maksud bagi : buku edisi baharu: buku edisi kedua buku edisi semakan | Sila nyatakan pertanyaan dengan jelas | Lain-lain | 12.10.2020 |
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, definisi "perdagangan" di muka surat berapa ya? Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, definisi "pembelian" dan "atas talian" di muka surat berapa ya? Terima kasih | 1. Definisi bagi kata perdagangan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah pada halaman 301. 2. Definisi bagi kata pembelian dalam Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua ialah pada halaman 78. Untuk keterangan mengenai kata yang lebih lengkap, sila rujuk kamus terkini terbitan DBP iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). | Makna | 19.03.2024 |
Saya ingin bertanya berkenaan format penulisan edisi buku atau penerbitan contoh, edisi pertama, january 2020, kemaskini julai 2020 ada spesifik format tak? | Salam, Format penulisan edisi buku atau penerbitan contoh Berhubung dengan soalan yang diajukan tersebut, pihak kami memerlukan penerangan lanjut tentang soalan yang diajukan. Oleh itu, mohon kerjasama pihak puan untuk mengajukan soalan tersebut kepada: Encik Mohd Rusdi bin Abd Rahman, Bahagian Buku Umum, 03-2147 9430 rar@dbp.gov.my Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 08.07.2020 |
Saya ingin membeli buku Tatabahasa Dewan Edisi terkini dan Buku Daftar RUmi Bahasa Melayu Edisi terkini | Salam sejahtera, MENDAPATKAN BUKU TERBITAN DBP Untuk makluman, buku terbitan DBP boleh dibeli di kedai buku, wakil penjual, ujana DBP dan melalui portal DBP. Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti berikut: •Anjung DBP – 03 2147 9597 / 03 2147 9598 •Kompleks DBP Hulu Kelang – 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp) •DBP Cawangan Sarawak – 082 227000 / 019 8768358 •DBP Cawangan Sabah – 088 439317 / 010 9425569 •DBP Wilayah Timur – 09 7414918 / 014 9180092 atau klik pautan ini : https://dbpniaga.my// Sekian, terima kasih | Lain-lain | 03.03.2020 |
Selamat Sejahtera, bolehkah saya mendapatkan maklutmat berikut berkaitan dengan Kamus Dewan Edisi Ke-1 hingga Ke-4 1) Bilangan Entri 2) Sistem Ejaan Sekian Terima Kasih | 1. Bilangan Entri Kamus: - Kamus Dewan (1970) - 68157 entri/subentri
- Kamus Dewan (1984) - 69057 entri/subentri
- Kamus Dewan Edisi Baru (1989) - 71057 entri/subentri
- Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) - 77057 entri/subentri
- Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) - 82900 entri/subentri
2. Sistem Ejaan: - Kamus Dewan (1970) - sistem ejaan Rumi lama
- Kamus Dewan (1984) - Sistem ejaan Rumi baru bahasa Malaysia sejajar dengan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981)
- Kamus Dewan Edisi Baru (1989) - Sistem ejaan Rumi baru bahasa Malaysia sejajar dengan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981)
- Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) - Sistem ejaan Rumi baru bahasa Melayu sejajar dengan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981)
- Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) - Sistem Ejaan Rumi berasaskan Daftar Kata Bahasa Melayu (2001)
3. Terbitan terkini: - Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) - 120 000 entri/subentri yang berpandukan Sistem Ejaan Rumi, Pedoman Umum Ejaan Jawi dan Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu yang terkandung di dalam Daftar Kata Bahasa Melayu, Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua (2008, 2016), dan memanfaatkan data korpus dalam penyusunan entrinya.
| Lain-lain | 08.03.2022 |
Boleh tanya, bila kamus Dewan Edisi ke-5 akan diterbitkan? | Salam sejahtera, Buat masa ini belum ada rancangan untuk menerbitkan Kamus Dewan Edisi Kelima memandangkan Bahagian Perkamusan telah selesai menyemak pruf akhir Kamus Dewan Perdana Bahasa Melayu dan dijangka terbit pada tahun 2020. Kamus ini merupakan kamus bahasa Melayu yang pertama yang memanfaatkan data korpus dan data web sebagai sumber pertama dalam penyusunannya. Terdapat sebanyak 120 000 kata masukan yang merangkumi kata umum, istilah, dialek dan kata pinjaman serta dilengkapi ejaan Jawi, fonetik, kelas kata dan pelbagai lagi. Sekian, Terima kasih. | Lain-lain | 27.11.2019 |
Assalamualaikum. 1. Perkataan menjerang diertikan sebagai "meletakkan periuk (dll) di atas api untuk memasak". (Kamus Dewan edisi 4). Adakah ia bermaksud perkataan menjerang boleh digunakan untuk memasak apa-apa sahaja (nasi, air, lauk-pauk)? Tidak khusus untuk air? 2. Kamus Dewan edisi 4: Menanak bermaksud "memasak nasi (dlm periuk, kawah, dll). Kamus Pelajar Edisi 2: Menanak bermaksud "memasak dlm periuk, kawah dll (khasnya nasi)". Malah diberikan contoh menanak kentang dan menanak santan. Adakah perkataan menanak juga boleh digunakan untuk tujuan memasak apa-apa sahaja, tidak khusus untuk nasi? | 1. Perkataan menjerang juga bermaksud memasak. Oleh itu, ia tidak khusus untuk menjerang air sahaja. 2. Perkataan menanak tidak khusus untuk menanak nasi sahaja. Jika memasak sesuatu dengan hanya merebus sahaja, perkataan menanak juga boleh digunakan. | Lain-lain | 29.03.2021 |
Salam Saya mencari makna 'klik' dalam PRPM. Namun makna 1 seperti yang ada dalam Kamus Dewan Edisi 4 (sekumpulan rakan yg bersekutu...) tidak ada. Adakah ini bermaksud makna 1 ini telah digugurkan atau hanya satu kesilapan teknikal? | Untuk makluman, data yang paling tepat ialah data yang terkandung dalam edisi bercetak iaitu Kamus Dewan Edisi Keempat. Kehilangan makna KLIK 1, mungkin disebabkan kesilapan teknikal ketika pemasukan data. | Makna | 01.03.2019 |
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata sandang bermaksud kata penyerta atau kata yang bertugas untuk menentukan supaya sesuatu kata menjadi kata nama. Adakah kata sandang dikategorikan di bawah kata nama atau kata tugas? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "kata sandang" ialah "kata penyerta". "Kata sandang" ialah "kata yang bertugas untuk menentukan supaya sesuatu kata menjadi kata nama seperti sang atau si." | Tatabahasa | 01.07.2022 |
Salam sejahtera. Terima kasih atas penjelasan pihak tuan. Namun demikian, penjelasan yang diberikan oleh pihak tuan berkontradik dengan penjelasan dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Pihak tuan menyatakan bahawa kata ‘sebab’ ialah kata nama manakala ‘oleh sebab’ ialah kata hubung keterangan musabab. Berpandukan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 9, ceraian 9.2.1.3, muka surat 253, kata ‘sebab’ tergolong dalam kata hubung pancangan keterangan. Contoh yang diberikan ialah ‘Ali berjaya dalam peperiksaan itu sebab dia rajin belajar’. Adakah ayat ini gramatis? Sekian. | Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga terbitan DBP tidak mempunyai ceraian 9.2.1.3. seperti yang anda dakwa. Ceraian 9.2.1.2 (iii) Kata hubung pancangan pada halaman 253 tidak menyenaraikan kata sebab sebagai kata hubung pancangan. Sila berikan butiran terperinci Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang anda rujuk agar kekeliruan ini dapat diselesaikan. | Tatabahasa | 29.11.2018 |