.11.2016 |