Untuk istilah 'Eco Product', adakah 'Produk Eko' terjemahan yang betul ? Terima kasih | Eko- merupakan awalan asing berkaitan dengan ekologi, contohnya ekopelancongan. Awalan dalam bahasa Melayu tidak boleh berdiri sendiri untuk membentuk frasa ‘Produk Eko-’. Dari segi pembentukan istilah, kami mencadangkan ‘produk ekologi’. | Istilah | 09.09.2014 |
apakah maksud sistem eko-dualisme? | Eko-: awalan asing berkaitan dgn ekologi, mis ekopelancongan. Dualisme: 1. faham yg berasaskan dua prinsip yg saling bertentangan spt antara kebaikan dan kejahatan, dan antara terang dan gelap; 2. keadaan apabila wujud dua sifat yg ketara saling bertentangan pd diri seseorang. | Lain-lain | 01.09.2009 |
Adakah penggunaan perkataan eko sains sebagai nama khas betul? .Sebagai contoh Taman Eko Sains SK Kundasang. | Menurut data kami, rangkai kata yang betul ialah Taman Ekosains SK Kundasang | Lain-lain | 22.08.2019 |
Adakah betul penggunaan eko sains yang digunakan sebagai kata nama khas. Sebagai contoh Taman Eko Sains SK Kundasang. | Penggunaan yang betul ialah Taman Ekosains SK Kundasang. | Ejaan | 27.08.2019 |
SAYA PERLU KEPASTIAN DARI PIHAK DBP EJAAN YANG TEPAT BAGI PERKATAAN BERIKUT IAITU:- 1. EKO SISTEM ATAU EKOSISTEM 2. KERETA API ATAU KERETAPI 3. EKO LANCONG ATAU EKOLANCONG 4. MENGENAL PASTI ATAU MENGENALPASTI KERSAMA DARI PIHAK TUAN AMAT DIHARGAI.SEKIAN TERIMA KASIH. | Puan Kasmah, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Ejaan yang betul bagi ketiga-tiga soalan ialah, ekosistem, ekolancong, kereta api dan mengenal pasti. Terima kasih. | Ejaan | 26.05.2009 |
Bilakah kita menggunakan perkataan "pakai' dan 'guna'? dan perkataan 'sampai' dan 'hingga'? Apakah maksud dengan "...dia minggir diri tiga kali" Terima kasih | guna 1. manfaat, faedah: kelapa sawit banyak ~nya; 2. peranan, fungsi: guru menerangkan ~ akar pd pokok; 3. untuk, bagi: dia datang ke bandar ~ mencari keselamatan hidup; 4. budi baik, kebaikan: tidak tahu membalas ~; ~ tenaga (Eko) penggunaan tenaga manusia; ~ tenaga penuh (Eko) penggunaan seluruh tenaga manusia yg sanggup bekerja; ~ tenaga tak penuh (Eko) penggunaan tenaga manusia yg tidak sepenuhnya; guna 1. manfaat, faedah: kelapa sawit banyak ~nya; 2. peranan, fungsi: guru menerangkan ~ akar pd pokok; 3. untuk, bagi: dia datang ke bandar ~ mencari keselamatan hidup; 4. budi baik, kebaikan: tidak tahu membalas ~; ~ tenaga (Eko) penggunaan tenaga manusia; ~ tenaga penuh (Eko) penggunaan seluruh tenaga manusia yg sanggup bekerja; ~ tenaga tak penuh (Eko) penggunaan tenaga manusia yg tidak sepenuhnya; pakai 1. = memakai: semua ~ baju tangan panjang; boleh ~ kasut; makan ~; 2. dgn cara, dgn jalan: tiap-tiap kali ibunya membeli tidak ~ bayar, tetapi ~ tulis sahaja; ~ paksa sahaja; sampai I 1. tiba (di): tidak berapa lamanya belayar itu, ~lah ia ke Riau; 2. mencapai tujuan (maksud, niat, dll): maka terlalulah susah hati sahaya sebab surat itu tiada ~ ke dalam; apa lagi yg kaufikirkan? Maksudmu telah ~; 3. sehingga menjadi: mengapa mak ~ begini melarat; 4. mencapai had, cukup: gajinya tidak ~ seratus ringgit tetapi berlagak macam orang kaya; 5. hingga ke, sehingga: ~ hari ini, kami tidak pernah mempedulikan dia lagi; hingga 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = sehingga, hinggakan, sehinggakan sampai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah); | Makna | 05.12.2007 |
Kebakaran secara terbuka menyebabkan eko-sistem kita tidak seimbang. | Ejaan yang betul ialah ekosistem. | Ejaan | 20.11.2011 |
1) Apakah perbezaan antara eko-pelancongan dan agro-pelancongan 2) dari segi ejaan adakah dieja dengan satu perkataan, dua perkataan atau ada tanda sempang. terima kasih. Rusli Kamaruddin PA YB Dato' Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang | Encik Rusli,
Perbezaan antara kedua-dua perkataan tersebut dapat dilihat daripada makna yang diberikan. Ekopelancongan bermaksud pelancongan yg berasaskan sumber dan pemeliharaan alam semula jadi spt. flora, fauna, pantai, tasik dan sungai: Kajian dijalankan utk menjadikan tasik itu sbg. pusat penyelidikan dan ~. Agropelancongan bermaksud aktiviti pelancongan yang berasaskan pertanian seperti lawatan ke ladang kelapa sawit, kawasan ternakan atau dusun buah-buahan. Kedua-dua perkataan ini dieja sebagai satu perkataan. | Makna | 07.01.2010 |
Malaysia mampu memajukan bidang eko-pelancongan kerana mengayakan sumber alam semula jadinya. Apakah 2 kesalahan ayat di atas? | Ayat yang betul ialah Malaysia mampu memajukan bidang ekopelancongan kerana negara ini kaya dengan sumber semula jadinya. | Tatabahasa | 23.01.2008 |
pengertian inap desa / homestay dan pengertian eko pelancongan | Dalam Glosari Pelancongan terbitan DBP, homestay (inap desa) didefinisikan sebagai 'Cara penginapan alternatif biasanya bersama-sama sebuah keluarga untuk tempoh tertentu'. Homestay programme didefinisikan sebagai 'Program pelancongan yang diatur supaya pelancong tinggal bersama keluarga tempatan'. Ekopelancongan pula didefinisikan sebagai 'Pelancongan yang berasaskan alam semula jadi seperti hutan tropika, pantai, pulau, bukit, taman, laut dan sebagainya'. | Istilah | 08.02.2012 |