Bagaimana untuk saya membeli software Kamus/Dewan Eja untuk kegunaan kami di pejabat. Terima kasih | Salam tuan budiman, Mendapatkan Perisian Dewan Eja Pro DBP ada menerbitkan Kamus Dewan Eja pro yang diterbitkan secara kerjasama dengan Syarikat TNT. Di dalamnya terkandung penyemak ejaan yang didasarkan pada Kamus Dewan Edisi ke-4, sejumlah istilah dan kamus istilah dalam pelbagai bidang ilmu, dan Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Bahan digital ini boleh dipasangkan pada PC dan juga pada PDA. Tuan bolehlah mendapatkan Dewan Eja pro ini melalui: E-mel: support@tntsb.com Laman sesawang: www.tntsb.com Facebook: Dewan Eja Pro Telefon: 03-83193388 Alamat: 4800-2-6 CBD Perdana, Jalan Perdana, 63000 Cyberjaya, Malaysia, Produk: Dewan Eja Pro 1 0 for MS Office Dewan Eja Pro 10 for Adobe Indesign & InCopy Kamus Pro for Android Kamus Pro for iOS EjaPro MobileKamus Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 19.01.2021 |
[Sasul eja Jawi] Membera ممبرا [Sebetulnya] ممبرا https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=membera | Terima kasih atas makluman tuan dan kami akan berusaha untuk menambah baik laman web kami. | Ejaan | 06.07.2024 |
Bagaimana eja "keluarganya" dalam tulisan Jawi? Adakah suku kata "ga" pada akhir perkataan keluarga dikekalkan tiada alif apabila ditambah -nya atau perlu ditulis alif? | Ejaan Jawi yang betul untuk perkataan “keluarganya” ialah کلوارݢڽ. | Tatabahasa | 09.05.2024 |
Bagaimana eja "ibunyalah" (ibu + -nya + -lah) dalam tulisan Jawi? Adakah -nya di perkataan itu dieja dengan alif kerana diakhiri -lah atau tiada alif? | Ejaan Jawi bagi perkataan "ibunyalah" ialah ايبوثله | Ejaan | 30.03.2021 |
Bagaimana eja "Charles" dan "England" dalam tulisan Jawi? | Salam sejahtera, Tuan, Cadangan ejaan dalam Jawi: Charles --- چرل س England --- ايڠڬلند Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 10.02.2018 |
Bagaimana eja nya untuk tuhan. contoh dengan izinNya. ada sepang ke tidak? | Ejaan yang betul ialah izin-Nya. | Tatabahasa | 05.09.2013 |
Bagaimana nak eja ذُو نُوَاس dalam rumi? Zunuwas atau Zu Nuwas atau Zu-Nuwas atau zu-Nuwas? Kalau boleh saya tak mahu Dhu Nuwas, seperti yang dirumikan oleh bahasa Inggeris. | Ejaan Rumi untuk ذُو نُوَاس ialah "Zu Nuwas". | Lain-lain | 05.08.2025 |
Mohon bantu eja dalam Jawi: i-Taqwa Perenial Abarahamic | Ejaan dalam Jawi, i-Taqwa Perenial Abarahamic: اءي-تقوى ڨرينيل اباراحاميک | Ejaan | 04.12.2019 |
Bagaimana hendak eja Rabiulakhir dalam tulisan Jawi? | Ejaan yang betul ialah ربيع الأخير | Ejaan | 14.02.2015 |
Bagaimana hendak eja perkataan 'relax' dalam bahasa Melayu? Rileks, releks atau relaks? | Ejaan yang betul ialah relaks atau lebih sesuai disebut santai atau tenang. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.10.2014 |