Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.di.to.rial] | ايديتوريال

Definisi : (éditorial) 1. bkn dgn editor (dr segi tugas, tanggungjawab dsb): jawatankuasa ~; 2. rencana khas dlm akhbar dsb yg ditulis oleh editor, pengarang, atau penerbitnya utk mengutarakan pandangan atau ulasan tentang sesuatu persoalan semasa, lidah pengarang, (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata editorial


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya Sarina dari Kraftangan Malaysia.. saya sedang menyiapkan cadangan untuk melantik sidang editorial buletin. bolehkah saya mendapatkan bantuan dari DBP untuk mendapatkan penjelasan tentang fungsi dan peranan setiap anggota sidang redaksi (cth:ketua editor, editor grafik, editor teks dll). terima kasih atas segala maklumbalas.. sekian.

Dalam penerbitan buletin, struktur editorialnya merangkumi Ketua Editor, Editor, Pembantu Editor, dan  Editor Pengeluaran. Fungsi umum sidang editor ini adalah seperti yang berikut:

1. Ketua Editor- Menjalankan tugas pengurusan penerbitan buletin secara keseluruhannya, seperti perancangan, pengorganisasian kerja, pengarahan, dan pengawalan. Perancangan penerbitan buletin  merangkumi tugas seperti merancang strategi penerbitan buletin  mengikut kehendak atau spesifikasi penerbit, dalam hal ini mengikut dasar penerbitan Kraftangan Malaysia.

2. Editor- Mengetuai  operasi penerbitan  buletin , seperti memastikan makalah  siap mengikut tarikh yang dikehendaki; ertinya memastikan pengakuran kepada jadual penerbitan. Editor juga membantu Ketua Editor dalam hal pengurusan penerbitan buletin , seperti merancang strategi penerbitan, melantik penulis yang sesuai dan  membuat penilaian makalah dan penyuntingan substantif   pada makalah tersebut.

3. Pembantu Editor- Membuat kerja penyuntingan dari segi  tatabahasa dan sebagainya termasuk menyemak pruf sebelum disahkan oleh Ketua Editor.

4. Editor Pengeluaran - Membuat  kerja rekabentuk buletin  seperti halaman pertama, , teks, dan sebagainya dan juga menguruskan atur huruf .

 

 

 

 

 

Lain-lain27.09.2010
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, apakah maksud JKE/JKP/Pembinaan/Tolak-JKE/Tolak-JKP/Pracetak pada status semakan manuskrip. Bolehkah terangkan secara terperinci. Status pada manuskrip saya ialah JKP. Terima kasih atas bantuan pihak tuan.Salam sejahtera,
JKE bermaksud Jawatankuasa Editorial.
JKP bermaksud Jawatankuasa Penerbitan.
Pembinaan bermaksud judul sedang ditulis sehingga siap manuksrip lengkap.
Tolak JKE bermaksud judul ditolak pada peringkat Jawatankuasa Editorial.
Tolak-JKP bermaksud judul ditolak pada peringkat Jawatankuasa Penerbitan.
Pracetak bermaksud peringkat atur huruf, reka bentuk dan akhirnya cetak.

Status manuskrip JKP bermaksud manuskrip tuan dalam peringkat diajukan untuk kelulusan JKP.

Terima kasih.
Lain-lain23.03.2012
bagimana caranya saya ingin menghantar manuskrip utk terbitan DBP, utk makluman saya ada menulis manuskrip ttg etnik peribumi sarawak khususnya di bintulu dan 1 lagi berkaitan isu keagamaan. saya juga ada mnghtr 2 manuskrip utk terbitan DBP Cawangan Sarawak dan dimaklumkan skrg diperingkat semakan editorial.terima kasih atas maklumbalas pihak tuan.Tuan boleh menghantar manuskrip tuan ke alamat berikut; Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, Jalan Tun Datuk Patinggi Hj. Abdul Rahman Yaakub, Petra Jaya, 93050 Kuching (u.p; Penolong Pengarah Penerbitan) jika ada sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi Unit Penerbitan di talian 082-444711.Lain-lain07.12.2010
Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera, Salam penuh takzim, Saya berminat untuk menyumbangkan artikel dalam majalah Dewan Bahasa dan Dewan Masyarakat, namun bagaimanakah caranya? Adakah penulisan artikel mesti berdasarkan tema yang telah ditetapkan oleh DBP? Mohon pencerahan. Trm kasih.Waalaikumsalam. Setiap bulan sidang editorial akan menetapkan tema untuk majalah masing-masing. Walau bagaimanapun, puan boleh menghantar sebarang artikel yang sesuai dengan majalah yang dipilih kerana terdapat banyak ruangan lain yang disediakan untuk penulis.Terima kasihLain-lain12.04.2013
Apakah prosedur sekiranya saya ingin menyumbangkan artikel untuk mana-mana Majalah (contohnya Dewan Masyarakat / Dewan Ekonomi)? Contohnya: Perlukah saya mendaftar / bil. patah perkataan yang diperlukan / format / artikel mesti dalam bahasa Melayu? / jadual masa penerbitan / dan lain-lain. Terima kasih.Prosedurnya mudah sahaja. Sila hantar makalah terus kepada editor majalah berkenaan. Alamat emel editor ada pada halaman editorial majalah.Lain-lain06.02.2009
Salam Sejahtera.. Saya ingin tahu mengenai proses penerbitan. Sekiranya status manuskrip ialah Jawatankuasa Penerbitan (JKP), berapa lamakah masa diambil untuk kelulusan? Yg kedua, apakah kriteria yang dibincang dalam JKP walhal telah dinilai oleh penilai pakar DBP? Dan proses apa dilakukan selepas dilulus JKP ? Terima kasih.Proses penerbitan terdiri daripada beberapa proses utama: Perancangan judul (perolehan manuskrip, penulisan), Editorial (penilaian, penyuntingan substantif, penyuntingan kopi, penyediaan manuskrip bersih), Pracetak (reka letak, atur huruf, semakan pruf, naskhah sedia kamera), Pencetakan, dan Penjualan/Pemasaran.

Mesyuarat JKP biasanya diadakan empat kali setahun.  Kelulusan judul diputuskan dalam Mesyuarat JKP bagi judul yang dilaporkan dalam mesyuarat tersebut. Walaupun  telah dinilai, laporan manuskrip perlu dimajukan ke Mesyuarat JKP  untuk pertimbangan kelulusannya. JKP merupakan punca kuasa untuk menerbitkan sesebuah manuskrip. 

Setelah manuskrip diluluskan oleh JKP, proses seterusnya ialah penyuntingan kopi, dan seterusnya seperti yang dijelaskan di atas.
Lain-lain30.03.2012
Saya telah mengemukakan transkrip buku ( novel ) kedua saya " Epilog Cinta Asrar ". melalui DBP Kota Kinabalu. Saya telah pun menandatangi surat perjanjian di samping telah menerima royalti pendahuluan beberapa bulan yang lalu. Namun sehingga kini belum menerima apa-apa maklumat perkembangan mengenainya. Saya mohon penjelasan.

Salam sejahtera,

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa manuskrip novel saudara telah lulus Mesyuarat Jawatankuasa Editorial dan Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan dan kini berada dalam peringkat penyuntingan. Maklumat adalah seperti yang berikut:

Nombor pendaftaran:  594/2010

Peringkat : Penyuntingan

Editor Projek: Puan Norzanani bt. Kata

                       Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah

Telefon:  088-439314

 

Lain-lain14.10.2011
Sebulan telah berlalu, saya cuma ingin tahu status manuskrip Memori Silam 1 dan Memori Silam 3. Terima kasih. Saya difahamkan ia hanya memakan masa 1 bulan untuk penilai menyatakan manuskrip tersebut layak diterbitkan atau tidak. Terima kasih.Manuskrip saudara telah diterima dan akan dibawa ke mesyuarat penilaian Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sasera Kanak-kanak, dan seterusnya akan dihantar kepada penilai luar, sekiranya kedua-dua mesyuarat dan penilai luar mendapati karya saudara layak untuk diterbitkan, pihak kami akan membawanya ke mesyuarat Jawatankuasa Editorial.Lain-lain18.06.2009
Saya telah menghantar dua buah manuskrip kepada DBP dalam Jun 2008, untuk jabatan Purnama. Saya ingin tahu perkembangan terkini manuskrip itu. Judulnya ialah: a) Memori Silam 1 b) Memori Silam 3 Terima kasihManuskrip saudara telahpun diterima dan telah didaftarkan dalam senarai penerimaan manuskrip dbp.  Kedua-dua manuskrip tersebut sedang menunggu giliran untuk dihantar kepada penilai.  Setelah dinilai oleh penilai luar, jika manuskrip tersebut disarankan untuk diperbaiki, akan kami hantar kepada penulis semula untuk dibaiki, dan jika dicadangkan untuk diterbitkan, kami bawa ke Jawatankuasa Editorial DBP untuk kelulusan penerbitan.  Pihak kami memohon maaf atas kelewatan ini kerana di PURNAMA hanya terdapat 3 orang editor yang mengendalikan semua projek penerbitan di samping kerja-kerja lain. Lain-lain04.05.2009
salam sejahtera bagaimanakah caranya saya boleh mengetahui bahawa karya saya terpilih untuk diterbitkan.

Terima kasih kerana berminat dalam bidang penulisan. Untuk makluman saudara, setiap karya yang dihantar ke Dewan Bahasa dan Pustaka akan dinilai oleh editor dan penilai pakar untuk menentukan sama ada karya tersebut wajar diterbitkan. Pegawai projek akan memaklumkan kepada saudara secara bertulis sama ada karya tersebut diperakui penerbitannya oleh penilai. Untuk makluman saudara, sekiranya karya tersebut layak diterbitkan atas perakuan penilai, pengurus projek akan menyediakan laporan manuskrip untuk diajukan kepada mesyuarat Jawatankuasa  Editorial  dan Jawatankuasa Penerbitan untuk kelulusan penerbitan. Saudara akan dimaklumkan secara bertulis tentang keputusan daripada kedua-dua jawatankuasa tersebut.

Lain-lain11.03.2008
12

Kembali ke atas