mohon dapatkan makna PENGURUSAN; kurang efisyen | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, pengurusan bermaksud perihal (kerja dsb) mengurus sesuatu, perihal mengurus (syarikat, badan perniagaan, dll): pentadbiran dan ~ surau atau masjid dikendalikan oleh jawatankuasa yang dipilih oleh penduduk mukim atau kampung;. Manakala efisien bermaksud berkenaan individu, organisasi, mesin, dan lain-lain yang boleh menjalankan tugas dengan cekap (tanpa pembaziran waktu dan tenaga). | Makna | 29.10.2013 |
Apakah yang dimaksudkan dan perbeazaannya dengan efisyen dan efektif dalam konteks perniagaan? Adakah sama maksud atau berlainan. Minta lampirkan sekali dengan contoh yang sesuai dalam konteks perniagaan. | Mengikut Kamus Dewan Edisi 4 efisien bermaksud cekap,( iaitu berkenaan individu, organisasi, mesin dll yang boleh menjalankan tugas tanpa pembaziran waktu atau tenaga). Efektif bermaksud ada kesannya(pengaruhnya), berkesan,mujarab(berkenaan ubat). Daripada makna yang diberikan jelaslah bahawa efektif dan efisien membawa maksud yang berlainan. Contoh penggunaan dalam ayat: i. Sistem penyampaian yang efisien dan efektif dapat memenuhi keperluan pelanggan dan seterusnya memberikan kepuasan kepada mereka. | Makna | 25.07.2007 |
Ejaan bagi perkataan ; komersial atau komersil, efisien atau efisyen | Ejaan yang betul ialah komersial dan efisien. | Ejaan | 21.07.2009 |
Saya merupakan pensyarah yang mengajar dalam bidang pengkhususan seramik industri. Terdapat banyak buku yang dicetak dalam bahasa inggeris dan susah didapati di pasaran. saya berhasrat ingin menterjemah buku tersebut di dalam bahasa melayu, bagi memudahkan pelajar menjadikan buku tersebut sebagai panduan. Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut prosedur untuk menterjemahkan buku. Sasaran jualan buku tersebut adalah untuk pelajar IPTA(UiTM Shah Alam dan caw Perak, Unimas, UMS, UPSI), pelajar dibawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia (ILP, IKM, Kolej Komuniti) dan MRSM. Diharap dengan adanya buku-buku hasil penterjemahan ini, proses penyampaian dan pemahaman kursus akan lebih efisyen. Sekian, terima kasih. | DBP tidak lagi menguruskan projek penterjemahan. Kini projek penterjemahan diuruskan oleh Institut Terjemahan Negara Berhad. | Lain-lain | 01.02.2008 |