Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ék.so.tik] | ايکسوتيک

Definisi : (éksotik) 1. berasal dr luar negeri, asing; 2. luar biasa keistimewaannya (fesyen, masakan, dll): restoran itu kerap menghidangkan masakan yg ~; keeksotikan keadaan eksotik: hasil sastera itu mendapat perhatian dunia kerana ~nya yg berhubungan dgn penikma (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ék.so.tik] | ايکسوتيک

Definisi : /éksotik/ 1 berasal dr negara yg jauh (bkn tumbuh-tumbuhan atau haiwan). 2 luar biasa keistimewaannya (bkn fesyen pakaian, masakan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata eksotik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dari Kuala Lipis ke Jerantut, Bera dan Kuala Rompin, mampu memajukan bidang ekopelancongan kerana kaya dengan keindahan sumber semula jadinya, dengan flora, fauna, sungai, tasik dan pantai yang tinggi [nilai eksotikanya (atau nilai eksotiknya).. yg mana betul?]

Puan Rahemah,

Perkataan yang betul ialah eksotik yang bermaksud luar biasa atau keistimewaan.

Ejaan10.03.2010
Say aagak musykil untuk terjemah "adventure film" dan "swashbuckler film" yang kedua-duanya bermaksud "filem kembara. Tapi jika ikut istilah bahasa Inggeris, swashbuckler adalah subgenre adventure. "Swashbuckler film" bermaksud subgenre genre filem pengembaraan, yang sering dicirikan oleh pertarungan pedang dan watak-watak kepahlawanan, yang dikenali sebagai swashbuckler. Manakala "adventure film" pula unsur plot utama merangkumi pencarian benua yang hilang dan suasana eksotik; perjuangan dan situasi yang menghadapi watak-watak utama, penciptaan kerajaan, watak-watak yang memulakan pencarian harta karun dan kepahlawanan, pencarian (quest), penerokaan, pencarian dan pencarian yang tidak diketahui biasanya juga harus mengatasi musuh. Jadi bagai mana terjemahan yang sesuai untuk membezakan kedua-dua itilah yang hampir sama ini? Adakah kekalkan "swashbuckler film" sebagai "filem swashbuckler"?Padanan bahasa Melayu untuk "adventure film" ialah filem kembara manakala "swashbuckler film" ialah filem kepahlawanan.  Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung kepada konteks penggunaan ayat.Makna02.09.2020

Kembali ke atas