Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n pendidikan: he had a private ~, dia mendapat pendidikan di sekolah swasta; a high standard of ~, taraf pendidikan yg tinggi; free ~, pendidikan percuma; elementary ~, pendidikan rendah; adult ~, pendidikan dewasa; higher ~, pendidikan tinggi. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata education


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
quality education at your doorstepKemukakan soalan tuan dengan jelas. Jika berkaitan terjemahan, sila terjemahkan terlebih dahulu dan kami akan membuat semakan versi bahasa Melayu.Lain-lain12.08.2015
UCMAS Education Group Adalah satu intitute swasta yang memberi program mental aritmetik. Dalam process Semasa kita membuat lesen permohonan untuk papan tanda kami menghadapi beberapa masalah untuk mengesahkan cawangan yang kita miliki di bawah tajuk "Pusat Tuisyen" atau "Pusat Perkembangan Minda". Harap dapak bantuan daripada Dewan Bahasa Pustaka mengesahkan untuk saya. Terima Kasih.Pusat tuisyen ialah bimbingan tambahan yang diberikan kepada pelajar (individu atau kumpulan kecil) bagi mata pelajaran tertentu. Pusat perkembangan minda memberikan tumpuan dalam memperkembangkan daya berfikir yang sama sekali tiada persamaan dengan pusat tuistyen.Lain-lain19.07.2012
Saya ingin bertanyakan mana yang lebih sesuai bagi perkataan berikut:- Institute of Continuous Education and Professional Studies (ICEPS) atau Institute of Continuing Education and Professional Studies (ICEPS). Mohon pencerahan. Terima kasih.Tuan,

Untuk makluman, kami hanya boleh mencadangkan teks atau tajuk dalam bahasa Melayu. Untuk teks atau tajuk yang dikemukakan dalam bahasa Inggeris, mohon tuan rujuk kepada pihak yang lebih berwibawa atau membuat rujukan di mana-mana kolej atau universiti supaya lebih jelas.
Lain-lain20.09.2019
Salam. Saya ingin mengetahui terjemahan yang sesuai dan tepat bagi singkatan GCE (General Certificate of Education), GCSE (General Certificate of Secondary Education), dan GDP (Gross Domestic Product). Harap pihak DBP dapat membantu. Terima kasih.Walaikumussalam. Menurut data kami, GCE diterjemahkan sebagai Sijil Am Pelajaran (SAP); GDP diterjemahkan sebagai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). GCSE tidak digunakan di Malaysia. Sijil peringkat sekolah menengah di Malaysia ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran (STP). Namun begitu, kami mencadangkan padanan GCSE dalam bahasa Melayu ialah Sijil Am Pendidikan Menengah. Sekian. Terima kasih.Istilah15.09.2017
Salam, Saya ingin bertanya tentang istilah maksud dalam bahasa melayu sebenar merujuk kepada perkataan bahasa inggeris " Education for Sustainable Development" T.kasihIstilah bahasa Inggeris "Education for Sustainable Development" diberikan padanan pendidikan untuk pembangunan mampan dalam bahasa Melayu. Dari aspek bahasa, frasa pendidikan untuk pembangunan mampan bermaksud hal berkaitan pendidikan, ajaran, latihan ke arah kemampuan mengekalkan pencapaian atau prestasi baik dalam pembangunan. Untuk mendapatkan maksud sebenar hendaklah mengikut konteks, bidang dan wacana keseluruhan topik yang dibincangkan.Istilah17.11.2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ada kekeliruan dengan istilah 'OUTCOMES BASED EDUCATION (OBE)'. BILA ditukarkan dalam bahasa melayu ada dua istilah yang biasa digunakan iaitu 'PEMBELAJARAN BERASASKAN HASIL' atau 'PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL'. Persoalan saya, mana istilah yang paling tepat untuk digunapakai. sekian terima kasihDalam data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi education ialah pendidikan. Perkataan pembelajaran terjemahan daripada perkataan learning.

Daripada rujukan tersebut, penggunaan yang sesuai ialah Pendidikan Berasaskan Hasil.
Penyemakan dan penterjemahan31.07.2018
Assalamualaikum wbt., Saya ingin bertanya DBP apa terjemahan dlm Bahasa Melayu utk '' Life skills based education for drug abuse prevention". Elakkan penggunaan perkataan Kemahiran hidup untuk "Life skills" kerana subjek Kemahiran Hidup (KH) sudah sedia ada di sekolah. Terima kasih. Dr Muzafar Razali mohdrazalim@vcu.eduKami mencadangkan frasa Life skills based education for drug abuse prevention diterjemahkan kepada Pendidikan berasaskan kemahiran hidup untuk pencegahan penyalahgunaan dadah. Kami berpendapat perkataan kemahiran hidup yang sesuai dengan konteks ayat tersebut kerana life tidak sesuai diterjemahkan kepada hayat atau nyawa dan skill sememangnya merujuk kepada kemahiran.Penyemakan dan penterjemahan18.06.2014
Saya ingin mendapatkan istilah yang betul untuk perkataan bahasa inggeris "engagement". Ayat bahasa inggeris: In education, student engagement refers to the degree of attention, curiosity, interest, optimism, and passion that students show when they are learning or being taught, which extends to the level of motivation they have to learn and progress in their education. Bolehkah saya mengguankan istilah "keyakinan" untuk mewakili "optimism".Dalam konteks ayat yang diberikan, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk “engagement” ialah penglibatan;  perkataan keyakinan boleh diterima sebagai padanan bahasa Melayu untuk “optimism”.Istilah12.05.2017
Salam sejahtera, Saya telah menterjemahkan beberapa perkataan Bahasa Inggeris dalam penulisan. i. Education For Democratic Citizenship (Pendidikan Ke arah Kewarganegaraan Bercorak Demokratik) ii. Active Citizenship is an important element in Democratic Citizenship. (Kewarganegaraan Aktif merupakan elemen penting dalam Pendidikan Kewarganegaraan Bercorak Demokratik) iii. A strong sense of social belonging and civic engangement (ikatan kemasyarakatan yang kukuh dan penglibatan dalam masyarakat)? atau (ikatan kemasyarakatan yang kukuh dan penglibatan sivik) Mohon pencerahan dalam penggunaan bahasa di atas. terima kasih.Terjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
i. Education For Democratic Citizenship - Pendidikan untuk Kewarganegaraan Demokrasi
ii. Active Citizenship is an important element in Democratic Citizenship - Kewarganegaraan Aktif merupakan elemen penting Kewarganegaraan Demokrasi
iii. A strong sense of social belonging and civic engagement - ikatan kemasyarakatan yang kukuh dan penglibatan dalam masyarakat
Penyemakan dan penterjemahan23.06.2016
Assalamualaikum Tuan, Saya ingin mencari istilah 'Soft Systems Methodology in Education' di dalam Bahasa Melayu. Setakat ini, belum ada penulisan menggunakan istilah ini di dalam Bahasa Melayu. Terima kasih. Salam, Azza.

Dalam data rujukan kami, terdapat istilah “soft system methodology” yang dipadankan sebagai kaedah sistem lembut.  

Cadangan kami bagi frasa “Soft Systems Methodology in Education" ialah Kaedah Sistem Lembut dalam Pendidikan. 

Makna15.03.2019
123

Kembali ke atas