Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n (in pl) askar-askar hakiki. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. having an effect, efficient, berkesan, efektif; (so as to be impressive) mengesankan: ~ measures to reduce inflation, langkah-langkah yg berkesan utk mengurangkan inflasi; the choice of colour combination was very ~, pilihan kombinasi warna sangat mengesankan; 2. (of medicine, remedy) mujarab, mustajab, manjur: an ~ ointment for eczema, salap ekzema yg mujarab; 3. operative, mula /berkuat kuasa, dikuatkuasakan/: the law is ~ from the first of January, undang-undang ini mula berkuat kuasa pd satu hari bulan Januari;4. actual, hakiki: the full strength of this battalion is 1,000, but the ~ strength is 800, kekuatan penuh batalion ini ialah 1,000, tetapi kekuatan hakikinya ialah 800; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata effective

Peribahasa

88

You can catch more flies with honey than with vinegar

Untuk menangani kerenah manusia, cara yang lembut atau berbuat baik lebih berkesan daripada cara yang kasar. (Peribahasa ini kadang kala digunakan untuk menyarankan supaya seseorang itu mengampu)

Batu pun empuk, jangankan manusia

If you want some secret tips, do not be rude to her. A polite approach is more effective than rudeness and even at times you have to be ingratiating. Take it from me, you can catch more flies with honey than with vinegar.

Jika awak mahu mencungkil petua rahsia, janganlah bersikap biadap terhadapnya. Cara yang penuh sopan santun lebih berkesan meskipun kadang kala awak terpaksa mengampunya. Percayalah cakap saya, batu pun empuk, jangankan manusia .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan bagi perkataan ini? Nurses : A Force for Change Care Effective : Cost Effective Improving Health and Well-BeingTidak maklumat tentang penterjemahan ayat dalam pangkalan data kami. Kami hanya dapat membantu terjemahan perkataan atau istilah dengan merujuk data yang ada dalam kamus atau buku istilah.Penyemakan dan penterjemahan08.05.2015
saya mengulangkaji subject bahasa malaysia "effective practise: keluaran oxford fajar. Saya tidak faham perkataan "dedekak". bolehkah saya mencari maksudnya disini? terima kasihIstilah dedekak tidak ditemui dalam mana-mana sumber rujukan/bahan terbitan kami. Namun istilah yang paling hampir dengan perkataan ini ialah dekak-dekak yang bermaksud sejenis alat hitung orang Cina atau Jepun yg berupa pemidang dgn bola-bola atau butir-butir kecil (yg digerak-gerakkan sewaktu membuat perkiraan), sempoa.  Istilah25.04.2010
Apakah penterjemahan bagi tajuk berikut: Fabrication and Characterisation of Cost-effective Anthropomorphic Tissue-equivalent Thyroid-neck Phantom for SPECT/CT ImagingTerjemahan bahasa Melayu yang dicadangakan ialah Pemfabrikatan dan Pencirian Fantom Leher Tiroid Setara Tisu Antropomorfik Keberkesanan Kos untuk Pengimejan SPECT/CT.Istilah07.10.2016
Adakah terjermahan berikut daripada BI ke BM betul? BI: It is an effective repellent against mosquitoes that transmit dreaful diseases. BM: Ia merupakan penghalau yang berkesan terhadap nyamuk yang menularkan penyakit-penyakit yang mengerikan.

Kami mencadangkan terjemahan berikut “Bahan penghalau ini berkesan terhadap nyamuk yang membawa penyakit berbahaya” Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya.

             Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan teks, khususnya teks ilmiah. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. untuk mendapatkan terjemahan yang lebih tepat.

Penyemakan dan penterjemahan08.03.2023
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanyakan perterjemahan perkataan dari Bahasa inggeris ke Bahasa melayu yang khusus dalam bidang ekonomi dan ekonometrik. Perkataan-perkataannya ialah: 1. Real Effective Exchange Rate 2. Error Correction Model 3. Vector Error Correction Model 4. General Autoregressive Conditional heteroskedasticity (GARCH) Terima kasih.Terjemahan perkataan tersebut tiada dalam sumber rujukan kami. Cadangan kami:
1. Real Effective Exchange Rate - kadar pertukaran berkesan sebenar
2. Error Correction Model - model pembetulan ralat
3. Vector Error Correction Model - model pembetulan ralat vektor
4. General Autoregressive Conditional heteroskedasticity (GARCH) - heteroskedastisiti bersyarat autoregresif am
Untuk makluman cadangan terjemaha ini dibuat dengan merujuk buku Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan.  
Penyemakan dan penterjemahan15.12.2017
Saya ingin bertanya, nama kertas kerja, atau, tajuk buku, dalam bahasa Inggeris, perlu ditulis dengan huruf condong dan tanda petik' '., ataupun hanya perlu menggunakan salah satu sahaja, iaitu huruf condong atau tanda petik. Contoh, ...the research products submitted, 'In-House Fabricated Cost Effective...'Untuk maklumat, terdapat perbezaan cara penulisan  tajuk antara kertas kerja dengan buku yang telah terbit. Untuk kertas kerja, digunakan tanda "/". Contoh: "In-House Fabricated Cost Effective". Manakala untuk buku yang telah terbit, tajuk perlu dicondongkan. Contoh: In-House Fabricated Cost Effective. Lain-lain07.09.2015
Menterjemah Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu: 1.Our Vision - To be an innovative value added energy solutions provider. 2.Our Mission - To provide the cleanest, safest, cost effective and reliable energy solutions to the nation. 3. Join us in creating the future of clean energy.Untuk makluman, DBP tidak mempunyai khidmat terjemahan. Sila terjemah dahulu kepada bahasa Melayu dan hantar kepada kami untuk penyemakan.Penyemakan dan penterjemahan18.07.2016
Saya sudah terjemahkan kepada bahasa melayu, untuk penyemakan pihak dewan bahasa dan pustaka. 1. Our Vision - To be an innovative value added energy solutions provider. Visi Kami - Untuk menjadi pembekal tenaga yang bernilai serta inovatif. 2. Our Mission - To provide the cleanest, safest, cost effective and reliable energy solutions to the nation. Misi Kami - Untuk menyediakan penyelesaian tenaga yang berkesan dan boleh dipercayai paling bersih , selamat, kos kepada negara 3. Join us in creating the future of clean energy. Sertai kami dalam mewujudkan masa depan tenaga bersih.1. Our Vision - To be an innovative value added energy solutions provider. - Visi Kami - Untuk menjadi pembekal tenaga yang bernilai tambah serta inovatif.
2. Our Mission - To provide the cleanest, safest, cost effective and reliable energy solutions to the nation. -  Misi Kami - Untuk menyediakan penyelesaian tenaga keberkesanan kos yang boleh dipercayai, paling bersih dan selamat untuk negara.
3. Join us in creating the future of clean energy - Sertai kami untuk mewujudkan masa depan tenaga yang bersih.
Penyemakan dan penterjemahan19.07.2016
Assalam, Saya belum jumpa terjemahan untuk 'onboarding' dalam laman sesawang PRPM. Bolehkah saya menterjemahkan 'onboarding' sebagai 'suai tugas' dalam konteks yang diberikan di bawah ini. Petikan daripada wikipedia: Mechanism through which new employees acquire the necessary knowledge, skills, and behaviors to become effective organizational members and insiders. Tactics used in this process include formal meetings, lectures, videos, printed materials, or computer-based orientations to introduce newcomers to their new jobs and organizations. Terima kasih, Rosidah MohamadCadangan menterjemahkan "onboarding" kepada suai tugas boleh diterima. Istilah18.06.2017
Boleh kah penterjemahan buku versi bahasa inggeris dibuat dalam bahasa malaysia tetapi dengan menggekalkan beberapa istilah dalam bahasa inggeris. Seperti 7Habits, Be proactive, Begin with end in mind, Put First THings First. Bukan kah ini menunjukkan kelemahan kepada BAHASA MALAYSIA. I rujuk kepada buku bertajuk 7 Habits Of Gighly Effective People yang diterjemah dan di cetak oleh PTS Sdn Bhd.Untuk makluman, istilah bahasa Inggeris hanya boleh dikekalkan sekiranya belum ada istilah bahasa Melayu yang rasmi. Dalam konteks ini, ayat yang dikemukakan boleh diterjemah kepada bahasa Melayu kerana perkataan tersebut bukan istilah khusus. Istilah15.03.2016
12

Kembali ke atas