Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.ja.an] | ايجاءن

Definisi : kaedah atau cara menulis perkataan dgn huruf: penyelarasan ~ khususnya tertumpu pd kata-kata pinjaman (tatanama ubat, bahan kimia, batu, bakteria, virus, kulat, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.ja.an] | ايجاءن

Definisi : cara atau peraturan menulis perkataan dgn huruf: ~ perkataan ‘saya’ ialah ‘s-a-y-a’. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ejaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, saya mempunyai kekeliruan dalam ejaan. Ejaan yang betul "sama ada" atau "samada"?Ejaan yang betul ialah sama ada.Ejaan13.04.2017
Salam sejahtera, maaf saya ingin bertanya tentang ejaan permainan kabaddi. Apakah ejaan yang sebetulnya? Mohon pencerahan pihak DBP. Terima kasih. Cadangan ejaan perkataan kabaddi mengikut penyesuaian ejaan ialah kabadi.Ejaan13.06.2020
Assalamualaikum. Jika dirujuk khidmat nasihat tentang ejaan atlet dan atlit, dikatakan bahawa ejaan atlet ialah ejaan yang tepat. Namun demikian, mengapakah ejaan atlit masih terakam di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (halaman 88) ? Benar ada anak panah yang mengkehendaki pembaca untuk merujuk atlet (atlit->atlet) di dalam kamus tetapi hal ini telah mengelirukan pembaca kerana selagi entri atlit wujud di dalam kamus, maka masyarakat beranggapan bahawa atlit ialah ejaan yang sah. Sekiranya atlit ialah ejaan yang salah, ada baiknya dipadam sahaja daripada Kamus Dewan. Mohon pencerahan. Terima kasih.

Ejaan yang betul ialah "atlet" dengan sebutan e taling. Ejaan ini telah digunakan dalam Kamus Dewan Edisi Kedua yang diterbitkan pada tahun 1986. Atlet diambil dan melalui penyesuaian ejaan daripada bahasa Inggeris athlete. Tanda anak panah bererti lihat, iaitu lihat perkataan di hadapan. Walau bagaimanapun, kami mengambil maklum akan cadangan yang dikemukakan oleh tuan untuk penambahbaikan pada masa akan datang.

Ejaan11.12.2019
Mangga harumanis yang dipetik oleh abang itu rasanya manis. Adakah betul ejaan harumanis? Apakah ejaan yang sebetulnya sekiranya ejaan tersebut salah?Minta penjelasan pihak dbp. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah harum manis. Contoh ayat: Harga untuk sekilogram buah mangga Harum Manis ini ialah RM4.50Ejaan20.05.2020
ASSALAMUALAIKUM. Mohon pengesahan untuk ejaan مسجد الإمام النووي dengan ejaan bahasa melayu... Adakah menggunakan ejaan MASJID AL-IMAM AL-NAWAWI atau MASJID AL-IMAM AN-NAWAWI atau terdapat ejaan lain yang lebih tepat.. Terima kasih. Mohd Nazif Zakaria (0195477026)Ejaan yang betul ialah مسجد الإمام النووي mengambil kira bentuk ejaan yang mashyur bagi nama Imam Nawawi.Ejaan30.09.2019
SAYA INGIN BUAT PENGESAHAN TENTANG EJAAN BAGI PERKATAAN : 1. WALAU BAGAIMANAPUN 2. WALAUBAGAIMANAPUN YANG MANA SATUKAH EJAAN YANG BETULEjaan yang betul ialah "walau bagaimanapun".Ejaan24.06.2016
apakah ejaan semula jadi yang betul? Dalam masukan PRPM ada semulajadi & semula jadi? Ini sangat mengelirukan. Bolehkah PRPM memberikan ejaan yang betul?Ejaan yang betul ialah semula jadiEjaan16.09.2019
Ejaan Kue tiauEjaan yang tepat ialah kuetiauEjaan13.10.2017
Salam. Adakah ejaan ensaiklopedia ini betul?Ejaan ensaiklopedia adalah salah.  Ejaan yang betul ialah "ensiklopedia".  Untuk masa akan datang pihak tuan/puan boleh menyemak ejaan dalam Kamus Dewan atau melayari laman web www.prmp.dbp.gov.my.Ejaan12.04.2016
ejaan betul sepaketEjaan tersebut betul - sepaket atau 1 paket.Ejaan31.07.2018
12345678910...

Kembali ke atas