Assalamualaikum, Saya pelajar jurusan master di UM yang sedang melakukan kajian ke atas buli siber menggunakan data daripada twitter. Saya mahu tahu, jika pihak DBP mempunyai senarai Kata-kata yang dikategorikan sebagai kata makian/nista/kesat/ejekan yang boleh membantu saya menjalankan kajian tersebut. Bagaimana boleh saya mendapatkannya atau dengan siapa saya perlu berhubung mengenai perkara ini? | Tuan, Untuk makluman, DBP tidak menyediakan senarai khusus berkenaan kata-kata yang boleh dikategorikan sebagai kata makian, nista, kesat atau ejekan. Mohon tuan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau melayari Pusat Rujukan Persuratan Melayu kami melalui laman web http://prpm.dbp.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.
| Lain-lain | 23.04.2019 |
salam. beri maksud perkataan - wang adat, hujan jatuh ke pasir, telinga tebal, dan seperti abu di atas tunggul. TQ | wang adat : wang untuk perbicaraan(Indonesia). telinga tebal : a. tidak menghiraukan (ejekan, makian, dll.)b. tidak tahu malu. seperti abu di atas tunggul: dengan mudah boleh tercampak atau terhalau,tidak bererti, tidak tetap(suami dalam rumah keluarga isterinya dalam masyarakat Minangkabau dan di tempat-tempat tertentu di Negri Sembilan). Bagi hujan jatuh ke pasir tiada terakam di mana-mana rujukan bagi ungkapan ini, walau bagaimanapun dari segi analoginya dapat dihuraikan sebagai sesuatu perbuatan yang sia-sia atau perhubungan yang tidak kekal. | Makna | 19.03.2008 |
Assalamualaikum. Apakah perbezaan antara "sindir" dan "perli"? Boleh tolong berikan contoh perbuatan yang menggambarkan setiap istilah? Terima kasih. | Waalaikumussalam. Sindir dan peril membawa maksud yang sama. Sila lihat dalam Kamud Dewan Edisi Keempat atau Kamus Pelajar. Perli : Ucapan yg dikeluarkan utk mengejek atau utk menyindir; sindiran; ejekan. memerli mengucapkan kata-kata yg menyindir atau yg mengejek: Jangan suka ~ orang. Perli: Sindiran perkataan yg diucapkan utk mengatai atau utk mengejek orang dgn cara tidak terus terang; ejekan yg tidak langsung. menyindir mengatakan sesuatu (utk mengejek atau utk mencela) dgn cara tidak terus terang; menggiat: Ketika bersama-sama di dlm bas, dia selalu ~ saya. | Makna | 20.03.2014 |
Salam, 1. Adakah penggunaan 'si" di dalam ayat dibolehkan? Misalnya: terdapat dua orang raja. Mereka ialah adik-beradik. Si abang merupakan raja yang memerintah negeri Pinang. Manakala si adik pula memerintah negeri bayu. | Si ialah kata penyerta yg digunakan di depan nama orang (sbg timang-timangan, panggilan, ejekan atau sbg penghinaan): S~ Ali; ~ bisu; ~ bodoh; ~ bongsu; ~ hitam; ~ pencuri; 2. kata penyerta yg digunakan di depan nama sendiri (utk merendahkan diri): S~ Tuah tidak mahu menderhaka kpd tuannya; 3. kata penyerta utk menegaskan orang yg melakukan atau yg terkena sesuatu: ~ mati; ~ penjual; ~ piutang; ~ pencuri; ~ tertuduh. Harap maklum. | Tatabahasa | 28.07.2008 |
Salam. ingin tahu maksud perkataan `Wang Adat`,`Telinga tebal`, `Bunga Dedap`, `Hujan Jatuh ke Pasir`, dan `Seperti Abu di atas Tuggul` . Sekian Terima kasih. | Wang Adat dalam budaya Indonesia bermaksud wang utk perbicaraan di mahkamah. Yang betul ialah tebal telinga (bukan telinga tebal) bermaksud tidak menghiraukan (ejekan, makian orang); dan tidak tahu malu. Bunga dedap wujud dalam peribahasa laksana bunga dedap, merah ada berbau tidak yang bermaksud orang yg rupanya elok tetapi tidak berbudi bahasa. Seperti Abu di Atas Tunggul bermaksud Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap, bila-bila masa sahaja boleh dipecat. Hujan jatuh ke pasir bermaksud kebaikan (pertolongan dll) yg sia-sia (tidak berbalas). | Makna | 17.03.2008 |
1. Apa beza nista dengan celaan, terutamanya dari segi penggunaannya dalam konteks yg berlainan? Sila sertakan contoh. 2. Apa singkatan yang terkini bagi (sebelum Masehi) dan (Masehi), ada yg tulis SM dan M, dan ada pula yang tulis S.M. dan M. Mana yg terkini? | Kamus Pelajar Edisi Kedua mendefinisikan nista sebagai kata-kata yang bertujuan menghina; cercaan; makian: Segala macam nista dan umpat dihamburkan kepada pemuda itu. 2 hina sekali; keji: kata-kata ~ kata-kata yg keji; perbuatan ~ perbuatan yang keji. 3 rasa malu; aib. Manakala celaan bermaksud ejekan yang keras; kata-kata yg kesat; kecaman. Singkatan Sebelum Masihi ditulis sebagai SM | Tatabahasa | 11.08.2016 |