Slm, Boleh tak puan/tuan check ayat di bawah ini betul ke tak. Thanks. -Burung merak terkenal dengan bulu ekornya yang bermata. -Burung merak akan mengembangkan bulu ekornya untuk menghasilkan bentuk kipas semasa upacara mencari pasangan. | Burung merak terkenal dengan bulu ekornya yang bermata. Burung merak akan mengembangkan ekornya untuk menghasilkan bentuk kipas semasa mencari pasangan. | Tatabahasa | 29.08.2016 |
Salam dan selamat pagi, Kata sendi yang manakah yang betul bagi ayat berikut? Kucing itu mengiau kerana ekornya tersepit (di/pada) celah pintu. Terima kasih. | Kucing itu mengiau kerana ekornya tersepit pada celah pintu. | Tatabahasa | 20.07.2017 |
Adakah Spider Monkey ialah Monyet Labah-labah? | Mengikut Ensiklopedia Umum, Spider Monkey ialah Monyet Labah-labah. Monyet labah-labah ialah monyet besar yang terkenal kerana menggunakan ekornya sebagai anggota tambahan. Ia boleh tergantung dengan menggunakan ekornya, malah mengambil objek dengan membelitnya. Monyet ini kadangkala tergantung kepala ke bawah kaki ke atas, dengan keempat-empat anggota dan ekornya mencengkam dahan. Dalam kedudukan ini ia kelihatan seperti labah-labah besar. Monyet ini sering menggunakan lengannya untuk berayun dari dahan ke dahan. | Lain-lain | 27.06.2017 |
'Hamster' dalam bahasa Melayu ialah 'tikus belanda'? | Hamster ialah sj binatang kecil seakan-akan tikus yg badannya agak montok dan ekornya pendek, dipelihara di rumah sbg binatang kesayangan. Tikus Belanda ialah istilah Indonesia. | Istilah | 05.04.2010 |