Assalam, Adakah educational game bermaksud permainan edukatif? jika salah mohon berikan cadangan maksud yang sesuai. terima kasih. | Educational game boleh diterjemahkan kepada mainan didik, iaitu permainan yang bertujuan untuk mendidik. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.03.2019 |
saya ingin mencari bahan rujukan khusus untuk pengajian islam (pendidikan),harap pihak tuan dapat memberikan beberapa maklumat tentang isi judul buku tersebut: 1.Education Psychology :windows of classroom 2.An Introduction To Child Development. 3.Educational Psychology Developing Learning. 2. tolong berikan makna bg perkataan Greek 1. Psyche 2. Logos | Makna Psyche -n jiwa: it’s not easy to fathom the human ~, tdk mudah utk memahami jiwa manusia. Saudara boleh merujuk di Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM atau pun Perpustakaan Universiti Malaya | Lain-lain | 15.09.2008 |
Tuan/Puan, Apa padanan "in association" dan "affiliation" dalam Bahasa Melayu bagi konteks di bawah: "9. (1) The University may, with the prior written approval of the Minister- (a) conduct any course of study jointly or in association, affiliation, collaboration or by way of franchise or otherwise, with any University, University College, higher educational institution, or professional body, or any organization, within or outside Malaysia; and" Sekian, terima kasih. | Berikut merupakan padanan perkataan dalam bahasa Melayu bagi konteks yang diberikan: in association: berkaitan, berhubung, bersama-sama affiliation: bergabung Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Makna | 06.10.2021 |
Hi DBP Team, Saya ingin bertanya apakah terjemahan yang betul untuk "Inverse Exchange Traded Funds (ETFs)"? Perkataan ETF dalam Bahasa adalah "Dana Dagangan Bursa". Cuma saya tak pasti "inverse" itu apakah terjemahannya. Contoh ayat: "Inverse ETF is designed to provide return that is the opposite performance of an index" Jika Tuan perlu pemahaman yang lebih mendalam, boleh juga melihat educational video yang Bursa published on Youtube. Tajuk: Bursa Leverage & Inverse ETF (by Bursa Marketplace, published on 7 Feb 2019) Look forward to your reply, terima kasih ya. | Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi istilah “Inverse Exchange Traded Funds (ETFs)”. Walau bagaimanapun, terdapat istilah “inverse” yang dipadankan sebagai songsang (Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu). Cadangan kami bagi istilah “Inverse Exchange Traded Funds (ETFs)” ialah Dana Dagangan Bursa Songsang. |
| Istilah | 15.05.2019 |