saya Sarina dari Kraftangan Malaysia.. saya sedang menyiapkan cadangan untuk melantik sidang editorial buletin. bolehkah saya mendapatkan bantuan dari DBP untuk mendapatkan penjelasan tentang fungsi dan peranan setiap anggota sidang redaksi (cth:ketua editor, editor grafik, editor teks dll). terima kasih atas segala maklumbalas.. sekian. | Dalam penerbitan buletin, struktur editorialnya merangkumi Ketua Editor, Editor, Pembantu Editor, dan Editor Pengeluaran. Fungsi umum sidang editor ini adalah seperti yang berikut: 1. Ketua Editor- Menjalankan tugas pengurusan penerbitan buletin secara keseluruhannya, seperti perancangan, pengorganisasian kerja, pengarahan, dan pengawalan. Perancangan penerbitan buletin merangkumi tugas seperti merancang strategi penerbitan buletin mengikut kehendak atau spesifikasi penerbit, dalam hal ini mengikut dasar penerbitan Kraftangan Malaysia. 2. Editor- Mengetuai operasi penerbitan buletin , seperti memastikan makalah siap mengikut tarikh yang dikehendaki; ertinya memastikan pengakuran kepada jadual penerbitan. Editor juga membantu Ketua Editor dalam hal pengurusan penerbitan buletin , seperti merancang strategi penerbitan, melantik penulis yang sesuai dan membuat penilaian makalah dan penyuntingan substantif pada makalah tersebut. 3. Pembantu Editor- Membuat kerja penyuntingan dari segi tatabahasa dan sebagainya termasuk menyemak pruf sebelum disahkan oleh Ketua Editor. 4. Editor Pengeluaran - Membuat kerja rekabentuk buletin seperti halaman pertama, , teks, dan sebagainya dan juga menguruskan atur huruf . | Lain-lain | 27.09.2010 |
Saya ingin mengetahui tentang tugas, peranan dan tanggungjawab seorang editor di dalam sesebuah penerbitan | Saudara, Dalam sesebuah penerbit, tugas, peranan dan tanggungjawab seseorang editor itu bergantung pada kerja yang dilakukan oleh mereka. Maksudnya, editor itu sendiri terdiri daripada beberapa kategori, contohnya, Ketua Editor, Editor Kanan, Editor Perolehan, Editor Substantif, Editor Kopi/Naskhah dan Editor Pengeluaran. Peranan mereka bergantung pada kerja yang dilakukan seperti yang berikut: (i) Ketua Editor akan mengetuai kumpulan editor dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perancangan penerbitan dan belanjawan tahunan secara keseluruhan. (ii) Editor Kanan pula akan membantu Ketua Editor menjayakan kerja penerbitan dan mengawasi editor lain di bawaha pengawalannya. (iii) Editor Perolehan akan bertanggungjawab merancang penulisan judul baharu, mengenal pasti penulis, menguruskan perjanjian dengan penulis, menilai mutu manuskrip, mencadangkan cetak semula judul yang ada, meramal jualan, membuat anggaran kos perbelanjaan, membuat laporan cadangan projek dan menganggarkan jumlah cetakan dan harga jualan. (iv) Editor Substantif ialah editor yang bertanggungjawab terhadap isi kandungan dan keseluruhan bentuk, susunan dan konsep buku. Tugasnya ialah menumpukan perhatian kepada perincian kandungan (memeriksa fakta) dan gaya persembahan daripada baris ke baris, perenggan ke perenggan dan halaman ke halaman. (v) Editor Kopi/Naskhah pula bertanggungjawab terhadap penyediaan manuskrip untuk ke bahagian pengeluaran. Tugas mereka ialah menyunting manuskrip daripada setiap ayat demi ayat, baris demi baris dan perenggan demi perenggan. Seterusnya memerikasa fakta dengan pakar bidang, membetulkan tatabahasa, ejaan, dan tanda baca, meneliti keselarasan dan gaya persembahan dan akhirnya membuat penandaan manuskrip untuk diatur huruf. (vi) Editor Pengeluaran akan memastikan kerja atur huruf, semakan pruf dan Naskhah Sedia Kamera(NSK) serta penetapan harga dilakukan sebelum judul dicetak. Diharap maklumat ini dapat membantu saudara. Hubungi saya di talian 03-21481532 atau e-mel kamsiah@dbp.gov.my untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Teriama kasih. | Lain-lain | 25.10.2010 |
salam sejahtera, baru baru ini saya ada menghantar beberapa sajak kepada editor DBP. saya hanya ingin mengetahui adakah sajak saya diterima oleh pihak DBP. Alamat yang saya tulis ada sedikit kesilapan iaitu (No 70, Jalan Bunga Pekan 4, 42700 Banting, Selangor) | Mohon maaf, saudara tidak memberitahu sajak itu dihantar kepada siapa, cuma editor DBP, kerana di DBP ada ramai editor, adakah editor majalah atau editor buku sastera, atau umum sahaja, maksudnya editor DBP sahaja. Jika sajak tersebut dihantar melalui pos dengan alamat editor DBP sahaja, agak sukarlah untuk kami mengesan sajak tersebut. Cara terbaik, saudara boleh menghantar semula sajak tersebut kepada Editor Majalah Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur sekira sajak itu mahu dimuatkan dalam majalah, tetapi jika mahu diterbitkan dalam bentuk buku, saudara boleh menghantarnya semula kepada Ketua Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 01.02.2009 |
skop tugas seorang editor. | Tugas Editor Secara Umumnya: 1. Membuat penilaian manuskrip 2. Mempewraku buku/manuskrip untuk diterbitkan 3. Membuat penyuntingan Substantif dan penyuntingan kopi 4. Membuat penyediaan bahan lengkap Naskhah Sedia Kamera (NSK/CRC) 5. Menyediakan perwajahan buku 6. Memantau bahan siap dicetak dan terbit serta jual. Selengkapnya perlu menhadiri kursus atau sangkutan mana-mana penerbit berwibawa | Lain-lain | 23.10.2009 |
Siapakah Editor Majalah Pelita Bahasa yang terkini ? Saya mohon diberi alamat email Editor Pelita Bahasa untuk dikirimkan puisi . Adakah tema cerpen untuk majalah Tunas Cipta ini bebas atau ada had tema yang ditetapkan ? | Editor Majalah Pelita Bahasa ialah Norazlenda Abd. Hadi dan beliau boleh dihubungi melalui alamat e-mel nazlenda@dbp.gov.my. Untuk mendapatkan maklumat mengenai majalah Tunas Cipta sila hubungi editor Abdul Ghani Abu melalui e-mel ghanig@dbp.gov.my. | Lain-lain | 08.06.2012 |
Saya selongkar dbp.gov.my untuk mencari alamat email editor semua majalah DBP, tetapi gagal ditemui. Sukacita jika tuan / puan dapat emailkan saya alamat semua editor majalah DBP. Terimakasih. Noordin | Tuan boleh menghubungi editor melalui e-mel yang berikut : 1. Dewan Masyarakat - Mohd Shukri Mohd Arif -shukri_m@dbp.gov.my 2.Dewan Budaya -Aninah - aninah@dbp.gov.my 3. Dewan Ekonomi -junaidah Ahmad Ghazali -jun@dbp.gov.my 4.Dewan Kosmik -Norizan Muslim -norizan@dbp.gov.my 5.Dewan Sastera- Rozninah abd.Azib -rozninah@dbp.gov.my 6.Tunas Cipta -Ruslan Abd Raffar -arruslan@dbp.gov.my 7. Dewan Bahasa -Zaidi Ismail -zaidi_i@dbp.gov.my 8. Pelita Bahasa -Armin Azhari saleh -armin@dbp.gov.my 9. Dewan Siswa - abd.Ghani abu- ghanig@dbp.gov.my 10.Dewan pelajar -Haziah che Hussin -haziah@dbp.gov.my | Lain-lain | 03.12.2010 |
tuan, bolehkah hantar saya satu contoh rencana yang lengkap berkaitan remaja | Terima kasih atas soalan anda. Anda boleh menghantar artikel ke Editor Tunas Cipta atau Editor Dewan Siswa | Lain-lain | 04.11.2010 |
Sebagai editor saya ingin bertanya bagaimana hendak menyunting karya kreatif seperti novel dan cerpen. 1. Apakah aspek-aspek yang perlu dilihat? | Pada prinsipnya, menyunting karya kreatif adalah sama dengan menyunting karya bukan kreatif, iaitu editor perlu mengetahui terlebih dahulu idea keseluruhan sesebuah manuskrip; melihat ketepatan fakta, memastikan tidak ada perkara yang bertentangan dengan agama, undang-undang, moral dan kepentingan negara; penyusunan idea yang logik dan kemas; dan memastikan penggunaan bahasa yang baik, istilah yang tepat, tatabahasa, ejaan yang betul, dan laras bahasa yang sesuai dengan pembaca sasaran. Tugas editor adalah membetulkan sebarang kesalahan yang ada pada manuskrip untuk memastikan komunikasi antara pengarang dengan pembaca dapat berlangsung dengan berkesan. Namun begitu, terdapat beberapa perbezaan pada penyuntingan karya kreatif seperti novel dan cerpen kerana editor perlu juga melihat logik cerita, plot, teknik yang digunakan oleh pengarang, sudut pandangan, watak dan perwatakan, latar dan gaya bahasa pengarang, Gaya bahasa seorang pengarang amat penting diketahui oleh editor dan ia tidak boleh disunting dengan sewenang-wenangnya kerana ia telah menjadi identiti seseorang pengarang itu dan tidak sama dengan pengarang yang lain. Dalam karya kreatif, aspek poetic license seperti penggunaan bahasa yang figuratif perlu diberi perhatian untuk memperlihatkan gaya bahasa seseorang pengarang itu, dan di sinilah letaknya nilai estetika yang tinggi pada sesebuah karya kreatif. Terima kasih. | Lain-lain | 16.03.2010 |
Assalamualaikum, Editor Tunas Cipta. Sebagai pembaca yang mengikuti perkembangan Tunas Cipta, bagaimanakah caranya untuk mengirim makalah atau esei kesusasteraan ke majalah Tunas Cipta? | Khay Barbara:saudara boleh e-mel karya ke alamat ini ghanig@dbp.gov.my atau sitinoorisa@dbp.gov.my | Lain-lain | 16.04.2012 |
Kepada editor, saya ingin membuat aduan kerana sejak July 2011. Saya memesan buku dewan pelajar tetapi hanya menerima 1 buku bulan ogos sahaja sehingga hari ini tidak menerima apa apa buku. Saya memesan mulai Julai 2011 hingga June 2012, saya menelefon/fax ke pejabat yang disenaraikan dalam buku tetapi tidak seseorang pun yang menjawab telefon. Harap tuan dapat menyiasat perkara diatas. | Terima kasih atas makluman. Perkara ini akan disiasat dan tindakan telahpun diambil dengan menghantar naskhah kepada pihak puan. | Lain-lain | 29.04.2012 |