Saya sedang menjalankan kerja-kerja menyunting (meng"edit") kertas kerja berbentuk kuantitatif untuk dijadikan buku. Saya mohon contoh atau buku contoh untuk dijadikan panduan bagi menukarkan kertas kerja kuantitatif kepada bentuk buku. Sekiranya saya perlu membeli buku tersebut saya sanggup membelinya. | Untuk makluman, pihak kami tidak mempunyai maklumat berkenaan perkara tersebut. Mungkin saudara boleh melihat buku-buku terbitan syarikat lain. | Lain-lain | 30.10.2015 |
Assalamualaikum Tuan Says minta jasa Tuan untuk edit dan semak kaliamat di bawah ini: 1. Penghargaan & Terima kasih Kepada warga IPB Sempena majlis Konvokesyen ke 10 2. Penghargaan & Terima kasih Kepada warna IPB atas kejayaan majlis konvokesyen ke 10 Kami minta jasa bail Tuan until mengedit kalimat tersebut supaya menjadi kalimat yang betul Dan indah. Terima kasih Wasslam Hasbi | Rakaman pernghargaan dan terima kasih kepada warga IPB bersempena dengan Majlis Konvokesyen Ke-10.
| Tatabahasa | 19.08.2014 |
Saya ingin mendapatkan senarai "simbol editing" bagi menjalankan kerja edit buku. Bolehkan pihak tuan membantu saya dalam hal ini. Terima Kasih | Sila rujuk buku Gaya Dewan yang diterbitkan oleh DBP. Dalam buku ini mengandungi panduan penyuntingan teks yang lengkap. | Lain-lain | 31.01.2008 |
assalamualaikum, encik, pertanyaan: adakah dpb ada menyediakan atau membuat perkhidmatan edit bahasa melayu samaada secara elektronik atau perkhidmatan. | Tuan/puan, boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk mendapatkan maklumat tersebut. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan masukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruangan yang disediakan dan klik "cari". Untuk makluman tuan/puan juga, DBP ada menerbitkan Kamus Dewan Eja pro (cakera padat) yang diterbitkan secara kerjasama dengan Syarikat TNT. Di dalamnya terkandung penyemak ejaan yang didasarkan pada Kamus Dewan Edisi ke-4, sejumlah istilah dan kamus istilah dalam pelbagai bidang ilmu, dan Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Bahan digital ini boleh dipasangkan pada PC dan juga pada PDA. Tuan/puan boleh membeli Dewan Eja pro ini di kedai Koperasi Dewan, Menara DBP atau menghubungi Syarikat Tnt melalui info@tntsb.com atau www.tntsb.com atau tel.:03-8319 3388. Selain itu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ada menyediakan perkhidmatan penyemakan penggunaan bahasa Melayu dalam dokumen rasmi dan umum, termasuk tesis. (2) Kadar bayaran yang dikenakan ialah RM6.00 untuk satu halaman. (3) Tempoh masa yang diambil bergantung atas persetujuan antara pihak anda dengan DBP. (4) Sila kemukakan permohonan anda kepada Encik M. Azahari bin Edin, Ketua Bahagian Penguatkuasaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Permohonan boleh dikemukakan kepada beliau melalui e-mel azahari@dbp.gov.my. atau telefon 03-21479111 untuk perbincangan lanjut. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.10.2018 |
Assalamualaikum Tuan, Minta tolong jasa baik tuan untuk semak dan edit ayat di bawah dengan bahasa melayu yang betul seperti di bawah ini: "Jika apa yang kita rancang/plan dan ianya berjalan sesuai dengan racangan kita, itu adalah anugerah/hadiah dari Allah. Tetapi jika tidak berjalan apa yang telah kita rancang, terimalah dengan hati dan jiwa yang tenang , itu adalah suatu anugerah Ilahi yang di tangguhkan / ditunda sebab Allah Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Mintalah petunjuk yang terbaik dari Allah ,terus berusaha mencari peluang dan sentiasa fukus, yakin pada diri anda serta bertawakkal padaNya. Terima kasih atas jasa baik tuan Wassalam Hasbi | Jika apa yang dirancang berjalan sesuai dengan racangan kita, itu adalah anugerah/hadiah daripada Allah. Tetapi jika sebaliknya, terimalah dengan hati dan jiwa yang tenang. Perancangan itu ditunda buat sementara waktu kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Mintalah petunjuk, di samping berusaha mencari peluang, sentiasa fokus, yakin pada diri dan bertawakkal kepada-Nya. | Lain-lain | 03.11.2015 |
Dimana boleh saya dapatkan bantuan translasi daripada bahasa inggeris kepada bahasa arabic? edit artwork? | Saudara boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia di talian 03-21424381 atau Institut Terjemahan Negara Malaysia di talian 03-41497210. | Lain-lain | 02.12.2011 |
asalamualaikum, saya mempunyai kekeliruan mengenai penggunaan perkataan yang khas dalam istilah agama. setakat ini, banyak kekeliruan istilah agama dalam manuskrip yang saya edit. boleh saya mendapat "list" panduan ejaan laras agama contohnya penggunaan '-Nya' dan lain-lain.hal ini kerana panduan "list" tersebut penting untuk saya merujuk kesalahan istilah dalam manuskrip agama. saya berharap tuan/puan tidak keberatan menghantar panduan tersebut ke alamat email saya fiqline_89@yahoo.com | Ada beberapa kata bahasa Arab yang telah mantap dan diterima pakai dalam bahasa dan difahami dalam budaya Melayu. Kata-kata ini terakam dalam Kamus Dewan namun tiada sebuah buku yang khusus yang mengumpul semua kata-kata Arab tersebut. Ada juga istilah yang diambil daripada bahasa Arab terutamanya istilah yang berkaitan dengan agama. Saudara boleh merujuk Istilah Agama Islam terbitan DBP. Untuk makluman tuan, kata ganti nama diri 'nya' dieja bersambung kecuali '-Nya' yang merujuk Allah dieja sedemikian. | Tatabahasa | 07.09.2012 |
Assalamualaikum. Mohon bantuan tuan untuk mencadangkan terjemahan yang sesuai bagi perkataan 'viewer'. Dalam konteks ini, 'viewer' ialah orang yang melihat dokumen. Contoh ayat: Viewers are not allowed to edit documents. Terjemahan biasa bagi 'viewer' ialah penonton tetapi saya berpendapat kurang sesuai untuk konteks ini. Mohon bantuan tuan. Terima kasih. | Cadangan terjemahan yang boleh digunakan ialah pembaca, pemerhati atau pengulas selain penonton mengikut konteks bahan. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.03.2019 |
Maaf, tuan/puan. Saya nampak lampiran saya tadi macam tidak ada dalam rekod. Saya lampirkan sekali lagi berserta versi dalam talian di sini: https://docs.google.com/spreadsheets/d/1vO6vO5ErrQ8XQbk1IRvMM-7FBuYSZXRONS_w7xmRisY/edit?usp=sharing ===== [Soalan saya tadi] Salam sejahtera. Kami dari Media Education For All sedang menghasilkan modul literasi media untuk melatih guru-guru seluruh negara. Laman web kami: https://arus.cc/mediaedu4all Kami ingin meminta bantuan DBP untuk padanan senarai istilah literasi media seperti yang dilampirkan. Untuk memudahkan tuan/puan, anda hanya perlu mengisi di ruang kuning sahaja. Saya boleh dihubungi di phuiyee.yam@arusacademy.org.my atau 016-5532712 jika ada soalan. Sekian, terima kasih. | Kami telah meneliti dan memberikan cadangan padanan dalam bahasa Melayu bagi senarai istilah yang dilampirkan. (Rujuk Lampiran)
| Lain-lain | 07.05.2021 |
Salam Tuan/Puan, terdapat percanggahan pendapat berkenaan penggunaan perkataan "selamat" dan "terjamin". Pada pendapat saya, "selamat" adalah lebih tepat berbanding "terjamin" memandangkan definisi perkataan menurut konteks. "Terjamin" lebih sesuai untuk "secure". Mohon khidmat nasihat pihak DBP. Source: You can send announcements, manage groups, edit community infomation and use admin tools to help keep this community safe. Terjemahan: Anda boleh menghantar pengumuman, mengendalikan grup, mengedit maklumat komuniti dan menggunakan alatan pentadbir untuk membantu dalam memastikan komuniti ini selamat. Terjemahan pembetulan: Anda boleh menghantar pengumuman, mengendalikan grup, mengedit maklumat komuniti dan menggunakan alatan pentadbir untuk membantu dalam memastikan komuniti ini terjamin. Sekian, terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan selamat bermaksud terpelihara daripada bahaya, ancaman, bencana dan sebagainya, manakala perkataan terjamin bermaksud dapat dipastikan keselamatan, keuntungan dan lain-lain. Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, kedua-dua terjemahan yang sesuai bagi perkataan safe iaitu selamat dan terjamin boleh digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.10.2022 |